Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Ogos 25, 2011

Cerita Sebelum ke PKG...

sempat juga saya mengambil gambar sebelum beredar ke PKG..ini dlam kerja-kerja penyiapan program.

Assalamualaikum sahabat.

Hari ini saya berada di PKG Kuala Selangor bagi menghadiri kerja-kerja lanjutan dalam kursus penyebaran KSSR Bahasa Arab tahun 2/2012 yang akan diadakan pada 5hb-9hb September 2011.

Saya bersama Jurulatih Utama Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bersama-sama dengan beberapa orang Pegawai daripada PPD K.Selangor serta urus setia berganding bahu dalam menyiapkan bahan-bahan yang perlu diberikan kepada semua peserta yang bakal menghadiri kursus 5 hari ini.Justeru, tatkala selesainya kerja-kerja ini maka bermulalah masa ulangkajiku melihat semula tajuk slot yang diberikan kepada saya sebelum kursus KSSR bermula.

Dan pada masa yang sama juga,di sekolah, panitia pendidikan islam sedang mengadakan program penutupan Ihya ramadhan 1432h dan majis tadarrus al-quran..

Ya allah..pada pagi tadi sebelum saya berangkat ke PKG saya singgah sebentar di sekolah untuk menolong sedikit kerja-kerja penyiapan program sebelum bermula.walaupun pada akhirnya saya memang tidak akan berkesempatan menyaksikan hingga ke akhirnya tetapi disebabkan ianya program panitia saya cuba jugalah menolong apa-apa yg patut..tetapi berlakulah satu insiden menyakitkan hati berlaku..
(ta pela biar saya dan allah je yg tahu...mg Allah tunjukkan kebenaran dan lembutkan hatinya yang dah tak betul tu..ameen)

Sebelum itu pada hari semalam iaitu 24hb Ogos 2011 saya menghadiri mesyuarat Program Perdana Kem Literasi al-quran dan Kem bina juara peringkat daerah k.Sel.Dibawah adalah antara tarikh-tarikh penting pada program yang akan dijalankan di peringkat daerah :---

5-9 sept : KSSR PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB THN 2/2012 di PKG K.SEL
20-21 sept : Kem Pemantapan Aqidah ( Sekolah Menengah)di Masjid Jamed Sultan Ibrahim
27-28 sept : Kem Pemantapan Aqidah ( Sekolah Rendah)di Masjid Sultan Ibrahim
22 sept : KLAQ DAN KBJ di masjid jamed Sultan Ibrahim kuala selangor
30 sept - 2 oktober : Khatam al-quran peringkat kebangsaan di Melaka

Moga diberikan Allah kekuatan bagi ku meneruskan agenda-agenda dunia yang belum selesai.ameen

Salam EIDUL FITRI dan Maaf Zahir batin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. #semogaberbahagiasemuadibulansyawalyangmulia #maafzahirbatin