Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mac 17, 2011

Tahniah Guru-guru PISMP 2011

Masha-Allah!! ini lah dia sebahagian daripada bakal graduan bergelar GURU..kelihatan masing-masing tersenyum bahagia bersama keluarga meraikan kejayaan selepas 5 tahun setengah bertungkus lumus menimba ilmu di IPG.Tahniah semuanya.!!

Assalamualaikum

Alhamdulilah dan Syukur ku panjat ke hadratNYA atas nikmat kebaikan dan kesenangan yang diberikan kepada ku dan keluarga.Alhamdulilah ya Rabb..moga berterusan lah hendaknya nikmat-nikmat itu..dan berkekalan lah kami di bawah rahmatMU yang tak putus-putus.

Alhamduliah,cuti sekolah seminggu ini amat di manfaatkan oleh ku.Banyak masa di habiskan bersama keluarga tersayang dan minda pula terisi dengan forum-forum manfaat di radio IKIM.FM..SubhanAllah..terasa bahagia mengenang saat-saat itu..jauh dari masalah pelbagai di sekolah dan tak jumpa insan yang memeningkan kepalaku.(Ampun ya allah..tak berniat ada perasaan macam tu pada sesama sekerja tetapi itu lah yang terjadi secara spontan tak disedari ) uhhh..

Sekadar ingin berkongsi gembira atas kejayaan Adik ku ---Khairul Hizuan (Wan) yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Institut Tuanku Bainun,Pulau Pinang selama 5 tahun setengah..Alhamdulilah..dan telah pun di tempatkan mengajar di Semporna,Sabah.

Tahniah Wan!! Semoga menjadi guru yang benar-benar nak menjadi guru seikhlasnya bukan kerana ada niat lain..ok..

Dibawah,adalah sedikit kenangan bersama tatkala menghadiri Konvokesyennya di PICC,Putrajaya (Rabu/16hb Mac 2011)..

huhh..berehat kat tiang ni sekejap pun bole laa..

adik bergambar bersama emak tercinta..emm..mungkin ni anak mak yang terakhir la yang dapat meraikan konvokesyennya..apa-pun..dapat ku lihat wajah bahagianya..

Apa-apa pun,semoga semua guru PISMP ini dapat berkerja kuat dan sentiasa bersemangat untuk mengajar dan mendidik anak bangsa ke arah menjadi insan yang betul-betul berjiwa insan...

Selamat Maju Jaya!!!

diri yang biasa ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...