Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, April 29, 2011

Terima Kasih Ya ALLAH

Salam..

Hari Jumaat ini antara hari yang sangat menenangkan hatiku..ALHAMDULILAH.

Setelah beberapa hari yang sudah, diri berada didalam situasi-situasi yang agak tegang dek kerana sosial di persekitaran yang berbeza dari kemahuan diri, apa lagi tatkala itu ‘mood’ diri benar-benar dilanda taufan.

Sesungguhnya,pada masa ini hati sangat tenang di buai rasa ‘aircond’ di bilik sambil kedengaran alunan muzik ceria oleh kumpulan devotes dari tajuk album terbaru mereka yang rasanya sangat sesuai liriknya untuk ku pada masa ini.

Walaupun bagitu,aktiviti-aktiviti persekolahan yang berada di dalam pengurusanku tetap diteruskan.Secara peribadinya,saya tak berapa suka nak campur adukkan masalah peribadi dengan kerja..masalah itu tetap ada tetapi apabila urusan kerja itu diperlukan maka ia diutamakan.walaupun tahap gerak kerja nya tidak selancar mana tetapi yang penting mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Maka,Dipendekkan peristiwa yang berlaku di sepanjang minggu ini, antaranya :

--- Kursus LADAP yang bertajuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ) yang telah pun berlangsung pada hari Sabtu,23hb April di dewan INPENS,KUala Selangor yang telah melibatkan kerjasama daripada 6 buah sekolah.Penganjur utamanya telah diuruskan oleh Pihak SK Bukit Badong.Bagi saya,kursus ini sangat memberi faedah pada saya kerana penambahan ilmu mengenai cara-cara pentaksiran telah diterangkan dengan baik oleh penceramah-penceramah profesional.Antara Subjek yang ditaksirkan ialah Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,PEKA -Sains dan PAFA -Pendidikan Islam.

--- Majlis Jasamu Dikenang yang telah pun dibuat di Pantai Aroma Jeram pada 22hb April 2011,Jumaat.Ia diadakan bagi meraikan perpisahan 6 orang guru SKI yang telah pun berpindah ke sekolah yang lain.Pihak penganjurnya ialah BAKSI,SK IJok.Pada masa ini saya tidak dapat menghadirinya kerana pada petang itu 'mood' diri sangat letih dan tidak ada selera nak menikmati jamuan yang disediakan,bukan sebab tak sedap tetapi bebanan masalah dek kedegilan manusia lain yang susah nak memberi toleransi kepada ku menyesakkan kepalaku.Apapun sedih juga,sebab tidak dapat meraikan bersama-sama dengan mantan rakan sekerja yang diraikan itu.Terima kasih cikgu-cikgu semua (Kak Lia,Midah,Kak Mimi,Kak Sham,Kak Kiah,Din)Antum sangat berjasa pada SK Ijok.

--- Program 'English Week' yang telah dirasmikan oleh GB Pada Hari Isnin,25hb April 2011.Banyak juga aktiviti yang telah dirancang oleh unit Panitia Bahasa Inggeris untuk faedah murid-murid SKI.Saya seronok juga melihat aktiviti yang mereka adakan tetapi tak sempat nak ambil foto aktiviti-aktiviti tersebut.

--- Perbincangan dengan @#$%%% pada hari Khamis,20hb yang tak de kesudahannya.Ini lah cabaran hebatku.Melakukan perkara yang di luar kebiasaanku.Moga Allah memaafkan ku atas kedhoifan diri.Terima Kasih us Din,Us Aiman,Kak Zah,Kak Siti,Shah dan Kak Hali (UIA) kerana menyokong tindakan ku itu.

--- Program Kem Bestari Solat siri 2/2011 yang akan diadakan esok harinya. Ia akan melibatkan semua murid tahun 4 & 5.Diharapkan segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

--- Rakan sejawatan masuk ke hospital iaitu Ustazah Norizah bt Sulaiman kerana menjalani pembedahan.Alhamdulilah,beliau dikhabarkan telah pun selamat dan bercuti selama 2 minggu.Selamat Berehat ya kak Zah.Dan Adikku juga telah diberitakan masuk ke hospital (baru petang semalam dapat tahu selepas mesyuarat guru daripada mak) bagi menjalani pembedahan.Ya Allah,agak pilu juga di hati ini.mudahan semuanya berakhir dengan baik dan selamat..

Semoga hari-hari berikutnya,diri ini akan terus bersemangat meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Dikesempatan ini,ingin diucapankan Syukran khatira buat sahabat-sahabat j-QAF,rakan sekerja (terutama us din,kak rina,kak narimah,kak ZAh dan kak Siti),keluarga dan insan-insan yang sentiasa memberi inspirasi dan tak jemu-jemu memberi nasihat dikala diri dilanda badai hidup.Semoga Allah merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat.Ameen

Selamat Menyambut Hari Pekerja semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...