Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Jun 26, 2011

Foto Temasya Sukan part 2

Salam

Berikut foto bahagia hari terakhir Temasya sukan kali ke 53 (Ahad/26hb JUN 2011) :---

Tahniah kepada pemenang-pemenang rumah-rumah sukan :

Johan : rumah KUNING
Naib Johan : rumah HIJAU
Ketiga : rumah MERAH
Keempat : rumah BIRU

Tahniah rumah KUNING atas kejayaan memenangi tempat kedua bagi acara hiasan khemah terbaik dan Johan bagi sukeneka kali ke 53 ini..

Ini pula adalah khemah bagi rumah HIJAU...cantik..

Tahniah buat rumah BIRU atas JUARA bagi acara hiasan khemah terbaik...

Tak lupa buat rumahku MERAH juga..TAHNIAH DAN TAHNIAH semua murid rumah merah serta guru-gurunya juga...merah memang mantap!!!!

Saya bersama-sama dengan anak-anak HARIMAU merah jinak tuuu...heeehee..

Berjumpa kita semula pada temasya SUKAN tahun hadapan,Insya-allah.

Jumaat, Jun 24, 2011

Temasya Sukan SKI Ke 53

Salam

Sepanjang 2 minggu ini, sesi latihan bersempena temasya sukan tahunan kali ke-53 sedang giat dijalankan.Pada kali ini,semua warga pendidik SKI bertungkus lumus menjalankan sesi latihan kepada semua murid mengikut rumah-rumah sukan mereka . walaupun kami agak kesibukan sedikit menyelesaikan tugasan memeriksa kertas peperiksaan pertengahan tahun 2011 serta mengisi laporan Adab Belajar dan membuat analisis keputusan peratus pencapaian murid-murid mengikut subjek.

Begitu juga lah dengan saya yang baru sahaja selesai menyediakan dan menghantar laporan analisa j-QAF bagi bulan JUN ini kepada pihak PPD K.Selangor dan juga menyiapkan analisa peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran Pendidikan Islam,Jawi dan Bahasa Arab.Alhamdulilah..walaupun kekadang tu terpaksa curi-curi waktu kosong yang ada bagi menyelesaikan nya sekadar yang segera sebelum mesyuarat panitia yang seterusnya diadakan.uhhh..letih nya..

Tanpa perlu di panjang lebarkan catatan ini,berikut adalah sebahagian foto sewaktu sesi latihan sukan diadakan sebelum tibanya hari kemuncak penutupannya iaitu pada hari Ahad (26hb JUN 2011) yang akan disempurnakan oleh YB Tn haji Jahaya b Ibrahim,Penyelaras BN bahagian Kuala Selangor.

(kebanyakan foto yang diambil ini adalah gambar-gambar dari rumah sukan saya..apa lagi rumah MERAH la..haha..cikgu-cikgu rumah sukan yang lain tu jangan marah yaa...)

Inilah 4 buah khemah murid yang terdiri daripada rumah MERAH,rumah BIRU,rumah HIJAU dan rumah KUNING.


Bersemangat pasukan rumah MERAH..dan ini adalah sewaktu menunggu giliran bersukan mengikut kategori sukan dan tahun.

href="http://3.bp.blogspot.com/-n2A5eQTifrQ/TgU4TvpBTKI/AAAAAAAABDE/GKZOvAFVUuU/s1600/24062011825.jpg">TAHNIAH rumah MERAH kerana mengungguli tempat pertama kejohanan sukan pada hari pertama temasya iaitu pada hari Jumaat 24hb Jun..moga esoknya (Ahad) akan kekal lah tempat kedudukan itu ya..Insya ALLAH..

saya sempat gak bergambar pada acara raptai perarakan sebelum bergerak ke PPD atas urusan laporan j-QAF..

Khairulnaim selaku ketua pasukan rumah MERAH dan dibelakangnya adalah ahli-ahli rumah MERAH yang bersemangat dan bersedia untuk berjuang mengalahkan rumah-rumah sukan lain.

Sabtu, Jun 18, 2011

e-laporan j-QAF Jun 2011

Salam

Alhamdulilah,rasa syukur di panjatkan atas nikmat kesihatan yang diberikanNYA kepada ku walaupun agak sibuk sedikit di kala ini,juga tak lupa pada Rasul tersayang Muhammad s.a.w salam rahmat buatnya.

Kedatangan Bulan JUN telah pun tiba dan seperti aktiviti kebiasaannya pada bulan ini lah e-laporan j-QAF merupakan agenda penting yang perlu dilaksanakan oleh semua penyelaras j-QAF sekolah.

Maka,saya tidak terlepas daripadanya.Pada 15 hb jun (Rabu) saya ke PKG Kuala Selangor bagi menghadiri mesyuarat j-QAF daerah dan disana penerangan mengenai laporan j-QAF bagi bulan JUN telah diterangkan oleh Us Huzaii dan Us Zul.Seperti yang diketahui umum,pada tahun ini terdapat juga perubahan-perubahan dalam item-item laporan j-qaf.

Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Sumber: j-QAF sabak bernam.blogspot.com

kepada semua sahabat j-QAF ku selamat mengisi data j-QAF dan berpening kepala...;) dan bagi penyelaras jqaf daerah kuala selangor penghantaran bagi daerah kita ialah pada 22-23 hb JUN ini,jadi kita berjumpa di sana nanti ya,Insya-Allah.

Rabu, Jun 08, 2011

Foto MTQ Kebangsaan 2011-Pulau Pinang

Salam.

Antara cebisan kenangan tatkala berada di Kepala Batas,Pulau Pinang pada baru-baru ini:--

Gambaran sewaktu berada di dalam dewan bagi acara tilawah al-quran sekolah menengah dan saya tak nafikan peserta-peserta ini memang hebat kesemuanya..SubhanAllah

Saya bersantai seketika bersama Ustazah Mahani (PPD Gombak) dan Ustazah Nita (Jurulatih Syaarahan spontan menengah).Masa ini kami berada di dalam dewan menyaksikan Konsert UNIC..

Dan ini pula saya bersama K.MOn salah seorang jurulatih yang berpengalaman dan hebat dalam acara syarahan spontan,banyak sungguh ilmu bermanfaat saya pelajari daripada beliau..moga Allah memberkati mu Kak.Masa ini kami berada di Pekan Rabu,membeli belah...apa lagi...hehee

Ini lah dia dewan Al-Irsyad,Kepala Batas,Pulau Pinang.

Penerangan dan amanat penting oleh beberapa orang pegawai dari JPS yang diketuai oleh Ustaz Kamal kepada semua peserta yang mewakili Negeri Selangor sebelum kami berangkat menuju medan juang ke kepala Batas,Pulau Pinang

Alhamdulilah,ini lah dia 5 buah piala kemenangan yang telah kami perolehi.Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Inilah dia juara bercerita sekolah rendah peringkat kebangsaan 2011 yang telah dimenangi oleh wakil dari negeri Selangor..Tahniah pada adik dan Jurulatihnya Ustaz Azman.

Draf keputusan MTQ Kebangsaan 2011..


Kenangan bahagia bersama insan-insan yang sangat saya hormati ilmu dan pengalaman mereka..Masa ini kami berada di bilik pertandingan bagi acara syarahan spontan sekolah menengah..dan kebetulan berjumpa la juga sahabat-sahabat lama masa belajar di UIA dulu..huhuu,,seronok bangat la... ;)

Rabu, Jun 01, 2011

MTQ Kebangsaan 2011- Pulau Pinang

Salam semua

Alhamdulilah,rasa kesyukuran di lafazkan atas nikmat-nikmat yang diberikan NYA kepada ku, juga tak lupa,buat rasulku Muhammad s.a.w,nabi agung,contoh taulan umat sekelian alam.

Pada sekian lamanya, tak mencatat di blog ini..bukan kerana malas tetapi dek kesibukan tugas yang memerlukan khidmat dan komitmen penuh untuk melaksanakannya, saya tinggalkan sekejap blog ini.Namun,insya-allah,pada kali ini saya ambik sedikit masa yang terbatas ini untuk menceritakan 2 peristiwa penting yang telah pun berlaku di sepanjang mei ini selain daripada Peristiwa Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah dan daerah.

Antaranya :

1.Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (24hb-27hb MEI 2011)
2.MTQ Peringkat Kebangsaan 2011 di Kepala Batas,Pulau Pinang

Tetapi,saya agak tertarik nak menceritakan pengalaman sangat indah berada 4 hari 3 malam (27hb-30 hb Mei 2011) di Kepala Batas,Pulau Pinang bagi acara penuh gemilang yang mendebarkan bagi seluruh negeri termasuk di Sabah dan Serawak iaitu ACara MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 37 BAGI Tahun 2011.

Pada mulanya,saya ingat dah tak kan bercerita lagi pasal MTQ ini,rupanya mungkin Allah telah merancanakan yang terbaik buat ku iaitu menerima pelawaan daripada Ustazah Hasnah (PPD daerah K.sel)yang mempelawaku untuk kesana bagi mewakili daerah k.Sel.Beliau menyuruhku untuk mengambil pengalaman dan melihat sendiri tatacara pengurusan sebenar bagi program di peringkat kebangsaan apabila di langsungkan.

Alhamdulilah,sesungguhnya banyak manfaat ku peroleh disana diantaranya:

-- berkenalan dengan Orang-orang penting di Jabatan Pelajaran Selangor(Us Kamal,Us Rosnen,Us Mokhlas,Us Abdullah,Us Saiyed,Ustazah Raihan,dll),juga penyelia-penyelia pendidikan Islam Daerah di negeri selangor(Ustazah Mahani,dll) ,serta jurulatih-jurulatih profesional ( kak Mon,Kak Jah,Nita,Us Wan,Us AZman,dll) dan tak dilupakan peserta-peserta hebat seramai 16 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mewakili negeri Selangor (adik Manal,adik Dalila,adik Afiq,adik Ikmal,adik Zaid,adik Farhah,adik Salam,dll)

-- melihat sendiri persiapan pengurusan oleh pihak JPPP dan yang lainnya dalam melancar lagi perjalanan majlis

-- berkenalan juga dengan guru-guru dan peserta-peserta di negeri lain dan melihat debaran hebat oleh semua peserta di seluruh negeri tatkala acara pertandingan dimulai

-- pertama kali berpijak di dewan AL-IRSYAD,Kepala Batas Pulau Pinang yang menjadi medan utama dalam majlis berprestij ini dan tinggal di asrama SMK Dato Abdul Kadir yang agak emm.. ok lah.. hehe..

-- bersiar-siar bersama dengan rakan sekerja di sekitar penang,dan sempat juga kami ke pasar rabu membeli belah apa-apa yang patut..

-- dapat mempelajari sedikit teknik-teknik berkesan dalam beberapa pertandingan daripada jurulatih hebat selangor dalam acara tilawah,syarahan spontan (menengah),hafazan dan bercerita juga cara-cara penghakiman bagi kesemua acara tersebut.

-- dapat bersantai di jambatan pulau pinang,melihat konsert ringan daripada unic,juga makan-makan disekitar negeri pulau pinang.

-- berjumpa secara tak langsung dengan sahabat lama yang belajar di UIA dan di Maktab,bangi.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan MTQ Peringkat Kebangsaan 2011 kali ke 37:

1. Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Johor (84%)
N.Johan-Negeri Kedah (82%)
Ketiga-Negeri Perak (81%)

Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Kelantan (85%)
N.Johan-Negeri Johor (82%)
Ketiga-Negeri Sarawak (80%)

2. Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Kedah (89%)
N.Johan-Negeri Terengganu (85%)
Ketiga-Negeri Sarawak (81%)

Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Selangor (87%)
N.Johan-Negeri Perak (82%)
Ketiga-Negeri Johor (81%)

3. Acara : Pertandingan Syarahan Spontan Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Perak (92%)
N.Johan-Negeri Kedah (91%)
Ketiga-Negeri Terengganu (88%)

Acara : Pertandingan Syarahan Spontan Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Sembilan (89%)
N.Johan-Negeri Kelantan (88%)
Ketiga-Negeri Perak (87%)

4. Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Selangor (94%)
N.Johan-Negeri Sabah (87%)
Ketiga-Negeri Pahang (85%)

Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Kuala Lumpur
N.Johan-Negeri Kedah
Ketiga-Negeri Kelantan

5. Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Kelantan
N.Johan-Negeri Pahang
Ketiga-Negeri Johor

Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Negeri Selangor (85%)
N.Johan-Negeri Terengganu(81%)
Ketiga-Negeri Johor (77%)

6. Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Kedah
N.Johan-Negeri Selangor
Ketiga-Negeri Perlis

Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Negeri Kelantan (86%)
N.Johan-Negeri Perak (84%)
Ketiga-Negeri Selangor (81%)

Apa-pun,yang paling penting ialah:

JOHAN keseluruhan acara MTQ KEBANGSAAN tahun 2011 pada kali ini telah dimenangi oleh : NEGERI SELANGOR

Tahniah!!! dan Tahniah buat 16 orang peserta-peserta MTQ,Warga JPS,Semua Jurulatih,Semua Penyelia agama Daerah, dan semua warga pendidik Selangor,Ahamdulilah.

SELANGOR ARE THE BEST!!!! YEAH!!

*** Foto MTQ tak sempat nak di diletakkan di sini.maaf banyak-banyak,Insya Allah,ada kesempatan saya akan letakkan pada masa hadapan. ;)

KCJ Siri 2 2017

Salam dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI : TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang ...