Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam EIDUL fITRI 1432H

bergambar bersama di pagi raya pertama 2011. Alhamdulilah.

DOA MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL

Sunat dibaca ketika :
----Malam hari raya
----Selepas solat Hari raya
----Di rumah atau ketika berziarah

Doa :
----Ya Allah, Tuhan yang menguasai segala keadaan, Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, dengan kebaikan dan kemuliaan Mu, jadikanlah keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik dan berkatilah kami serta sekelian kaum muslimin dengan keberkatan Bulan Syawal.
----Ya Allah, Tuhan sebaik-baik tempat kami meminta, terimalah doa kami, dan tambahilah ke atas kami sempena bulan ini, dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun.
----Ya Allah, berkatilah kehidupan kami,(tuan empunya rumah ini) lanjutkan usia kami (usianya) dengan keimanan, kurniakan kami (kepadanya) rezeki yang halal dan hindari kami (hindari ia) dari yang haram, dengan rahmat Mu, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Catatan : Guna perkataan dalam (kurungan) sekiranya kita berziarah ke rumah orang lain.

Foto makan bersama sekeluarga sebelum berangkat menziarahi kubur allahyarham abah tersayang dan menziarahi saudara mara terdekat...

emm...alhamdulilah..sedap sungguh menikmati hidangan pagi pertama syawal ini.

makan-makan bersama.


jemput makan adik beradikku..jangan tak makan hahaa...sedapnya.. ;)

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sebahagian daripada keluarga tersayangku...Moga Allah merahmati kami sekeluarga dan mengekalkan keharmonian sesama kami selama-lamanya.Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. #semogaberbahagiasemuadibulansyawalyangmulia #maafzahirbatin