Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Mac 04, 2011

Trilogi MTQ Peringkat Zon Bestari Jaya

Assalamualaikum

Insya-Allah pada 8hb Mac 2011(Selasa) ini SK Ijok sebagai tuan rumah akan menjalankan satu Majlis berprestij iaitu Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat zon Bestari Jaya.

Justeru,dibawah saya ceritakan sedikit trilogi perjalanan MTQ sebelum tiba ke hari kemuncaknya pada hari SELASA, minggu hadapan.

10.01.2011 - Surat makluman daripada PPD K.Selangor telah sampai di sekolah bagi memaklumkan mengenai SKI telah dilantik sebagai tuan rumah pada tahun ini dan perancangan perlu dilakukan bagi persediaan peringkat zon.

9.2.2011 - Mesyuarat pertama telah diadakan di makmal komputer lama,SKI pada jam 2.30 petang yang telah dihadiri seramai 3 orang wakil PPD dan 13 orang guru agama Islam yang kebanyakan mereka adalah Ketua Panitia di sekolah masing-masing bagi daerah Bestari Jaya.Agenda mesyuarat telah membincangkan laporan MTQ 2009 dan seterusnya telah membentangkan kertas kerja MTQ 2011.(Pada masa ini saya tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan tetapi agak kelam kabut gak saya pada pagi itu sebab sebelum mesyuarat itu di langsungkan saya telah di arahkan oleh KP untuk menyediakan bahan-bahan mesyuarat seperti penyediaan kertas kerja dan sebagainya)

18.2.2011 - Taklimat pertama bagi semua guru SKI telah diadakan bagi menerangkan kepada mereka mengenai tugas-tugas yang telah diagihkan bagi melancarkan perjalanan majlis.

24.2.2011 - Perbincangan kedua telah diadakan yang dihadiri oleh ketua-ketua jawatankuasa kerja MTQ bagi melihat semula perkembangan tugas masing-masing dan mengenal pasti sekiranya terdapat masalah-masalah bagi setiap JK.Pada petangnya pula saya bersama KP telah ke PPD menemui Ustazah Hasnah,Ustaz Yusof serta ustaz A.Rahman untuk mengambil borang-borang hakim,fail-fail,senarai nama peserta dan hakim serta memeriksa draf buku program MTQ .

25.2.2011 - Edaran surat-surat sumbangan guru dan PIBG bagi 12 buah sekolah di zon bestari Jaya serta pinjaman peralatan P.A Sistem kepada pejabat penerangan Kuala Selangor telah dihantar.

Sepanjang bulan Februari sehingga sekarang kami (guru-guru agama SKI dan sebahagian guru-guru SKI)yang telah dilantik sebagai jurulatih bagi acara-acara yang akan dipertandingkan terpaksa mencuri waktu-waktu luang kami bagi melatih murid-murid.Ia terpaksa dibuat kerana kesuntukan waktu yang menghambat kami..aduiii..tambah-tambah lah saya almaklum sebagai S/U banyak benor surat menyurat dan keja-keja tambahan lain terpaksa dibuat..sampai ......hahaaa tak perlu di coret di sini..dan lagi satu kepada pihak pentadbir maaf laa.. kadang-kadang tu tak ikut arahan sebab saya agak stress la dengan arahan yang tak kena pada waktunya.(sebenarnya marah tapi siapa lah saya,(pada Allah tempat mengadu)

2.3.2011 - Mencetak buku program MTQ dan reka cipta backdrop di hantar pada us Shamsudin untuk diserahkan kepada ustaz Saifuddin untuk dicetak.Kelihatan pada hari itu juga JK lain turut bergerak memulakan tugas yang telah diberi seperti JK Hadiah,Sijil,name tag peserta dan hakim,JK pendaftaran,JK P.A Sistem,JK jamuan dan lain-lain.

4.3.2011 - persiapan bilik-bilik pertandingan sedang giat diusahakan...
dan esok datang juga ke sekolah bagi menyiapkan apa-apa yang patut.

7.3.2011 - persiapan terakhir akan dilakukan..

8.3.2011 - Selamat Datang 12 buah sekolah ke Majlis Tadarus Al-quran peringkat zon bestari Jaya 2011.Mereka adalah Guru-guru Besar,Guru-guru pengiring dan peserta-peserta MTQ 2011:

1.SK Saujana Utama
2.SK Puncak Alam
3.SK Puncak Alam 2
4.SK Parit Mahang
5.SK Ijok
6.SK Bukit Badong
7.SK Kg. Jaya Setia
8.SK Batang Berjuntai
9.SK Rantau Panjang
10.SK Sultan Abd Aziz
11.SK Pasangan
12.SK Sri Pristana

Antara gambaran yang sempat saya ambil :-
saya sempat gak bergambar dengan peserta-peserta hebat SKI hari ini di bilik Jauhari..masa tu tengah melatih mereka...harap ada lah kemenangan pada salah satu acara yang dipertandingkan tu yek...heheee.Insya Allah.

suasana tatkala membuat pentas utama MTQ..huhh..sungguh memenatkan..

alhamdulilah.inilah hasilnya buku program MTQ yang telah di 'design' kan..huhh...letih den menaip dalam jawi...tapi maaf bangat lah buat guru-guru SKI kalau tak boleh baca jawinya boleh la terus bertanya pada saya ye...nak wat cam mana dah pihak PPD mengesyorkan dalam tulisan jawi terpaksalah den ikut...

terima kasih daun keladi buat cikgu Fizam kerana membantu saya dalam mencetak buku program tu di bilik guru..lain kali boleh la bantu lagi ye..hehee

dan ini pula cikgu Kamal sedang asyik mengelap piala-piala MTQ tu..lap elok-elok ya cikgu biar sampai bersinar-sinar...hahaa

Akhir kata semoga segalanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan dariNYA.
Terima Kasih kepada rakan-rakan sekerjaku yang telah membantu dengan seikhlas hati.Moga mendapat balasan baik dari Allah..Ameen.

Semoga BERJAYA semuanya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...