Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 10, 2011

Kem Anak Soleh 2011 part 1

Salam

Alhamdulilah dan syukur di panjatkan kahadrat ILAHI kerana saya masih diberi kesempatan olehNYA untuk terus bangun dan bangkit meneruskan perjuangan hidup yang masih belum selesai ini..Tak lupa Selawat buat Rasul ku Tercinta Nabi MUHAMMAD saw dan keluarga serta para sahabat agung yang utuh menyebarkan ISLAM ke serata alam.

Sahabat yang dikasihi,di waktu ini saya sedang menunggu ketibaan bas dari Jabatan Pelajaran Selangor untuk bergerak ke UTM Kampus Perak,Seri Iskandar. Ia adalah kesinambungan program nadwah kepemimpinan sekolah Agama Bantuan Kerajaan peringkat kebangsaan kali pertama 2011.

Walaupun begitu,saya tidak bercadang ingin menceritakan mengenai program Nadwah tersebut kerana pada masa yang terbatas ini,molek rasanya saya mencatatkan sedikit memori program lain iaitu program terakhir anjuran panitia pendidikan Islam dan j-QAF yang telah pun berlangsung pada hari Jumaat-Sabtu (7hb-8hb Oktober 2011).Program yng bertempat di SK IJOK yang dihadiri peserta-peserta tahun 6 dan sebahagian tahun 5. Tema kali ini ialah 'SAYA ANAK YANG SOLEH' dan pada kali ini saya telah menjemput sekali lagi fasilitator jemputan dari UIA,Gombak.

Berikut adalah sebahagian memori indah di sepanjang kem tersebut ;---

Peserta-peserta sedang menunaikan solat sunat DHUHA di atas rumput di danau pancing sambil diperhatikan oleh Us Din dan ia merupakan satu pengalaman indah buat peserta kerana dapat melaksanakannya secara realitinya yang perlaksanaan solat itu boleh dibuat dimana-mana di bumi ALLAH ini.
Bahagian Sof peserta perempuan..
khusuk tunduk menghadap ILAHI....dan bahagian sof peserta lelaki.

Slot mengambil wudhuk menggunakan Air botol mineral di depan dataran ilmu.
penerangan ringkas oleh Ustazah Siti Narimah kepada peserta dalam teori menjaga kebersihan diri iaitu 'MANDI WAJIB' sebelum peserta melaksanakannya.

ini dia sebahagian peserta yang menyertai kem tenang berada di khemah.

Slot RIADAH ....badan sihat..otak cergas..

Slot ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf,Imam Masjid Kuala Selangor di khemah utama.

Taklimat RIADAH oleh kak Eli,kak NISA' dan kak Aishah kepada para peserta kem di tapak gelanggang bola keranjang...
alunan zikruallah yang diketuai oleh abang Anwar selepas selesainya menunaikan solat-solt sunat pada slot QIYAMULLAIL.Alhamdulilah.. (SYUKRAN anwar...jasamu amat madam hargai walaupun tak berapa sihat tapi masih sudi hadir membantu madam...shafakau allah.ameen.)

supan pertama peserta kepada rakan-rakan soleh yang lain di waktu makan malam..gembira sungguh mereka...hoho..

bas dah sampai.. akan bersambung...insya allah.

2 ulasan:

  1. terakhir ? huhu
    sekalung tahniah saya ucapkan kepada madam, kerana dgn izin Allah sekali lagi madam dapat organize program bermanfaat kepada mujahid-mujahid kecil kita.

    bagi sebarang dugaan dan masalah yg menimpa, kami doakan agar madam tabah sentiasa.

    Sabar dan ikhlas, pasti hasil nya manis :D

    BalasPadam
  2. salam aishah.

    Alhamdulilah. TQ atas ucapan itu..dan ia juga untuk Shah dan team kita bersama..rasa sangat terharu apabila dapat penghargaan dari insan2 yang menyokong usaha baik kita walaupun dikeliling kerja madam ada yg langsung tak hargai usaha baik kami team panitia agama..

    Syukran wa JAZAKAMULLAHHU KHAIRA' JAZA'..dan mohon kemaafan kira ada kelemahan daripada pihak madam di sepanjang kem itu..

    sebelum terlupa,madam memang manis berbaju kurung..;) cuma tak berkesempatan nk peragainya depan shah..hahaa.. jgn marah ya.. ;)

    BalasPadam

PPIM membina banner Kemerdekaan 2017

Salam Aktiviti hari ini...   Terima kasih kepada semua guru pimpinan PPIM yang telah bersama-sama menyiapkannya... Alhamd...