Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Julai 19, 2011

cerita sebelum IHYA bermula..

Salam sahabat-sahabat ku,

Tatkala ini saya sedang dalam menyiapkan beberapa minit mesyuarat panitia sambil diiringi alunan muzik 'best' terbaru daripada Devootes..SubhanALLAH !!! indah liriknya..

Sebenarnya kerja-kerja pengkeranian ini selalunya saya curi-curi masa terluang di sekolah..entah apa la pulak ada 'mood' nak sambung kerja yang tertangguh tu di rumah..mungkin kerana ketenangan diperoleh kerana dapat berdiskusi secara aman dengan GB dan bukan dengan !@#$% ..hahaa..

Nak cerita jer..minggu ini telah berlangsung beberapa program sekolah,antaranya ;

1. Program PSS (Saya ditugaskan sebagai juru foto..emm..nampaknya itu dah jadi kerja sambilan dan tetap di sk ijok ini..:)

2. Program Bersama BOMBA (seronok sebab dapat melihat sendiri demonstrasi memadamkan api oleh pakcik2 bomba,hehee )

3. Program KLAQ (hari sabtu ini...Insya Allah.)

4. Program Motivasi di UNISEL anjuran PIBG( Pesertanya murid-murid tahun 5 & 6)

5. Program Pemantauan Surau dan PAFA. (Alhamdulilah,PAFA telah mendapat pujian dari Pemantau-pemantau yang telah datang ke sekolah tadi,tahniah!! kak Zah atas usaha dalam melengkapkan keperluan PAFA dan Surau pula ada lah komen2 membina daripada hakim-hakim untuk ditambah baik pada masa hadapan )

6. Edaran surat-surat memohon sumbangan untuk program KEM ANAK SOLEH telah dijalankan..alhamdulilah..siap juga kertas kerja nya..dan tinggal nak buat master plan nya sahaja..

7. Persedian semua guru agama yang terlibat dalam KSSR Tahun 1 & 2 bagi tahun 2012 dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk dipanggil mensyuarat oleh PPD K Sel.. (tengah tunggu surat panggilan mesyuarat ni.. )

Dan Insya Allah,program menyambut kedatangan bulan Ramadhan peringkat sekolah telah pun kami bincangkan di dalam mesyuarat baru -baru ini dan pelancarannya akan dibuat pada 1hb OGOS 2011 (Isnin)..banyak juga aktiviti-aktiviti yang telah dirancang..semoga semuanya berjalan lancar..

Bahagia nya..RAMADHAN kembali lagi..moga kedatanganNYA menguatkan kembali cinta dan kasihku pada NYA..Insya Allah.

alrite..sampai sini dulu..nak solat sat..

3 ulasan:

  1. As Salam..

    1.Hari ni saya menjadi hakim utk Model Kerjaya Unit Bimbingan dan Kaunseling peringkat daerah..Dari segi pengurusan dan kehakiman, alhamdulillah MTQ lagi bagus. Tetapi dari segi depa jaga hakim2, boleh dijadikan contoh kpd UPI,SPI dan BPI..Espesially bab sijil penghargaan hakim, cenderahati dan wang token. Pengalaman jadi hakim&jurulatih daerah&negeri x pernah dapat sijil penghargaan sedangkan benda ni perlu utk dokumentasi kita sebenarnya.Huuuu...

    2.Di sekolah pada masa yg sama ade pemantauan PAFA..Saya dah bereskan semua fail&bahan seadanya.Esok baru nak follow up..

    3.Selaku Ketua Panitia yg kerap 'keluar', rasa bersalah juga krn bnyak aktiviti panitia x dpt dijalankan dgn sempurna. Disamping masalah x#@6x yg sama mcm ustazah, saya juga menghadapi masalah GPI&GPI jQAF yg kurang proaktif. Penat juga bile kita dah sibuk dgn kerja di luar, kerja dalaman, bnyak yg kita kena buat jugak. Ihya' Ramadhan pun x rancang apa2 lagi..Semua nak kena macam pahat & penukul.(padahal semua ijazah...)Huuu..So, ustazah BERSYUKUR krn ade rakan2 yg proaktif&sama memerah idea/keringat/wang ringgit/masa utk aktiviti keagamaan di sekolah.(kalau nak pindah Shah Alam,bgtau yer..saya nak masukkan ke sekolah saya.Hehehe...)

    4.Moral of the story, nak menegakkan agama di akhir zaman ni, banyak cabarannya..benarlah hadis nabi pasal memegang bara api tu..Ya Allah..Berilah kekuatan kpd kami untuk menghidupkan syiar-Mu dan mendidik anak2 murid kami utk menjadi insan yg berilmu dan berakhlak dunia&akhirat..Amin!

    BalasPadam
  2. w'salam us Azman

    firsly,sory banyak2 us sbb lambat replying komentar us ni..sy minggu ni baru sahaja selesai hadir ke kursus 4 hari JU Bahasa Arab daerah bg kssr thn 2/2012..ni pun masih kepenatan dan baru membuka blog ni balik.nampak la pulak ulasan us ni,rasa tak sedap pulak klu tak menjawabnya balik..

    us,seronok membaca pengalaman us sebagai hakim utk acara tu..dan saya setuju 100% atas cadangan us untuk penambahbaikkan program2 keagamaan kita terutama majlis berprestij mcm MTQ..

    us,rasanya itulah cabaran hebat kita kan dgn rakan2 sekerja yg pelbagai..mg diberikan kekuatan oleh Allah untuk kita menghadapinya hari2..

    us,selamat berjaya dlm pengurusan PAFA sekolah us tu...dan sebelum terlupa saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM !!!

    BalasPadam

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...