Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mei 12, 2011

Kursus Kejurulatihan JU Koko Guru PI fasa 2/2011

Tahniah!!! kita berjaya juga menjadi johan kumpulan terbaik..Alhamdulilah.

Salam semua

Alhamdulilah dan selawat rasululamin yang mulia saya berkesempatan semula untuk menulis di dalam blog ini.Walaupun diri masih dalam keadaan letih fizikalnya dek kerana penglibatan kursus yang telah dihadiri,namun diri ingin menulis sedikit mengenainya sebelum kesibukan melanda dengan tugasan sekolah yang sedang menunggu esoknya.

Pada kali ini, saya ingin mencoretkan kenangan indah saya berkursus di Taman Nur Laman Bestari,Ulu Yam,Selangor pada 10hb-12hb Mei 2011.Kursus 3 hari itu adalah Kursus Kejurulatihan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam peringkat negeri Selangor 2011.Ia dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor (JPS).

Program kursus ini bertujuan untuk melatih guru Pendidikan Islam untuk menjadi Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam di negeri Selangor.Sepanjang kursus ini,para peserta akan didedahkan dan dilatih kemahiran kejurulatihan dan pengurusan bagi mengendalikan program-program pembangunan modal insan yang akan diadakan untuk pelajar.

Secara peribadi,setelah mengikuti kursus 3 hari ini,banyak pengetahuan,ilmu,kemahiran dan pengalaman dapat dikutip darinya,dan saya sangat berterima kasih kepada barisan Jurulatih JPS yang telah banyak memberikan saya dan sahabat-sahabat guru yang lain panduan dan tunjuk ajar bagi melatih kami menjadi seorang Jurulatih yang hebat dalam mengendalikan sesuatu program untuk pelajar.
(Ya Allah,Terima Kasih atas semuanya itu..)

Antara Aktiviti-aktiviti yang berlangsung itu ialah
1.slot ice-breaking-Silat Ninja Statik,Gosok & Tepuk,Belon,Tepuk semangat-irama-adik comel-anak soleh
2.slot kerohanian-tazkirah subuh ditepi sungai,zikir,kuliah 5 minit (kulim),qiamullail
3.slot riadah pagi,kembara hutan (ya allah,syukur pada mu,berjaya juga saya mendakinya hngga ke akhirnya),masuk lumpur,mandi manda di dalam sungai,solat berjamaah di laman luar alam,flying fox,
4.slot santai-barbeque
5.slot taklimat - pengurusan urusetia,penerangan apa itu fasilitator dan jurulatih,penerangan kemahiran fasilitator
6.slot recall- penerangan kepada jurulatih cara mengendalikan slot sentuhan kalbu.

Tak perlu dicoretkan panjang-panjang,baik rasanya saya paparkan sahaja beberapa foto indah saya bersama teman-teman sejawatan d sana :----

guru-guru sedang mempraktikkan wudhuk menggunakan air sungai sebagai persediaan sebelum pelajar pula yang akan melaksanakannya pada program yang akan datang.

slot paling mencabar bagi ku:masuk ke dalam lumpur..hahaa..tapi syabas la buat teman-teman lain yang berani masuk ke dalamnya..yeah!!!

saya bersama dengan ahli kumpulan Zukhruf tatkala sedang menyediakan makanan dalam aktiviti ikhtiar hidup (di dalam hutan tuu..)

taklimat oleh ketua jurulatih kepada kami dalam penyediaan makanan yang perlu dibawa dan di masak oleh kami tatkala berada di dalam hutan.antaranya beras,beberapa botol sardin,ikan mentah,telur,budu, dan sebagainya.

Rakan sebilik ku ini kak Asiah dan Fida..seronok bersahabat dengan kalian.

suasana di dalam hutan dan ketika ini kami dalam penyediaan makan tengahari dalam kumpulan

Taklimat oleh jurutugas mengenai panduan flying fox

Akhir kalam Thanks lot kepada kumpulan ku (zukhruf)iaitu kak lina,zarinah,kak riza,fidah,kak seri,labibah,jamilah,kak aishah,dan kak yati.Juga teman-teman sebilik kak Asiah dan kak Izah..nice to meet u all...sayang selalu walaupun kita berjauhan kini..Tahniah kita telah berjaya menjadi kmpulan terbaik.alhamdulilah..

Semoga Kursus yang telah dihadiri ini dapat memberikan kami panduan dan penaik semangat kami dalam mengendalikan program yang akan dirancang dengan tujuan membantu pelajar-pelajar kami ke arah menjadi insan yang diredhoi allah dan bertaqwa hanya pada NYA.

Terima kasih buat semuanya dan maaf zahir batin kira ada kesalahan yang sengaja @ tidak sengaja di lakukan.

Jurulatih Guru Pendidikan Islam serba boleh :- ada ILMU,KEMAHIRAN & SIKAP !!!Insya-allah.

Ya Allah,terima kasih atas perlindungan MU kerana akhirnya dapat juga saya mendakinya walaupun ditengah-tengah nya saya terhenti seketika dek kerana kepenatan yang amat..allah..hanya KAU saja yang tahu..Pada masa ini ,saya berehat sat sebelum membantu teman yang lain memasak..

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum, ustazah.
    Boleh saya tahu apa peranan sbg. jurulatih sebenarnya?
    Sekiranya ustazah tidak keberatan untuk menerangkannya, boleh hantar ke emel saya (www.nurcahaya@gmail.com)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam nurcahaya..

      Insya allah ada waktu kan saya kongsikan sedikit pengetahuan yang saya tahu pasal peranan JU yang saudari nak tau tu..apa-apa pun TQ kerana sudi membaca post ini. :)

      salam ukhuwah.

      Padam

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...