Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Disember 12, 2011

Cerita lagi...

kenangan lalu,sungguh indah dan bahagia..walaupun kami tidak berjaya sehingga ke peringkat tinggi lagi pada tahun itu,namun pencapaian yang mampu di buat tetap membanggakan kami,tanpa perlu bersemuka dengan orang2 yang terlalu berskima dengan pekeliling yang dibuat oleh manusia (pada tahun 2011 ini,nak keluar mengiringi peserta pun di halang,uhhh)

Salam.

Alhamdulilah,rasa syukur kepada Allah atas keizinanNya, memberikan nafas, membolehkan saya meneruskan saki baki hidup ini.Selawat ke atas Rasul Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan para sahabat yang dirahmati Allah semuanya.

Sebentar tadi,baru sahaja berkesempatan mendengar 'talk' daripada Ustaz Pahrol di radio ikim.fm.Alhamdulilah,dapat juga diri ini sedikit ilmu baru lagi untuk bekalan diri.Tajuk perbincangan kali ini adalah kesinambungan dari tajuk Mukmin Profesional.

Antara point yang menarik perhatian saya tadi ialah manusia ini tidak sempurna dan kita jangan sekali mengejar kesempurnanaan itu.Semua makhluk di dunia ini amat memerlukan antara satu sama lain,Oleh itu,jangan sesekali kita merasa hebat dan bangga diri dalam melalui kehidupan yang singkat ini.

Rentetan dari point itu tadi,terus mengingatkan saya kepada insan-insan yang banyak sungguh membantu dan memberi kasih sayang kepada diri yang kerdil ini.YaAllah,terima kasih atas kurniaan anugerah itu kepada ku.Bila dikenang semula sejak dari lahir sehinggalah sekarang,Perjalanan hidup saya agak mudah dan tidak melalui cabaran hebat untuk menjadi insan berguna,ini mungkin berkat daripada usaha dan doa dari insan-insan yang tersayang,alhamdulilah..saya tak nafikan kadang-kala tu ada juga cabaran yang dihadapi tetapi ia tidak menggangu-gugat dalam proses mengejar impian dan cita-cita.

Justeru,dikesempatan ini,sekalung penghargaan TERIMA KASIH ku titipkan kepada :

-allahyarham abah dan atuk ( alfatehah)
-emak,keluarga dan saudara-mara
-guru-guru ku yang mengajar masa di prasekolah,sek rendah dan menengah
-pensyarah-pensyarah Matrikuasi UIA,PJ dan Gombak
-sahabat-sahabat lama UIA dan di maktab perguruan Islam Bangi
-pensyarah-pensyarah Maktab perguruan Islam
-Guru-guru pembimbing hebat yang menjadi mentor ku
-Mantan Guru Penolong kanan SKI(Cikgu Saiyed Mohd Sharif )
TQ ! cikgu Saiyed, sebab mempercayai kerja-kerja saya selama ini..
-Mantan guru-guru besar SKI (Cikgu Rosmin,Cikgu Mat Som dan Cikgu Khaironi)
-Rakan-rakan sekerja dan seperguruan sek rendah dan menengah
-sahabat komuniti j-QAF
-Mantan pelajar-pelajar UIA dan UNISEL
-Semua insan yang ku kenali

Cikgu Saiyed..kagum dengan semangat cikgu yang ikhlas berbakti ketika menjalankan tugas sebagai seorang guru..

Terima kasih atas pengorbanan,wang ringgit,nasihat,teguran,kasih sayang dan semangat yang diberikan kepada saya selama ini.Tidak terbalas jasa-jasa kalian pada diri ini.Hanya doa sahaja yang dapat saya kirimkan dalam setiap solat ku..Rasa Sayang ku pada kalian tak kan pudar,selagi hayat di kandung badan,Insya Allah.

'Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.'

kenangan manis bersama dengan mantan GB Cikgu Mat Som dan guru-guru SKI..

Dan,

Suka duka Program Panitia sepanjang tahun 2011

Bila berbicara perihal program panitia,2011 di SKI,rasanya banyak memori indah telah terpahat di sana..Pahit nya ada juga.

Sebenarnya,saya rasa gembira dalam menguruskan program-program keagamaan seperti ini tetapi datang nya memori pahit itu bila ada di antara orang sekeliling kita yang bersikap !@#$.
sungguh pelik bila memikirkannya,saya dan team berusaha keras untuk menyebarkan agama Allah ini tetapi usaha kami itu dipandang hina betul seakan kami ini ingin mengajar kan perkara yang haram kepada anak bangsa kami .Ya,Allah..rasa kadang-kala itu,diri ini macam berputus asa sangat..sedih dan sakit nya..

saya memahami,bahawa usaha kecil kami ini, memang lah sedikit, jika dibandingkan dengan usaha hebat insan-insan yang lain, apatah lagi, insan agung seperti Nabi Muhammad dan para sahabat dalam perjuangan mereka menyebarkan Islam .Moga semangat utuh mereka itu akan terlekat juga dalam diri ini yang serba serbi nya dhoif.

Sekadar ringkasan catatan cerita memori program keagamaan 2011:

1. Program Sambutan Maal Hijrah : perjalanan program berjalan lancar dengan slot ceramah ringkas oleh Ustaz Mohd Yusof melalui interkom sekolah dan penyediaan bubur lambok untuk jamuan ringan buat warga SKI

2. Program Maulidurrasul : lancar dengan aktiviti perarakan,mewarna poster,tayangan kisah nabi dan kuiz berkumpulan,walaupun dalam keadaan panas di bawah khemah tetapi murid-murid tetap bersemangat menyertainya..

3. Program MTQ Peringkat zon Bestari Jaya : lancar dan memenatkan betul..uhh,maklumlah pada tahun ini, SKI menjadi tuan rumah dan biasalah kan bila program berprestij macam ni mesti lah kan ada kekuatan dan kelemahannya.Tetapi hal yang membanggakan nya ialah,kejayaan SKI dalam mendapat tempat dalam acara-acara yang disertai seperti acara Tilawah al-quran,Bercerita, dan Hafazan . Alhamdulilah.
Perkara pahit buat saya ialah kurang mendapat suara semangat dan kerjasama daripada pihak pentadbir.

4. Program KBS siri 1,2,3& 4 : Berjalan lancar.

5. Program Ihya Ramadahan dan Khatam al-quran : aktiviti berjalan lancar seperti tadarrus,pertandingan Melukis Kada Hari raya,Kuiz Ramadhan,Mewarna,bingkisan ramadhan,kutipan sumbangan derma anak yatim ,ceramah ringkas daripada penceramah jemputan oleh ustaz Abdul Rashid dan majlis khatam.Yang pahitnya ada la pihak-pihak tertentu tak nak merasmikan upacara penutupan majlis..sungguh kebudakkan-budakan betul la. ishh..tak pe laaa,,berakhir juga majlis itu tanpa perasmi..

6. Program Isra' Mikraj : Berjalan lancar dengan aktiviti ceramah yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Hasnol

7. Program Kem literasi al-quran : lancar

8. Kem Anak Soleh : lancar walaupun kekurangan tenaga fasis..bila diteliti semula ada juga aktiviti yang ingin di buat oleh saya dalam kumpulan kecil tetapi tidak kesampaian dek kerana kekurangan fasis, secara tidak langsung,ia menganggu sedikit objektif bagi slot persembahan kebudayaan yang terpaksa dibuat mengikut kumpulan dalam jumlah murid yang agak ramai,dan halaqoh al-quran juga terpaksa dibuat secara berjemaah.Sejujurnya,saya inginkan murid-murid Ijok ini berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan kakak2 dan abang2 dari UIA ni dalam slot LDK,tetapi tidak berpeluang rupanya kerana kehadiran fasis jemputan agak sedikit jumlahnya,perasaan di kala itu agak risau juga tapi alhamdulilah,berkat kerjasama baik dengan jumlah fasis yang sedikit ini aktiviti kem masih dapat diteruskan cuma terpaksa menukar sedikit prosedur aktiviti.

Cerita lain pulak tu dalam proses kerja-kerja sebelum kem ini bermula, ada la suara-suara sumbang yang tak menyokong kem ini,GB okey je tapi dia pulak yang lebih-lebih,banyak komen nya tapi menolong dalam kerja-kerja kem ini langsung takde..aduii,,rasa macam nak baling batu jer kat dia biar dia sedar sikit,bukan nak menyokong sebab ada guru rela hati nak buat program dan nak perah tenaga dan kewangan mengendalikan program manfaat kat murid-murid ni..lagi burok-burok kan kami adalah..masa itu saya tidak ada untuk menerangkan dan memberi penjelasan matlamat mengadakan kem ini kepada semua guru kerana sibuk bekerjasama dengan program di bawah Jabatan Pelajaran Selangor,saya sekadar mengamanahkan kepada us Shamsudin untuk mewakili saya dan sekiranya ada masalah boleh terus berhubung dengan saya dan tak perlu cakap-cakap di belakang,tetapi, tak de la pulak yang membantah tu berjumpa saya...uhh..hebat betul cabaran menguruskan program terakhir saya ini..tetapi berjaya juga akhirnya.terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara rasmi atau tidak rasmi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati allah,

Bukan niat dihati saya ingin membuka kalemahan program keagamaan sekolah kami,sekadar ingin mengimbas kembali memori suka duka program tahunan 2011 yang telah diadakan.Mana yang manis itu, kan saya jadikan memori indah dalam diri dan yang pahit itu dijadikan tauladan juga untuk diri ini,kerana kita adalah manusia biasa tiada yang hebat dan sempurna selain ALLAH,rabbilaziim.Kita hanya mentadbir dan ALLAH lah yang mentakdirkan perjalanan program itu sebegitu jadinya.Apa-apa pun Allah juga sehebat-hebat perancang.

Moga lembaran 2012 hendaknya nanti, segala yang ingin kami rancangkan berjalan dengan dengan baik dan sempurna dan mendapat restu Ilahi.Moga segala kebaikan aktivitinya juga mendapat manfaat kepada anak bangsa kami.Moga Semangat ku juga takkan luntur dek kata-kata insan yang menyakitkan hati.

Ayuh !! bangun dan terus bangun,meneruskan perjuangan yang belum selesai ini..

lirik nasyid pilihan pada kali ini :

"Ya Allah ,Hamba-Mu ini kekeliruan,Sukar mencari jalan yang benar,Kerna dipaut hasut dunia,Mencintai yang lain lebih dari-Mu ,Ya Allah,Hidayah-Mu pernah hadir,Hingga kering airmataku menitis,Namun terkadang aku berpaling,Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi,Jika terakhir hidup,Adakah lagi subuh esok ,Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Ya Allah,Berikan daku kesempatan,Menebus kesalahan,Lantaran dosa dan noda Dan sengaja melupakanmu,Hadirkan damai,Sebelum di hujung nafasku,Ya Allah,Berikan daku petunjuk-Mu,Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu,Izinkan daku mengulangi,Janji-janji yang baru,Taubat nasuha setulus untuk-Mu

Ya Allah,Rahmat kasihMu Tuhan, Ampunan-Mu ku damba"

Lagu dan Lirik: Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)

(mudahan lirik lagu ini dapat mendamaikan dan memujuk hati ku untuk selalu redha dan insaf kepada Ilahi. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...