Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mac 09, 2011

Tahniah Juara MTQ Bestari Jaya Part 1

Tahniah Falakh!!! JUARA Bercerita dari SKI memenangi piala pusingan zon Bestari Jaya 2011

Assalamualaikum

Alhamdulilah,Segala Pujian hanya untuk Allah..Selawat kesejahteraan hanya untuk Rasulku Muhammad s.a.w beserta keluarga dan para sahabat-sahabat agung radiallahuanhum.

Tahniah dan tahniah buat semua peserta di 12 buah sekolah zon Bestari Jaya yang telah memenangi hadiah bagi beberapa acara pertandingan MTQ 2011.Ia telah pun berlangsung semalam dengan cahaya keriangan dan penuh kesederhanaan.

---(Paling bahagia dapat berjumpa geng-geng j-QAF yang cool walaupun kesibukan melanda masa itu,dan sebelum terlupa buat us Huzaii TQ ya tolong saya pasal Handphone saya..huhhh dia meragam pulak hari tu..)hahaa


ini lah sebahagian daripada tenaga penggerak pelaksana MTQ 2011 yang banyak membantu pihak urusetia di dalam menjayakan majlis ini menjadi sempurna.Syukran cikgu-cikgu !!

sambung...sambung semula...

Tidak lupa ucapan Khas TERIMA KASIH dan TAHNIAH saya buat semua jurulatih SKI yang telah bertungkus lumus melatih peserta-peserta kita dan akhirnya rezeki baik berpihak juga kepada SKI iaitu :

----Johan bercerita kisah Al-Quran (Lelaki): Abdul Falakh b AbdonLahuya
----Naib Johan bercerita kisah Al-Quran (Perempuan) : Adlin Farahin bt Abu Khir
----Naib Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan): Fadhilah bt Jaafar
----Tempat ke-3 Hafazan Tahap 2 (Lelaki) : Zairul Iquwan b Zulbahri

TAHNIAH-------TAHNIAH-------Ustazah bangga dengan kalian semua,terutamanya Fadhilah..(berbaloi juga melatih sampai sakit tekak ustazah berjangkit kat kamu yaa...tapi paling bangga sekali bila ustazah tengok ketika membaca al-quran tu semalam memang best laa sedap bacaan fadhilah mcm bacaan ustazah heheee)

tapi bagi acara yang tewas tu buat 9 orang peserta nasyid,dan acara yang lain pesertanya Haziq,Aiman,Dayini dan Ainul jangan bersedih.Insya allah tahun depan kita cuba lagi.

ini dia Fadhilah,agak berdebar-debar juga menunggu sebelum beredar ke bilik pertandingan tilawah al-quran..Tahniah Fadhilah,lepas ni boleh la masuk ke AQ bila dah besar sikit nanti ya..hehee

Tahniah Johan dan Naib Johan SKI dalam acara bercerita bergambar bersama KP dan Jurulatihnya..

A.Falakh dan Zairul bergambar bersama sebahagian guru di pentas utama selepas berakhirnya majlis..Kegembiraan dirasai bersama selepas penat lelah berlatih selama 2 bulan.yeah!!!

Sahabat semua,Part 1 kali ini saya sekadar mencoretkan sebahagian kenangan MTQ 2011.Insya Allah cuti sekolah nanti saya akan perincikan coretan-coretan MTQ yang telah pun berlangsung itu.

Mohon kemaafan daripada pihak penganjur buat semua pelawat yang telah hadir.segala kelemahan itu datang dari pengurusan kami sendiri.Insya allah akan didokumentasikan untuk kemaslahatan majlis pada tahun-tahun hadapan.Semua yang baik itu hanya hak milik Allah,tuhan semesta alam.

(Buat Aishah dan Elly (UIA):TQ for eveything..i really appreacite yor concern about my school..Allah bless u all dear..
madam ada juga pergi UIA hantar adik sambung belajar bila cuti sekolah tiba..singgah UIA mesti teringat kat students madam especialy shah dan elly yang ceria dan aktif ni..hehee..kalau ada rezeki kita jumpa lagi,insya-allah.:)semoga shah dan elly baik-baik semuanya.

salam

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh..
    Tahniah dan takziah....Teruskan usaha untuk bertanding di peringkat daerah. Bersedia untuk tajuk 3 pulak...Banyak lagi yang perlu ditempuh untuk sampai ke peringkat kebangsaan.
    Bit taufiq wan najah!

    AZMAN HJ. AHMAD
    Hakim Bercerita MTQSS Negeri & Kebangsaan

    BalasPadam
  2. w'salam..
    Syukran us Azman.Us apa khabar? harap sihat selalu.Alhamdulilah..tahun ni dapat juga memenangi dalam beberapa acara walaupun di sebalik nya terdapat pelbagai cabaran.Insya-allah us,kami akan berusaha sebaik mungkin hingga sampai ke peringkat kebangsaan dgn izin Allah.Doa dari us amat kami pohon bersama.

    BalasPadam

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...