Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Julai 02, 2011

Larian 1M 1 S & Hari Keluarga 2011

Assalamulaikum

Hari ini telah pun berlangsung acara Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan dan Hari keluarga SKI yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum bersama PIBG SKI.

Alhamdulilah,semua acara telah pun berlangsung dengan baik sedari awal pagi sehinggalah ke petangnya.Semoga ia dapat merialisasikan objektif program yang diinginkan oleh pihak penganjur.

Dibawah adalah sebahagian foto daripada cebisan aktiviti-aktivitinya:--

em..cikgu Fizam pun tidak ketinggalan bergambar di atas motosikal antik sempena hari keluarga ski

guru-guru bergambar bersama sebelum berlari dengan murid-murid

acara sukaneka ibu bapa,guru-guru dan murid-murid di padang sekolah

lari..lari.. jangan tak lari..

senaman ringan dulu sebelum acara larian serentak dimulakan..

***hari ini juga telah dikhabarkan satu berita sedih,agak terperanjat juga saya mendengarnya, namun setelah difikir berulang-ulang kali saya menerimanya seadanya,yelah itu lah lumrah kehidupan,tiada yang KEKAL di sisi kita..semuanya kan kembali kepada NYA juga akhirnya..Ya allah,berikan ku kekuatan..ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...