Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, September 08, 2011

kursus penyebaran kssr ARAB thn 2/2012

pembuka bicara oleh ustaz A.Rahman (penyelaras j-QAF daerah kuala selangor)sebelum kursus bermula.

Assalamualaikum..

Alhamdulilah,sepanjang minggu ini bermula 5hb-9hb September 2011 di PKG Kuala Selangor telah pun berlangsung kursus penyebaran KSSR Bahasa Arab thn 2/2012, di mana semua pesertanya terdiri daripada sebahagian guru-guru Bahasa Arab di daerah Kuala Selangor..

Alhamdulilah..saya bersama dengan JU yang lain telah pun dapat menyempurnakan slot-slot kami dan esok adalah aktiviti bagi peserta kursus iaitu slot pembentangan kumpulan bagi slot Maharat dan seni bahasa.

Antara pengisian kursus dan penyampainya adalah seperti berikut :---

KSSR UMUM & ENT---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
DSK B.ARAB THN 2---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
MAHARAT ISTIMA' DAN KALAM---USTAZ IKMAL IZWAN BIN ROSLI
MAHARAT QIRAAH DAN KITABAH---USTAZ IKMAL IZWAN BIN ROSLI
RPH & TRANSISI TAHUN 1---USTAZAH NORULAINI MOHD NAWI
SENI BAHASA & BENGKEL---USTAZ MOHD HASNUL JANTAN
BUKU TEKS THN 2 & 5 DAN HSP THN 5---USTAZ MOHD HASNUL JANTAN
PBS & APLIKASI SPPBS---USTAZAH JUAIRIAH
DSP B.ARAB THN 2---USTAZAH JUAIRIAH
INSTRUMEN PBS---USTAZAH JUAIRIAH

PENDAFTARAN---PPD KUALA SELANGOR
TAKLIMAT KURSUS---USTAZ MOHD RAZALI ABDULLAH SANI
BENGKEL---JU & URUSETIA
LAPORAN & DOKUMENTASI---USTAZ AHMAD HAKIMI BIN CHE DIN
LUGHATUL FASLI & BENGKEL---USTAZAH YUSILA ISHAK

berikut sebahagian foto indah di sepanjang kursus:
penyampaian saguhati buat ustazah Juairiah (JU Negeri)kerana sudi hadir membantu kami bagi daerah kuala selangor.


sesi latihan kalam jamaii

wajah-wajah ceria peserta kursus..;)

ustaz Hasnol bersemangat menyampaikan taklimatnya..

Penceramah jemputan JU Negeri iaitu ustaz Ikmal turut hadir membantu kami ...TQ Ustaz...

em..dan ini saya..alhamdulilah..semoga penerangan saya itu dapat difahami oleh semua peserta yang hadir pada hari itu..

Akhirul kalam,syukran saya ucapkan kepada semua guru bahasa Arab yang hadir,juga kepada penceramah jemputan dan tidak dilupakan semua urus setia dan pihak PPD kuala selangor atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus 5 hari ini.

Semoga bahasa Arab dapat megah di serata alam..

TERIMA KASIH SEMUA. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...