Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Jun 01, 2011

MTQ Kebangsaan 2011- Pulau Pinang

Salam semua

Alhamdulilah,rasa kesyukuran di lafazkan atas nikmat-nikmat yang diberikan NYA kepada ku, juga tak lupa,buat rasulku Muhammad s.a.w,nabi agung,contoh taulan umat sekelian alam.

Pada sekian lamanya, tak mencatat di blog ini..bukan kerana malas tetapi dek kesibukan tugas yang memerlukan khidmat dan komitmen penuh untuk melaksanakannya, saya tinggalkan sekejap blog ini.Namun,insya-allah,pada kali ini saya ambik sedikit masa yang terbatas ini untuk menceritakan 2 peristiwa penting yang telah pun berlaku di sepanjang mei ini selain daripada Peristiwa Sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah dan daerah.

Antaranya :

1.Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 (24hb-27hb MEI 2011)
2.MTQ Peringkat Kebangsaan 2011 di Kepala Batas,Pulau Pinang

Tetapi,saya agak tertarik nak menceritakan pengalaman sangat indah berada 4 hari 3 malam (27hb-30 hb Mei 2011) di Kepala Batas,Pulau Pinang bagi acara penuh gemilang yang mendebarkan bagi seluruh negeri termasuk di Sabah dan Serawak iaitu ACara MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 37 BAGI Tahun 2011.

Pada mulanya,saya ingat dah tak kan bercerita lagi pasal MTQ ini,rupanya mungkin Allah telah merancanakan yang terbaik buat ku iaitu menerima pelawaan daripada Ustazah Hasnah (PPD daerah K.sel)yang mempelawaku untuk kesana bagi mewakili daerah k.Sel.Beliau menyuruhku untuk mengambil pengalaman dan melihat sendiri tatacara pengurusan sebenar bagi program di peringkat kebangsaan apabila di langsungkan.

Alhamdulilah,sesungguhnya banyak manfaat ku peroleh disana diantaranya:

-- berkenalan dengan Orang-orang penting di Jabatan Pelajaran Selangor(Us Kamal,Us Rosnen,Us Mokhlas,Us Abdullah,Us Saiyed,Ustazah Raihan,dll),juga penyelia-penyelia pendidikan Islam Daerah di negeri selangor(Ustazah Mahani,dll) ,serta jurulatih-jurulatih profesional ( kak Mon,Kak Jah,Nita,Us Wan,Us AZman,dll) dan tak dilupakan peserta-peserta hebat seramai 16 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mewakili negeri Selangor (adik Manal,adik Dalila,adik Afiq,adik Ikmal,adik Zaid,adik Farhah,adik Salam,dll)

-- melihat sendiri persiapan pengurusan oleh pihak JPPP dan yang lainnya dalam melancar lagi perjalanan majlis

-- berkenalan juga dengan guru-guru dan peserta-peserta di negeri lain dan melihat debaran hebat oleh semua peserta di seluruh negeri tatkala acara pertandingan dimulai

-- pertama kali berpijak di dewan AL-IRSYAD,Kepala Batas Pulau Pinang yang menjadi medan utama dalam majlis berprestij ini dan tinggal di asrama SMK Dato Abdul Kadir yang agak emm.. ok lah.. hehe..

-- bersiar-siar bersama dengan rakan sekerja di sekitar penang,dan sempat juga kami ke pasar rabu membeli belah apa-apa yang patut..

-- dapat mempelajari sedikit teknik-teknik berkesan dalam beberapa pertandingan daripada jurulatih hebat selangor dalam acara tilawah,syarahan spontan (menengah),hafazan dan bercerita juga cara-cara penghakiman bagi kesemua acara tersebut.

-- dapat bersantai di jambatan pulau pinang,melihat konsert ringan daripada unic,juga makan-makan disekitar negeri pulau pinang.

-- berjumpa secara tak langsung dengan sahabat lama yang belajar di UIA dan di Maktab,bangi.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan MTQ Peringkat Kebangsaan 2011 kali ke 37:

1. Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Johor (84%)
N.Johan-Negeri Kedah (82%)
Ketiga-Negeri Perak (81%)

Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Kelantan (85%)
N.Johan-Negeri Johor (82%)
Ketiga-Negeri Sarawak (80%)

2. Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Kedah (89%)
N.Johan-Negeri Terengganu (85%)
Ketiga-Negeri Sarawak (81%)

Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Selangor (87%)
N.Johan-Negeri Perak (82%)
Ketiga-Negeri Johor (81%)

3. Acara : Pertandingan Syarahan Spontan Menengah (Lelaki)

Johan-Negeri Perak (92%)
N.Johan-Negeri Kedah (91%)
Ketiga-Negeri Terengganu (88%)

Acara : Pertandingan Syarahan Spontan Menengah (Perempuan)

Johan-Negeri Sembilan (89%)
N.Johan-Negeri Kelantan (88%)
Ketiga-Negeri Perak (87%)

4. Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Selangor (94%)
N.Johan-Negeri Sabah (87%)
Ketiga-Negeri Pahang (85%)

Acara : Pertandingan Bercerita kisah dari Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Kuala Lumpur
N.Johan-Negeri Kedah
Ketiga-Negeri Kelantan

5. Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Kelantan
N.Johan-Negeri Pahang
Ketiga-Negeri Johor

Acara : Pertandingan Tilawah Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Negeri Selangor (85%)
N.Johan-Negeri Terengganu(81%)
Ketiga-Negeri Johor (77%)

6. Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Rendah (Lelaki)

Johan-Negeri Kedah
N.Johan-Negeri Selangor
Ketiga-Negeri Perlis

Acara : Pertandingan Tahfiz Al-Quran Rendah (Perempuan)

Johan-Negeri Kelantan (86%)
N.Johan-Negeri Perak (84%)
Ketiga-Negeri Selangor (81%)

Apa-pun,yang paling penting ialah:

JOHAN keseluruhan acara MTQ KEBANGSAAN tahun 2011 pada kali ini telah dimenangi oleh : NEGERI SELANGOR

Tahniah!!! dan Tahniah buat 16 orang peserta-peserta MTQ,Warga JPS,Semua Jurulatih,Semua Penyelia agama Daerah, dan semua warga pendidik Selangor,Ahamdulilah.

SELANGOR ARE THE BEST!!!! YEAH!!

*** Foto MTQ tak sempat nak di diletakkan di sini.maaf banyak-banyak,Insya Allah,ada kesempatan saya akan letakkan pada masa hadapan. ;)

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh.
    Waduhhhh..
    Lamanya nak tunggu entri ni..
    Mesti kepenatan dengan seribu satu macam tugas yang ada. Tahniah kerana dapat bersama dgn team MTQSS Selangor tahun ni. Harap dapat manfaatkan utk diri, sekolah, daerah dan negeri pada masa akan datang. Kami jurulEtih2 dengan tangan terbuka jika GPI mcm ustazah berjaya membawa murid ke peringkat negeri&kebangsaan.

    Seringkali kita tekankan bhw kalah menang itu yg kedua. Yang penting adalah buat yang terbaik. Ilmu dan pengalaman itu adalah perkara yang utama. Tapi kalau menang itu nikmatnya x dpt digambarkan dengan kata2.Alhamdulillah :-)

    Saya rasa Selangor johan keseluruhan tahun ni adalah kerana perancangan & usaha padu SPI JPS, murid, JU, guru pengiring dan ibubapa. Ukhuwah dan rasa kebersamaan kita menjadikan team tahun ni the best!

    AZMAN HJ. AHMAD
    Hakim Pencen merangkap JU Bercerita
    Negeri Selangor 2011

    BalasPadam
  2. W'salam us Azman.

    i see..maaf banyak2 us sbb menunggu entry ini,saya selepas balik dari MTQ tu semacam di 'kuarantinkan'sekejap ni pun masih dlm kerja2 bakiannya lagi..apa lagi us azman kerja2 pemeriksaan kertas peperiksaan dan memasukkan markah ke dlm laporan jqaf v 11 ni.

    post ini pun masih tak lengkap lagi pun sbb tak sempat nak diuploadkan gambar2 MTQ.

    Insya aLLAH us,saya akan ambik tips2 yg diperolehi semasa disana bersama jurulatih2 kita,rasanya tak cukup ilmu tu lebih2 lagi la dari ilmu dan pengalaman us sebagai hakim bercerita..rasa mcm nk menuntut lagi dan lagi..

    semoga ukhuwah kita berkekalan..dan terima kasih atas tunjuk ajar us..ia amat saya hargai.

    us bukan hakim 'pencen' cuma ditanguhkan jer jawatan tu..hehee..di mata saya us tetap hakim bercerita yg hebat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. saya sebagai peljar USM Pulau Pinang. Kami mahu menubuhkan kelab JIl AlQuran untuk melahirkan lebih ramai Qari Dan Qariah. Jadi sya memerlukan jurulatih untuk tilawah. Boleh tak bagi saya maklumat tentang jurulatih negeri Pulau Pinang...? Walaupun sekadar MTQSS tapi saya rasa standardnya bagus juga sebab saya juga merupakan peserta untuk MTQSS negeri Perak.

    BalasPadam
  4. W'slm..Alhamdulilah..ada juga generasi baru yang berminat dengan Al-Quran ni..

    rasanya kalu berminat nak tahu maklumat jurulatih tilawah al-quran saya cadangkan saudara/ri rujuk ke jabatan Pelajaran negeri yang berminat sebab disana ada maklumat yang dikehendaki.

    Terima kasih.

    BalasPadam