Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Julai 29, 2011

Kursus JU Daerah KSSR Thn 2/2012

Dihadapan itu adalah barisan orang-orang penting di JPS.Pada malam itu saya amat terkesan dengan ucapan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Jaafar yang mewakili tn Hj Arifin yang tidak dapat hadir.TQ Ustaz atas semua nasihat dan motivasi yang diberikan kepada kami

Salam semua.

Alhmadulilah..Pada kali ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sedikit antara aktiviti yang telah terjadi sepanjang minggu ini.Pada hari jumaat petang (15hb Julai),saya telah menerima satu panggilan dari pejabat SKI.Rupanya ia adalah panggilan yang menyuruhku untuk berkursus di PKG Sabak Bernam dalam anggaran 4 hari 3 malam.
Nama Kursus itu ialah :KURSUS JURULATIH PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB KSSR TAHUN 2 2012 NEGERI SELANGOR.Ia dihadiri oleh 2 orang wakil setiap daerah bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tahun 2/2012.

Terkejut juga lah,sebab yang sedang ditunggu ingatkan hanya mesyuarat @ taklimat biasa2,rupanya tidak.Ia merupakan kursus berat bagi saya kerana tercalon untuk mewakili daerah k.Selangor yang ditugaskan selepas kursus itu untuk menyebarkan kepada rakan-rakan seangkatan di daerah kuala selangor ini mengenai KSSR Bahasa Arab tahun 2/2012.Suka @ tidak saya terimanya sebagai satu cabaran untuk diri.

Selama 4 hari saya disana...Alhamdulilah,banyak info terkini diterima,bertemu rakan-rakan sekerja baru yang datang dari pelbagai daerah di negeri selangor,pengalaman pahit manis menyusuri 4 hari di sana dan yang paling penting ialah mendapat ilmu manfaat mengenai transformasi pendidikan kini.Salah satu nya adalah perubahan sistem pendidikan kepada KSSR yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sebenarnya banyak perkara ingin dikongsikan di sini,tetapi kepenatan kursus semalam rasanya tak hilang lagi..banyak perkara kena saya lakukan selepas ini contohnya ulangkaji semula semua bahan yang telah diberikan oleh JU Negeri mengenai KSSR ini sebelum penyebaran peringkat daerah berjalan..Maaf banyak-banyak sahabat semua,Insya Allah segala maklumat baru mengenainya akan diberitahu oleh PPD Daerah masing-masing.

Berikut ingin saya paparkan kenangan bahagia di sana :---

saya bersama dengan rakan-rakan bahasa Arab iaitu Kak Ana,Kak Zai,Kak Nabilah dan Dila di dewan utama sebelum slot ucaptama berlangsung
Taklimat yang penuh semangat disampaikan oleh Ustazah Hannan,TQ nan..
Ini lah dia barisan JU (Pendidikan Islam & Bahasa Arab) bagi setiap daerah di negeri Selangor.Ya ALLAH ,rahmatilah kami semua dan permudahkan tugas yang akan kami laksanakan nanti.Ameen.Kakak semua saya sayang kalian ;)
Sibuk berbincang tu sebelum slot bengkel bermula..Kak Zai,Kak Ana, Dila dan Kak Bilah....

Akhir kalam, bertemu kita nanti dalam perlaksanaan Kursus 5 hari dalam penyebaran KSSR bagi daerah Kuala Selangor selepas Bulan Ramadhan ini..

Salam Ramadhan 1432H ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Khatam Al-quran Peringkat SK IJOK 2017

Salam MAJLIS PENUTUPAN DAN KHATAM AL-QURAN 1438H   Dilampirkan program di atas : Tarikh : 22.6.2017  Hari : Khamis   Anjuran : Pani...