Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 31, 2011

Kem Anak Soleh 2011 part 3

salam.

Seperti yang dijanjikan memori Kem Anak Soleh 2011 part 3 diteruskan..

(maklumlah malam ni berkelapangan sikit masa ku..walaupun agenda minggu ini agak sibuk dengan program :

-- Hari Isnin-Selasa menghadiri mesyuarat dan bengkel e-laporan j-QAF bulan Okt 2011,
--hari Rabu pula akan menghadiri mesyuarat pelaksana program Nadwah Bil Hal (petang tadi baru terima call dari Us Haji Rosnen mengenai surat panggilan mesyuarat, dah sampai ke belum di sekolah?? , dan
-- hari Khamis pula akan menjadi Hakim bagi acara Kalam Jamaii pada Mahrajan j-qaf peringkat Daerah K.Sel di SK Parit Mahang.

moga di berikan kesihatan yang baik oleh Allah Rabbi yang Agung, agar dapat ku jalankan tugas menyebarkan agamaNYA yang mulia ini.Ameen.)

Tak perlu dipanjangkan coretan,dititipkan lagi foto-foto ceria di sepanjang Kem Anak Soleh 2011:

Tazkirah 'GAMBARAN AKHIRAT' oleh Ustazah Syiba...TQ syiba...tazkirah yang cukup hebat dan sangat berinfomasi.

penghargaan istimewa buat fasilitator UIA daripada pihak sekolah..Terima kasih fasis.moga kalian tidak serik bertandang ke SK Ijok.

emh..apa la yang diborakkan tu us din dengan anwar...macam serius je tu..

ayat-ayat cinta terakhir dari kak Aishah...sangat memberi makna kepada adik-adik..

dan kak Erli pun tak terlepas mengungkapkan kata-kata terakhir beliau kepada adik-adik sebelum mereka beredar pulang ke UIA

serius nampak kak Aishah..emh..tu pegang rotan..ada ciri bole jadi guru disiplin..hehee

aksi peserta ketika melakonkan watak-watak guru pendidikan islam sk ijok...

Khusuk solat sunat dhuha..Alhamdulilah..pengalaman hebat buat para peserta.

penerangan oleh ustazah Rina kepada peserta ketika slot berwuduk menggunakan air botol mineral.

peserta tekun melihat dan mengalunkan lagu-lagu nasyid motivasi di khemah utama

Akhir kalam dari kami,Syukran khatira,wa Jazakumuallahu khaira' Jaza.Maaf Zahir dan Batin atas semua kekurangan dan kelemahan kami.Semoga berjumpa lagi.Insya-Allah.


kelihatan di sana : -Ustazah Narimah,Ustazah Rina,saya dan Ustazah Norizah...

DAN

Ustaz Shamsudin bersama Ustaz Yusof.

Ahad, Oktober 30, 2011

Cerita di sebalik e-laporan j-QAF Okt

Alhamdulilah,hasil keputusan elaporan j-QAF bulan Okt 2011 yang telah siap di buku kan untuk panduan pada masa hadapan.

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.

Dikala ini,telah pun selesai keletihanku mengisi dan memeriksa e-laporan j-QAF bulan Oktober 2011 ini.Rasanya, sehari, siang dan malam konsentrasiku menghadapnya..daripada e-laporan versi yang lama terpaksa la pula menukar@meng'update' kannya ke versi baru 11.5 .

Namun begitu,bila melihat versi baru pada kali ini,terdapat la juga beberapa item penambahbaikkan datanya,nampak lebih kemaskini daripada ekelasnya sehingga la ke esekolahnya.

Saya tidak nafikan,terdengar dan terbaca juga beberapa rungutan dan keluhan daripada sahabat se-jqaf yang lain, kerana, bila munculnya versi yang baru tidak dapat tidak terpaksa la mereka memeriksa semula dan mengubah mana-mana data yang tidak sesuai.
Secara peribadinya, saya akur juga dengan komen-komen sahabat lain..tapi yang pasti saya setuju yang perubahan versi baru itu ada banyak manfaatnya walaupun saya terpaksa menghadap semula ke meja menghadap laptop 3-4 jam .Uhh...letih dan berpinar-pinar mataku...

Mudahan,untuk penghantarannya esok,tidak ada lah kesalahannya.

Walau apa pun,Alhamdulilah..siap juga..dan dalam sibuk-sibuk itu juga sempat saya membuat analisis peperiksaan akhir tahun 2011 bagi matapelajaran Pendidikan Islam,Jawi dan Bahasa Arab..ye laa..dah melihat analisis j-QAF ni sekali la saya memeriksa analisis subjek agama yang lain,dan pada tahun ini,secara keseluruhan prestasi subjek agama adalah seperti berikut ;

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2011 PENDIDIKAN ISLAM:
Jumlah murid : 458 orang
% A : 57
% B : 28
% C : 14
% D : 1
% LULUS : 99

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2011 JAWI:
Jumlah murid : 458 orang
% A : 80
% B : 13
% C : 6
% D : 2
% LULUS : 98

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2011 BAHASA ARAB:
Jumlah murid : 458 orang
% A : 59
% B : 28
% C : 10
% D : 3
% LULUS : 97

DAN Status Pencapaian keseluruhan j-QAF bagi bulan OKTOBER 2011 :
Purata : 99 % dan Gred yang diperolehi : A (Cemerlang) , Jumlah Kelas : 14 buah

(Bagi semua analisis seperti data Jawi,pemulihan Jawi,Khatam al-Quran,Bahasa Arab dan Kem Bestari Solat semua prestasinya meningkat,cuma bahagian khatam al-Quran mengikut sukatan yang saya dapati ada beberapa kelas yang masih tidak habis lagi sukatan bacaannya..perkara ini, insya-Allah,akan saya panjangkan pada mesyuarat panitia yang akan datang untuk di ambil tindakan oleh semua ahli)

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua guru agama dan j-QAF SK Ijok atas semua penat lelah dan usaha padu kalian dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak murid didik kita sehingga mereka berjaya bukan setakat di bidang akademiknya malahan di luar akademik juga.Semoga mereka benar-benar menjadi insan yang mutaqqin di dunia dan di akhirat.

satu lagi citer,masa mengisi data-data di sekolah,sempat juga saya curi masa-masa kosong untuk melatih 2 orang peserta yang akan mengikuti MAHRAJAN j-QAF peringkat daerah Kuala Selangor yang akan diadakan pada 3hb Nov 2011 (Khamis) di SK Parit Mahang..
Syazwan dan Nurdayini tekun membaca al-quran..sewaktu sesi latihan di bilik j-QAF

(maaf kan ustazah ya...Syazwan dan Dayini,ustazah terpaksa melatih kalian secara laju..belajar tilawah ni ambil masa juga...tetapi masa ustazah sangat suntuk dan banyak hal lain yang ustazah terpaksa buat..harap kalian dapat manfaatkan masa latihan kita tu yee...Moga adalah kemenangan penyertaan kalian tu,Insya-Allah,)

Khamis, Oktober 27, 2011

e-laporan j-QAF OKT 2011 V11.5

BERITA TERKINI

27HB OKT 2011 (KHAMIS),

Sila la rujuk e-laporan.blogspot.com utk dapatkan versi terkini iaitu EKELAS V11.5 dan ESEKOLAH V 11.5

Dikatakan banyak ralat nya kira masih menggunakan versi yang lama.

Saya pula???terpaksa lah mengisi semula e-kelasnya masukkan ke versi barunya..aduiiii letiih tol.

Sebenarnya saya masih tak menghadap e-laporan ni betul-betul sebab tahu mesti akan ada versi baru yang akan muncul tiba-tiba..haa nii VERSI 11.5 dah datang…
saya sekadar isi-isi markah yang dah ada..tetapi tak teliti sepenuhnya keseluruhan peratus prestasi pencapaian murid-murid…em..cuti ni apa lagi mula la kerja2 nya..
Ya ALLAH,Berikan ku kekuatan untuk mengisinya..ameen

***Buat sahabat-sahabat j-QAF daerah Kuala Selangor,Mesyuarat dan Bengkel e-pelaporan j-QAF akan diadakan di PKG K.SEL pada 31hb OKT- 1hb NOV 2011..Kita jumpa di sana nanti,Insya-Allah.

Sabtu, Oktober 22, 2011

Konvensyen Transformasi Pemikiran GPI 2011

suasana di dewan auditorium Inpens....amat mendinginan dan hangat dengan topik pembentangan yang sedang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuddin b Harun.

Salam

Tarikh hari ini (22hb Okt 2011) telah pun berlangsung hari Konvensyen Transformasi Pemikiran GPI Ke arah Menjana Insan Kamil peringkat daerah Kuala Selangor 2011.Ia anjuran PPD Daerah K.Selangor bersama dengan PEKDIS.Bertempat di dewan Auditorium INPENS,K.Selangor.Program ini dihadiri oleh semua guru agama di daerah K.Selangor.Perasmi nya telah diwakii oleh Tn Hj Abdul Hamid b Takat,Timbalan PPD K.Selangor.

Justeru,saya bersama dengan sahabat-sahabat guru agama yang lain telah pun ke sana bermula sedari jam 7.30 pagi dan ia telah pun berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Dibawah antara tentatif program yang telah pun berlangsung tadi :-

8.00 pagi -Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pagi -Taklimat easy IQRA'
9.15 pagi -Ceramah 'BAHAYA ANCAMAN SYIAH' Oleh Ustaz Mohd Shamsuddin b Harun (dari SMK Bandar Baru Bangi )

(Secara peribadinya saya amat suka mendengar ceramah ini,ia benar-benar memberi info terbaru kepada saya yang sebelum ini agak kurang memahami misi bahaya yang sedang disebarkan oleh ahli SYIAH ini..setiap slide yang ditayangkan oleh us Shamsuddin benar-benar menakutkan saya kerana ia boleh merosakkan pegangan aqidah umat islam terutama di MALAYSIA ini sekiranya tidak dipantau betul2 oleh pihak yang berwajib.Antara slide-slide yang dibincangkan bersama dengan tayangan video oleh beliau ialah:

--Pendahuluan definisi ajaran sesat
--Sejarah SYIAH
--Ancaman SYIAH
--Pepecahan SYIAH
--Aqidah SYIAH
--Syiah Imamiah
--Ciri-ciri ajaran SYIAH
--Al-masih al-dajjal
--Ciri imam mahdi SYIAH
--Pengkhianatan SYIAH
--Manusia di sebalik ajaran SYIAH dahulu dan kini
--Konklusi

Sesungguhnya,banyak rahsia jahat pengkhianatan ahli SYIAH ini sedang berleluasa,ajaran yang benar2 memesong aqidah kita yang selama ini meminta kita percaya bahawa ALLAH itu yang wajib disembah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah serta semua sahabat-sahabat nabi wajib kita hormati,sayangi dan haram bagi kita mencacinya.

Sahabat yang dikasihi,ikut lah dengan padu pegangan kita iaitu ahli sunnah wa Jamaah.Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada tersasar jauh dengan ajaran Islam dan selamatkan kita daripada terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat ini terutama Ajaran SYIAH.

11.50 pagi -Ucapan Perasmian oleh tn hj Abdul Hamid B Takat (timbalan PPD K.SEL)dan penyampaian hadiah untuk cabutan nama-nama bertuah kepada para hadirin serta penyampaian hadiah kepada pesara guru agama.

12.30 tengahari -Jamuan dan bersurai.

Sebelum saya terlupa,antara ucapan menarik juga yang telah disampaikan oleh Tn Pegawai PPD tadi amat memberi nasihat kepada saya.Antara intipatinya:

--menasihatkan para hadirin agar sentiasa menjaga nama baik profesion sebagai seorang guru agama yang mempunyai peranan penting kepada masyarakat.
--Seharusnya kita bersyukur kerana setiap hari kita di doakan oleh murid-murid setiap kali kita masuk ke dalam kelas dan tak semua pekerjaan yang dapat doa mulia seperti kita.
--Jangan berputus asa memainkan peranan kita sebagai guru agama
--Penekanan kukuh aqidah wajib kita sampaikan kepada murid-murid agar tidak terpesong dari ajaran islam yang sebenarnya

Akhir kalam,Terima kasih kepada pihak penganjur atas anjuran program bermanfaat itu tadi..Semoga saya dan sahabat guru-guru agama yang lain dapat manfaatnya.

Pesan Us Mohd Pahrol "Perpecahan itu boleh,cuma yang tidak boleh itu perpecahan di dalam AQIDAH sekiranya perpecahan di dalam FIQH atau pun dalam KAEDAH ai adalah perkara biasa " dan rumusnya di sini fahaman ajaran SYIAH yang saya telah diterangkan oleh Us Shamsuddin itu sangat jelas sesatnya.Moga ada pihak yang tertentu dapat memainankan peranan membenteras ajaran sesat ini pada masa hadapan.

Pesanan buat semua,luaskan lah pembacaan kita dan bertanya la pada mereka yang arif mengenai sesuatu hal itu agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.Berhati-hati dengan perkhabaran yang diterima,selidiki terlebih dahulu,bak kata pepatah melayu : 'menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada berguna'.

Rabu, Oktober 19, 2011

Buku-buku Manual & Modul Program Keagamaan

buku modul & manual Kem Kepemimpinan Islam

Salam Sahabat yang dirahmati ALLAH..

Saya tak tahu ingin melafazkannya, sama ada ia perkhabaran gembira atau bukan..disebalik kedatangan buku-buku tersebut ada berita duka mengenainya.bukan lah kerana faktor kandungan buku-buku itu, tetapi, kedatangan nya di sekolah kami agak menyedihkan hati-hati kami apabila tidak diberitahu oleh orang yang sepatutnya kepada kami..yang pasti dia menyembunyikan kepada kami, sehingga kami mendengar kan nya daripada sahabat-sahabat dari sekolah yang lain akan kehadiran buku-buku itu ke sekolah bagi panduan kepada semua guru agama.

Sesungguhnya banyak cerita tak menyenangkan mengenainya...Ya Allah,berikan kesabaran kepada kami melayan karenah manusia ciptaan Mu itu..sangat-sangat memeningkan kepala kami dengan sifatnya yang sebegitu,KAU perbetulkan lah....

buku modul & manual Kem Keutuhan Jati Diri

Apa-apa pun,saya serah kan kezaliman orang itu kepada yang ESA..siapa lah saya..hanya manusia kerdil yang tak punya apa-apa..

DAN yang gembiranya,saya sangat suka membaca isi-isi dalam kandungan setiap buku-buku tersebut..Walaupun begitu,saya masih tidak berkesempatan untuk membelek-beleknya sacara teliti atau membacanya secara betul disebabkan dek sibuk sekarang mengisi pemarkahan e-laporan j-QAF,data SAP dan KSSR Bahasa Arab tahun 1..

buku modul & manual khemah Ibadah

Insya-Allah,ada kesempatan, saya akan cuba menghabiskan bacaan yang masih berbaki itu.

Syukran kepada JPS (Sektor Pendidikan Islam) atas penerbitan buku-buku yang cukup bermanfaat pada pandangan saya...Moga Usaha kalian mendapat balasan dari NYA.ameen.

buku modul & manual Kem Aqil Baligh (AQBAL)

dan

buku modul & manual Pengimarahan Surau

SELAMAT MEMBACA DAN MENAFAATKANNYA...

Ahad, Oktober 16, 2011

e-laporan j-QAF OKT 2011

Salam.

Sudah tiba masa nya untuk pengisian e-laporan j-QAF bagi bulan OKT 2011,ayuh rakan-rakan kita kuatkan tenaga dan mata bagi mengisinya.Dibawah adalah alamat bagi memuat turun esekolah versi barunya :---

http://e-laporan.blogspot.com/2011/08/esekolah-v114.html

source: website komuniti jqaf.net

Sabtu, Oktober 15, 2011

Kem Nadwah Kepemimpinan SABK Peringkat Kebangsaan kali Pertama 2011

Slide Utama Nadwah Kepemimpinan di hadapan Dewan Auditorium UiTM,Seri Iskandar,kampus Perak.

Salam.

Selama 4 hari 3 malam ( 10hb-13hb OKT),saya berada di sana bersama dengan Ustaz Khairuddin dan Ustaz Hj Rosnen (Pegawai DARI JPS) mengiringi kontegen Negeri Selangor seramai 44 orang pelajar daripada sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan negeri Selangor Ke Kampus UiTM Seri Iskandar,Perak.

Pelbagai Aktiviti telah berlangsung yang melibatkan lebih kurang 330 orang pelajar dari seluruh negeri telah hadir ke sini bagi memperkasakan dan memberi pendedahan kepada mereka ciri-ciri pemimpin yang baik.

Saya kesana bukan sekadar sebagai guru pengiring sahaja tetapi secara tidak langsung terlibat sebagai fasilitator dalam slot LDK.Ia satu pengalaman yang sangat indah walaupun kepenatan menguruskan Kem Anak Soleh yang lepas terbawa-bawa di sepanjang kem Nadwah ini.Namun begitu,berkat kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat baru yang baru dikenali di sana semangat saya bangkit semula diiringi rahmat Tuhan ku yang sentiasa didambakan ..

wajah bahagia para peserta dan semua guru ketika berada di dewan untuk sesi taklimat perjalanan kem nadwah dan latihan lagu nadwah peringkat kebangsaan

bergambar bersama dalam kumpulan saya (kumpulan 28)..masa ini sesi rehlah berfokus,kami ditugaskan untuk pergi ke pejabat daerah Perak tengah untuk mencari maklumat berkaitan dengannya di sana...

sangat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan guru baru ku di sana,,, mereka ialah Ustazah Yan dan Ustazah Suri.(TQ semua dan kakak sayang kalian walaupun masa perkenalan kita amat singkat,moga berjumpa lagi..)

ini adalah peserta perempuan daripada kontigen negeri Selangor,ceria semuanya...selangor cemerlang!!!!

Sebenarnya,saya ingin sekali menceritakan perjalanan kem nadwah ini,namun untuk kali ini rasanya kepala ini tak larat untuk meneruskan post ini kerana malam tadi telah bertungkus lumus memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun bahasa Arab dan pagi ini pula baru terasa kepenatannya dan otak pun letih nak berfikir seterusnya..Maka,Sekadar ini yang mampu ku titipkan kenangan daripada program Nadwah itu...banyak juga gambar-gambar telah di ambil,insya allah ada kelapangan saya akan cuba selitkan semula cerita bahagia ketika berada di sana..

Sebelum terlupa TAHNIAH saya ucapkan kepada kontigen Negeri Selangor kerana telah membawa 4 anugerah Pada hari penutupan Nadwah iaitu :

--- Anugerah Kepemimpinan terbaik
--- Anugerah Timbalan PENGHULUWATI
--- Anugerah Kumpulan Pembentangan terbaik
--- Anugerah (maaf terlupa pulak....)

Untuk akhirnya,SYUKRAN JAZILAN KHAIRA' JAZA' saya ucapakan kepada semua guru negeri SELANGOR yang terlibat juga kepada pihak Pelajaran Negeri Perak,tak dilupa kepada Sesiapa saja lah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...moga segala usaha sedikit kita itu ,mampu melahirkan generasi pemimpin yang diredhai oleh Allah dan dapat menunjukkan jalan kebenaran agama yang lurus kepada umat diluar sana.Insya Allah.

*** tetiba teringat kat !@#$% yang tidak membenarkan saya menjalankan tugas menyebarkan agama ALLAH pada kem AQIL BALIGH pada minggu hadapan ini..Ya Allah,hanya engkau yang tahu persaan ku ini,kepada MU ku serah segalanya,moga kesabaran sentiasa bersamaku.ameen..

Selasa, Oktober 11, 2011

Kem Anak Soleh 2011 part 2

Sambungan part 2...

kepenatan kem masih tak hilang lagi,di tambah pula sekarang sedang menghadiri kem NADWAH Kepemimpinan SABK Peringkat kebangsaan kali pertama 2011 di Kampus UTM,Seri iskandar..tak pelahh...satu pengalaman baru bagi diri..

Mengambil sedikit ruang waktu yang ada ini,

Post kali ini, sekadar sekalung penghargaan dan ucapan TERIMA KASIH buat Fasilitator-fasilitator jemputan dari UIA,Gombak atas kesudian hadir membantu saya dan pihak sekolah dalam melancarkan lagi perjalanan kem ini.Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..

bergambar bersama sebelum beredar pulang ke destinasi masing-masing,kelihatan di situ saya,Aishah,Eli dan Nisa'...

Bersambung semula...Insya Allah.

Isnin, Oktober 10, 2011

Kem Anak Soleh 2011 part 1

Salam

Alhamdulilah dan syukur di panjatkan kahadrat ILAHI kerana saya masih diberi kesempatan olehNYA untuk terus bangun dan bangkit meneruskan perjuangan hidup yang masih belum selesai ini..Tak lupa Selawat buat Rasul ku Tercinta Nabi MUHAMMAD saw dan keluarga serta para sahabat agung yang utuh menyebarkan ISLAM ke serata alam.

Sahabat yang dikasihi,di waktu ini saya sedang menunggu ketibaan bas dari Jabatan Pelajaran Selangor untuk bergerak ke UTM Kampus Perak,Seri Iskandar. Ia adalah kesinambungan program nadwah kepemimpinan sekolah Agama Bantuan Kerajaan peringkat kebangsaan kali pertama 2011.

Walaupun begitu,saya tidak bercadang ingin menceritakan mengenai program Nadwah tersebut kerana pada masa yang terbatas ini,molek rasanya saya mencatatkan sedikit memori program lain iaitu program terakhir anjuran panitia pendidikan Islam dan j-QAF yang telah pun berlangsung pada hari Jumaat-Sabtu (7hb-8hb Oktober 2011).Program yng bertempat di SK IJOK yang dihadiri peserta-peserta tahun 6 dan sebahagian tahun 5. Tema kali ini ialah 'SAYA ANAK YANG SOLEH' dan pada kali ini saya telah menjemput sekali lagi fasilitator jemputan dari UIA,Gombak.

Berikut adalah sebahagian memori indah di sepanjang kem tersebut ;---

Peserta-peserta sedang menunaikan solat sunat DHUHA di atas rumput di danau pancing sambil diperhatikan oleh Us Din dan ia merupakan satu pengalaman indah buat peserta kerana dapat melaksanakannya secara realitinya yang perlaksanaan solat itu boleh dibuat dimana-mana di bumi ALLAH ini.
Bahagian Sof peserta perempuan..
khusuk tunduk menghadap ILAHI....dan bahagian sof peserta lelaki.

Slot mengambil wudhuk menggunakan Air botol mineral di depan dataran ilmu.
penerangan ringkas oleh Ustazah Siti Narimah kepada peserta dalam teori menjaga kebersihan diri iaitu 'MANDI WAJIB' sebelum peserta melaksanakannya.

ini dia sebahagian peserta yang menyertai kem tenang berada di khemah.

Slot RIADAH ....badan sihat..otak cergas..

Slot ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf,Imam Masjid Kuala Selangor di khemah utama.

Taklimat RIADAH oleh kak Eli,kak NISA' dan kak Aishah kepada para peserta kem di tapak gelanggang bola keranjang...
alunan zikruallah yang diketuai oleh abang Anwar selepas selesainya menunaikan solat-solt sunat pada slot QIYAMULLAIL.Alhamdulilah.. (SYUKRAN anwar...jasamu amat madam hargai walaupun tak berapa sihat tapi masih sudi hadir membantu madam...shafakau allah.ameen.)

supan pertama peserta kepada rakan-rakan soleh yang lain di waktu makan malam..gembira sungguh mereka...hoho..

bas dah sampai.. akan bersambung...insya allah.

Khamis, Oktober 06, 2011

Nadwah Kepimpinan Pelajar SABK Peringkat Negeri Selangor 2011



Salam;

Sedang berlangsung satu lagi Program Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Selangor,Peringkat Negeri Selangor iaitu:

Nama Program : NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

Tempat : Hotel Gold Course,Klang

Tarikh : 5hb-8hb Oktober 2011 (Rabu-Sabtu)

Sasaran : 4 orang pelajar L/P Sekolah Agama Menengah Bantuan Kerajaan di negeri Selangor

Fasilitator : 15 orang Jurulatih terpilih diketuai oleh Ustaz Kamil bin Sidek.

***Insya-Allah, pada masa hadapan saya akan cuba sisipkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung beserta gambar-gambarnya.

Ke arah mencari Pemimpin Islam yang sebenar..............

Sabtu, Oktober 01, 2011

Khatam Quran peringkat Kebangsaan ke-4

Ini lah dia pentas Utama bagi acara Khatam Quran peringkat perdana,tersergam indah hiasannya dan sangat menarik latar belakangnya di dalam masjid Al-Azim.

Salam semua..

Tatkala saya menulis catatan ini, saya masih berada di hotel Emperor,Melaka.Saya bersama dengan 3 orang sahabat guru iaitu Ustazah Zarina,Ustaz Ahs’ari dan Ustaz Nor Azman telah ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Selangor untuk menjadi guru pengiring bagi kontigen negeri Selangor seramai 20 orang wakil murid yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan yang belajar di negeri Selangor ini.

Nama Program itu ialah :

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KE-EMPAT TAHUN 2011

Tarikh; 1HB OKTOBER 2011

Tempat: Masjid al-Azim,Bukit Paloh, Melaka.

Peserta : Murid-murid Program j-QAF Dari seluruh Negara

Perasmi : YB Dr. Haji Muhammad Fuad bin Zarkashi

Aktiviti :
1. Khatam Al-quran 2. Persembahan Hiwar 3. Kalam Jamaii 4. Tilawah Spontan

Urus Setia : JU dan Semua guru j-QAF Melaka.

Dititipkan sebahagian foto indah aktiviti di sana :---

sudut tilawah al-quran bagi murid perempuan,pelbagai negeri berkumpul bersama bagi mengalunkan bacaan ayat suci

ini pula sudut bacaan tilawah bagi murid lelaki..

Selama 3 hari saya berada di Melaka dan Alhamdulilah,rasanya ini adalah satu tugasan yang amat menyenangkan saya dan memberi pengalaman yang sangat melucukan hati.Apatah lagi bila mengingatkan gelagat dan telatah 20 orang peserta yang mewakili negeri Selangor ini.Ya Allah,pusing2 kepalaku melayan popet mereka ini,seakan-akan seperti menjaga 90 orang murid yang akan menyertai KEM ANAK SOLEH saya yang akan berlangsung pada minggu hadapan nanti,insya-allah.

Apa-apa pun,bagi diri ini ia umpama satu hadiah terindah bagi melupakan sebentar ke ‘tension’ nan terhadap sebahagian rakan-rakan guru yang @#$$%% di sekolah. Ditambah pula,di sini saya dengan keizinan dariNYA dapat berjumpa semula dengan MENTOR yang sangat saya sayangi.Beliau adalah Ustazah Nor Ashikin bt Ibrahim..Bahagia nya dapat bertemu kembali dengan beliau,dan apa lagi dikesempatan yang singkat itu saya ambil untuk berdiskusi bersama beliau tentang pelbagai isu mengenai keguruan hari ini.Semoga ALLAH sentiasa merahmati beliau dan keluarga.Ameen..

(Kak Shikin,saya sayang akak…rindu dengan semangat tinggi akak kearah menjadi guru pendidikan Islam/Bahasa Arab yang sebenar-benarnya..ibarat kita adalah air laut yang tidak akan masin jika dilanda badai mana pun dan juga ibarat kita adalah AIR MUTLAK berbeza dengan air-air lain…saya suka dengan kiasan akak itu ;)

Kak Shikin yang dikagumi...moga semangat tinggimu itu dapat memotivasikanku dan dapat ku warisi selama-lamanya..

Ini pula,

raptai kumpulan kalam jamaii yang dipersembahkan oleh murid-murid dari negeri Melaka.sungguh menghiburkan juga..

dan tidak dilupakan,

wajah-wajah ceria peserta dari negeri SELANGOR..bergambar bersama didalam hotel sebelum bergerak ke masjid Al-azim bagi menyempurnakan majlis Khatam Al-Quran perdana kali ke-4 tahun 2011.

Akhir kalam,TERIMA KASIH kepada pihak pengurusan pelajaran negeri MELAKA dan guru-guru j-QAF Melaka..kami sangat gembira dapat bertandang di negeri anda...

***pertama kali kami dikonvoi bersama dengan abang2 polis yang menjadi ketua dalam menyusuri perjalanan ke masjid Al-azim dan pada sebelah malamnya kami berkesempatan menaiki bot menyusuri sungai melihat tempat-tempat menarik yang terdapat di bandar bersejarah ini..alhamdulilah...

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...