Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Disember 24, 2011

Candid SKI 2011

Salam.

sekadar foto-foto ceria sepanjang 2011...

pelancaran program hari Anti DADAH..

praktikal cara memadamkan api oleh beberapa orang pegawai BOMBA kepada murid-murid SKI di padang sekolah

pengalaman berharga bagi saya...alhamdulilah,tahun ini dapat bekerjasama dengan beberapa pegawai dari JPS dan jurulatih PI yang sangat hebat dalam pengendalian program dakwah.Syukur.

penyampaian cenderahati kepada Us Rashid semasa program penutupan Ihya'Ramadan 1432H
murid-murid tahun 6 mengetuai bacaan dalam acara khatam al-quran sempena penutupan majlis khatam al-quran dan Ihya'Ramadan 1432H.

persembahan nyanyian lagu 'guru Malaysia' oleh semua guru Cemerlang SKI sewaktu sambutan hari Guru peringkat sekolah.

larian 1Murid 1Sukan..

riak wajah murid-murid baru tahun 1...haa...macam-macam gelagat..

mesyuarat agung PIBG..

walaupun sibuk dalam urusan pengkeranian,namun p&p tetap ku utamakan..murid-murid tahun 4 UPM sedang asyik membuat latih tubi bahasa arab..

kuiz berkumpulan sempena program maulidur rasul 1432H

ingat,murid-murid jer ada kelas,haa ni..ustaz ustazah pun kena pegi kelas...masa ni saya bersama teman-teman sedang berkursus KSSR Bahasa ARAB .

latihan kalam jamaaii oleh peserta-peserta dari sekolah-sekolah di daerah kuala selangor..ini adalah slot bahasa arab sempena program KLAQ dan Bina Juara peringkat daerah K.Selangor 2011

bacaan surah yaasiin setiap hari jumaat

rajin..cikgu-cikgu SKI ni...sewaktu gotong royong

antara program yang mendebarkan hati...alhamdulilah,pada tahun ini,sekali lagi SKI berjaya membawa kejayaan dalam beberapa acara MTQ seperti acara tilawah alquran,hafazan,bercerita kisah nabi,dan TAHNIAH buat Zairul atas kejayaannya mendapat tempat kedua dalam acara hafazan dan UPSR nya yang mendapat 5A.Tahniah!!!

berbakat juga murid-murid tahun 4 UPM ni...mereka sedang bersedia untuk membuat persembahan tarian sewaktu majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011

aksi murid-murid SKI DI bawah khemah utama sewaktu menunggu kedatangan penceramah sempena program Isra' mikraj peringkat sekolah 2011.

tak tahu la saya antara banyak foto,tertarik betul saya melihat foto ini...kalau tak silap ni masa sambutan Isra' mikraj dan saya bersama cikgu Siti,cikgu Rosnah dan Ustazah Norizah sedang berbincang dalam penyediaan kertas kerja bagi program KEM ANAK SOLEH 2011.

hari sukan peringkat sekolah.

ini cuma sebahagian foto yang dapat saya sisipkan bersama...moga kenangan bahagia dapat diabadikan menjadi sejarah manis tahun 2011..Moga kedatangan 2012 menjadi satu lagi lembaran baru yang dapat memajukan hidup kita.Insya ALLAH.

## Buat semua guru SKI jangan lupa mesyuarat pertama kita pada 27hb ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KCJ Siri 2 2017

Salam dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI : TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang ...