Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Mei 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

acara Nyanyian lagu guru malaysia dan lagu tema di tapak perhimpunan sekolah

Salam semua

Hari ini 16hb Mei 2011/Isnin,Hari bahagia buat semua insan yang bergelar GURU.Hari yang meraikan sumbangan dan pengorbanan seorang GURU yang sentiasa tidak pernah pudar selama-lamanya.

Sesungguhnya diri ini rasa sangat bangga menjadi seorang guru walaupun ada ketikanya diri ini dilambung badai yang amat dahsyat,sampai meruntuhkan semangat jati diri keguruan,namun,atas rasa yakin pada Allah dan raut wajah anak murid-muridku serta semangat padu yang diterima dari insan-insan tersayang,diri akan terus bangun dan bangun meneruskan perjuangan yang belum selesai ini,Insya-Allah.
(Terima kasih mak kerana menjadi insan pertama yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada ku dan juga buat adik beradik semua atas ingatan hari guru yang diutuskan di h/p)saya sangat suka ....;)

Sekali lagi,Pada tahun ini,SKI mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah.Pada kali ini tentatif program telah pun berjalan seperti berikut :-

7.30 pagi - Perhimpunan murid di tapak perhimpunan sekolah
7.32 pagi - Ketibaan semua guru SK IJOK
7.34 pagi - Bacaan Doa
7.40 pagi - Nyanyian Lagu Kebangsaan,Lagu Negeri,Lagu Sekolah dan Alunan Asma UlHusna
- Ikrar Rukun Negara
- Ucapan aluan Juru acara Majlis
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
- Ikrar Guru Malaysia
- Persembahan Nyanyian Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru
- Taklimat ringkas Sukaneka Guru
- REHAT MURID TAHAP 1
- REHAT MURID TAHAP 2
- Persembahan Murid Prasekolah dan murid tahap 1
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Wakil Murid
- Persembahan Tayangan Video 'Ini Guruku' dan persembahan Murid tahap 2
- Ucapan YDP PIBG SK IJOK
- Penyampaian Hadiah
1.30 petang - Jamuan Hari Guru

Antara sebahagian foto indah program :--

Penyampaian hadiah kepada guru-guru oleh YDP PIBG Bersama GB

Persembahan Sketsa dan nyanyian oleh murid tahun 6

Barisan Pentadbir,YDP PIBG,GB,PK HEM,PK KOKO dan dibelakangnya barisan guru-guru SKI yang setia untuk acara seterusnya menunggu walaupun kepanasan melanda ketika itu.

suka tengok GB bermain bersama-sama dengan guru dan murid di acara sukaneka di tapak bola keranjang pada pagi itu.

Alhamdulilah,semua aktiviti berjalan lancar,cuma dek terlalu banyak persembahan murid menyebabkan acara karaoke guru tertunda masanya.

Apa-pun,Ucapan 'SELAMAT HARI GURU' ku tujukan khas buat semua pendidik dimana antum berada dan tak lupa juga terima kasih buat semua guru ku yang telah mendidik diri ini,semoga kalian dirahmati Allah selalu.

Semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan meneruskan cita-cita mendidik anak murid semua ke arah menjadi insan yang benar-benar bertaqwa dan berguna untuk keluarga,agama,bangsa dan negara.Insya-Allah.

Buat murid-murid ustazah yang telah memberikan ustazah Hadiah tadi,Syukran semuanya..hadiah tersebut amat ustazah hargai walaupun sekecil manapun saiznya.Pesan Ustazah :"Jadi lah anak-anak yang soleh dan solehah ya" ustazah sayang kalian..;)

SELAMAT HARI GURU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...