Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Ogos 01, 2011

Pelancaran IHYA' Ramadhan 1432H

ini dia bunting IHYA RAMADHAN Peringkat Sekolah..

Salam Ramadhan kareem..

Alhamdulilah,,bertemu kita sekali lagi di bulan yang sangat-sangat barakah bagi ku..Terima Kasih ya Allah atas semua nikmat yang telah KAU berikan kepada ku..

Hari ini,sebagaimana yang telah di rancang kan oleh Team Panitia Pendidikan Islam & j-QAF iaitu pelancaran Program IHYA' RAMADHAN 1432H Peringkat sekolah bagi tahun 2011.

Pelancarannya oleh GB : Encik Norhamshah b Yaacob...meriah dalam ketenangan..alhamdulilah

Alhamdulilah..semuanya berjalan baik dan harap-harap aktiviti berikutnya berjalan baiklah sehingga ke akhirnya iaitu pada hari penutupannya 26hb Ogos 2011 (Jumaat).

Ucapan daripada KP : Ustazah Hjh Norizah Sulaiman menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di sepanjang bulan ramadhan kepada semua murid.

Terima kasih semua warga SKI yang terlibat secara langsung @ tidak..Moga Ramadhan ini kita beroleh keampunan,keberkatan,kerahmatan dariNYA.Ameen..

Ayuh sahabat-sahabat ku mari kita perhebatkan amalan-amalan mulia di bulan ini hanya mencari RedhaNYA sahaja.Jom-jom... ahlan ya ramadhan kareem..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan