Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 08, 2011

Aktiviti Panitia di hujung2 ini...

Penceramah bersama GB di khemah utama.

SALAM

Alhamdulilah dan tiada lafaz syukur semua untukNYA..dan Sayangku untuk RASUL,Nabi MUHAMMAD s.a.w..

Hari ini telah pun selesai satu lagi program Panitia iaitu Program Sambutan Isra' Mikraj 1432H.Ia dilakukan dengan acara ceramah yang telah pun di sampaikan oleh Ustaz Hasnol dari SK Parit Mahang..(Syukran Ustaz..jasamu akan ku kenang ).

Ustaz Hasnol penuh bersemangat menyampaikan ceramah nya..

Walaupun,di kala ini kami (guru-guru agama) dilanda perasaan yang amat 'KECEWA' atas karenah ##$%^& yang melayan teruk kepada kami,namun kami tetap meneruskan niat murni kami dalam menyebarkan Agama Allah ini dengan program-program yang telah dan akan di rancang..

(( Usaha kami amat lah sedikit ya Allah berbanding dengan nikmat-nikmat yang telah ENGKAU berikan kepada kami,Namun hanya kekuatan dan ketabahan hati kami pohonkan,ketenangan hati berdepan dengan makhluk ciptaan MU..KAU tunjukkan lah kepada mereka niat baik kami ini,hanya SATU,mencari REDHA MU,ameen))

Berikut adalah antara program-program yang akan menyusul :-

16hb JULAI --KBS SIRI 3

23hb JULAI --KLAQ

Sepanjang bulan Ramadhan -- aktiviti akan diberitahu kelak,Insya-allah

Kem Anak SOLEH --7-8hb Oktober (dalam usaha mencari penyumbang ni,letih betul kepala ini dan kecewa kerana wang kami untuk kem ini telah di ambil..... )dan TQ kepada kak siti dan kak Rosnah kerana memberi semangat kepada ku meneruskan projek ini..sayang akak-akak semua.. ;)

di sana :--Kak Siti,saya,kak Zah dan kak Ros..pada masa ini kami sedang berbincang kertas kerja mengenai KEM ANAK SOLEH yang akan di buat nanti,namun telinga kami tetap curi-curi mendengar ceramah yang disampaikan walaupun tak sepenuhnya...nak buat cam mana..masa sangat suntuk buat ku..banyak perkara kena difikirkan...Allah permudahkan lah urusan ini.ameen..

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh..

    Ade 2 statements yang 'menyentuh' qalbu di sini...
    (amat 'KECEWA' atas karenah ##$%^& yang melayan teruk kepada kami,) dan (kecewa kerana wang kami untuk kem ini telah di ambil..)

    Ustazah cuba bukak balik buku 'Bahtera Penyelamat' Ustaz Fathi Yakan..kan daripada 5 musuh seorang muslim adalah orang yang rambutnya sama hitam & kulitnya sama gelap dengan kita?

    Nanti depa jawablah kat akhirat nanti..Tugas kita adalah untuk meneruskan usaha dakwah seadanya...

    Selepas MTQSS kbgsaan hari tuh, ade 2-3 program yg saya pergi. Antaranya Pertandingan Bercerita BM peringkat negeri & Festival Nasyid peringkat kebangsaan. Sambil2 berkongsi cerita di blog, ustazah search lah di youtube 2 perkara tadi.Saya dah uploadkan utk manfaat bersama :-)

    AZMAN HJ. AHMAD
    Shah Alam

    BalasPadam
  2. salam ustaz Azman.

    Terima kasih atas nasihat yg di berikan itu.ia amat saya hargai dan insya allah saya akan buka semula buku yg di sarankan itu.

    Ustaz,itu lah realiti hidup kan? kadang kala arus perubahan pemimpin tu berlaku dan kita (orang yg dibawah)terpaksa ikut alirannya..saya tak kisah pun kepelbagaian pendapat tapi agak susah nak berdepan dgn mereka yg keras kepala dan menggunakan kuasa mrk menindas org bawahan..aduii..ustaz,cabaran betul bagi saya tahun ini.

    apa2 pun THANKS lot ya sbb sarankn sy melihat video yg dah us uploadkan tu..insya-allah sy pun dlm proses persediaan mencari talent utk acara mtq akan dtg..

    BalasPadam
  3. SubhanAllah..

    Us Azman,alhamdulilah baru berkesempatan melihat sepenuhnya video nasyid sek ren/men dan Bercerita BM yg us uploadkan tu.. tq bangat..sangat2 memberi manfaat kat saya. ;)

    tak perlu bicara panjang,walaupun tidak berkesempatan pergi kesana tapi dapat bayangkan hebatnya saingan seperti mtqss kbngsaan ari tu..

    Us, rasanya sangat kerdil la talent murid2 saya di sini..banyak latihan perlu dibuat..tapi insya allah,mg satu hari nanti adalah calon2 sek saya ke peringkat kebangsaan akan datang.

    lagi satu..suka sangat dengar nasyid sek ren dr sarawak tu..subhanAllah..merdu sungguh suara budak2 tu dan lirik lagu yang sangat best!!!

    BalasPadam

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...