Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, September 22, 2011

Kem Perdana Literasi Quran & Kem Bina Juara 2011

ucapan perasmian penutupan kem oleh Tn Hj Abd Hamid b Takat,Timbalan PPD Daerah Kuala Selangor..

Salam sahabat semua.

Alhamdulilah,hari ini ( 22 Sept ) telah selesai satu lagi program perdana peringkat Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2011. Program itu tak lain tak bukan Program Perdana Kem Literasi Al-Quran dan Kem Bina Juara(Khat-Tarannum-Bahasa Arab).Program kali ini telah diadakan pada jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang, ia bertempat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor dan sasaran pesertanya terdiri daripada semua murid terpilih program j-QAF Di daerah Kuala Selangor.

Macam biasa la pada kali ini Urus Setia dan Fasilitator nya terdiri daripada sebahagian Guru-guru j-QAF di daerah Kuala Selangor.Alhamdulilah..bahagia rasanya hati ini kerana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat se-j-QAF yang sangat-sangat 'spoting' dan sehati sejiwa dalam memantapkan objektif program j-QAF.

Dan macam biasa la juga, pada kali ini saya sekali lagi diberi kepercayaan oleh PPD K.Selangor untuk menjadi ketua unit bagi slot Bahasa Arab dan Penyelaras dalam penyediaan bahan ABM Bahasa Arab.Pada kali ini ,saya amat bernasib baik kerana telah dibantu beberapa sahabat baik dalam melancarkan lagi Slot bahasa Arab ini. Sekalung penghargaan saya tujukan khas untuk mereka :- Ustazah Yusila,Ustazah Shiyba, Ustazah Fadhilah,Ustazah Erna Dan Ustazah Susila.Terima Kasih sahabat2ku..Antunna mumtazah!!!Allahuyubarikum!!!!

Alhamdulilah...di sepanjang slot Bahasa Arab berlangsung , tiada masalah besar yang berlaku dan segala yang dirancang berjalan baik.Kelihatan peserta merasa sangat gembira dan seronok mengikuti setiap slot yang berjalan..

Antara slot-slot itu ialah :--

SLOT 1 ---Taaruf dan bacaan Teks Kalam Jamaii
SLOT 2 ---Tunjuk cara Dan Latih Tubi Kalam Jamaii
SLOT 3 ---Permainan Bahasa
SLOT 4 ---Latihan Kalam Jamaii

ini masa slot permainan bahasa iaitu : telefon rosak...

Bagi slot-slot yang lain pula (Khat-tarannum-literasi), saya tidak berkesempatan untuk meronda-rondanya kerana dek sibuk dalam menguruskan tugasan saya..

Peserta-peserta bersemangat ketika menjalani sesi latihan Kalam Jamaii..

Rasanya, itu dulu lah sahabat semua buat catatan kali ini kerana rasa kepenatan tadi masih belum hilang lagi,walaupun bagitu,hati sangat gembira dan terhibur melihat keriangan wajah peserta bahasa Arab di slot ku meskipun mereka tiada kesempatan untuk mempersembahkan latihan kalam jamaaii kepada semua penonton semasa acara penutupan kem perdana tadi..Tak pe la murid-murid ku...insya-Allah,pada masa hadapan umur panjang kita berjumpa lagi dan dapat mempersembahkan bakat kalian itu nanti..

Akhir kalam...SYUKRAN semua sahabatku...

Cemerlang BAHASA ARAB Di serata DUNIA..KITA LAH PENYAMBUNGNYA!!!!

Tema Kem Perdana lITERASI AL-QURAN Dan KEM BINA JUARA 2011:
------------------Ke Arah Menjana Generasi Al-Quran Yang Syumul------------------

Khamis, September 08, 2011

kursus penyebaran kssr ARAB thn 2/2012

pembuka bicara oleh ustaz A.Rahman (penyelaras j-QAF daerah kuala selangor)sebelum kursus bermula.

Assalamualaikum..

Alhamdulilah,sepanjang minggu ini bermula 5hb-9hb September 2011 di PKG Kuala Selangor telah pun berlangsung kursus penyebaran KSSR Bahasa Arab thn 2/2012, di mana semua pesertanya terdiri daripada sebahagian guru-guru Bahasa Arab di daerah Kuala Selangor..

Alhamdulilah..saya bersama dengan JU yang lain telah pun dapat menyempurnakan slot-slot kami dan esok adalah aktiviti bagi peserta kursus iaitu slot pembentangan kumpulan bagi slot Maharat dan seni bahasa.

Antara pengisian kursus dan penyampainya adalah seperti berikut :---

KSSR UMUM & ENT---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
DSK B.ARAB THN 2---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
MAHARAT ISTIMA' DAN KALAM---USTAZ IKMAL IZWAN BIN ROSLI
MAHARAT QIRAAH DAN KITABAH---USTAZ IKMAL IZWAN BIN ROSLI
RPH & TRANSISI TAHUN 1---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
SENI BAHASA & BENGKEL---USTAZ MOHD HASNUL JANTAN
BUKU TEKS THN 2 & 5 DAN HSP THN 5---USTAZ MOHD HASNUL JANTAN
PBS & APLIKASI SPPBS---USTAZAH JUAIRIAH
DSP B.ARAB THN 2---USTAZAH JUAIRIAH
INSTRUMEN PBS---USTAZAH JUAIRIAH

PENDAFTARAN---PPD KUALA SELANGOR
TAKLIMAT KURSUS---USTAZ MOHD RAZALI ABDULLAH SANI
BENGKEL---JU & URUSETIA
LAPORAN & DOKUMENTASI---USTAZ AHMAD HAKIMI BIN CHE DIN
LUGHATUL FASLI & BENGKEL---USTAZAH YUSILA ISHAK

berikut sebahagian foto indah di sepanjang kursus:
penyampaian saguhati buat ustazah Juairiah (JU Negeri)kerana sudi hadir membantu kami bagi daerah kuala selangor.


sesi latihan kalam jamaii

wajah-wajah ceria peserta kursus..;)

ustaz Hasnol bersemangat menyampaikan taklimatnya..

Penceramah jemputan JU Negeri iaitu ustaz Ikmal turut hadir membantu kami ...TQ Ustaz...

em..dan ini saya..alhamdulilah..semoga penerangan saya itu dapat difahami oleh semua peserta yang hadir pada hari itu..

Akhirul kalam,syukran saya ucapkan kepada semua guru bahasa Arab yang hadir,juga kepada penceramah jemputan dan tidak dilupakan semua urus setia dan pihak PPD kuala selangor atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus 5 hari ini.

Semoga bahasa Arab dapat megah di serata alam..

TERIMA KASIH SEMUA. ;)

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...