Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Disember 02, 2011

Laporan PPI & j-QAF, sPLG 2011

Salam sahabat-sahabat yang di rahmati Allah semua,

Berikut adalah laporan program-program dakwah Islamiah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF, SK Ijok, bagi tahun 2011 :

1. Sambutan Maal Hijrah 1432H - 7.1.2011/Jumaat
2. Bacaan Yaasin dan Solat Hajat - bulan Jan-Okt
3. Sambutan Maulidurrasul s.a.w 1432H - 25.2.2011/Jumaat
4. Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) - 8.3.2011/Selasa
5. Sambutan Isra’ dan Mikraj 1432H - 8.7.2011/Jumaat
6. Sambutan Ihya’Ramadhan 1432H - (Bulan Ogos)
7. Kem bestari Solat siri 1,2,3 dan 4
KEM 1- Sabtu /26hb Februari 2011
KEM 2 -Sabtu /30HB April 2011
KEM 3 -Sabtu /16hb Julai 2011
KEM 4 – Jumaat –Sabtu /7 hingga 8 Okt 2011
8. Kem Anak Soleh - 7 hingga 8.10.2011/Jumaat-Sabtu
9. Kem Literasi Al-quran (KLAQ) - 23.7.2011/Sabtu

Alhamdulilah dan Alhamdulilah..semua yang dirancanakan telah pun berjaya dilaksanakan, walaupun ada juga badai hebat melanda tatkala menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti dakwah tersebut.Namun begitu,berkat DOA dan SEMANGAT dari insan-insan yang disayang,kami (team PPI & j-QAF ) dapat bertahan juga dan melakukannya hanya kerana Allah dan anak-anak bangsa kesayangan kami ini.Alhamdulilah.

Terima Kasih kepada semua warga SKI yang terlibat secara rasmi atau tidak rasmi dan sekalung penghargaan TERIMA KASIH yang terutama kepada semua Ahli JK Panitia Pendidikan Islam & j-QAF,2011 yang terdiri daripada

----Ustazah Hjh Norizah bt Sulaiman,
----Ustazah Hjh Norol Ain bt Hj Omar,
----Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh,
----Ustazah RinaIryani bt Ahmad,
----Ustaz Shamsudin Che b Hussin dan
----Ustaz Mohd Yusof b Lazim.

Hanya ALLAH sahajalah yang dapat membalas sumbangan dan bakti kalian.Moga tahun 2012 nanti,kita akan dapat bersemangat meneruskan kerja-kerja dakwah Islamiah ini yang tak pernah ada akhirannya,kita sama-sama akan cuba ketepikan perihal insan @##%^ .Moga Allah berikan Hidayah kepada nya selalu.

Sahabat yang disayangi Allah,

Program-program peringkat daerah juga telah dapat dijalankan dengan baik,diantaranya:

1. MTQ peringkat zon Bestari Jaya 2011 di SKI,Peringkat Negeri di SMK Bangi dan Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang
2. Mahrajan j-QAF 2011 Di SK Parit Mahang
3. KLAQ Dan Kem bina Juara di Masjid Sultan Ibrahim,Kuala Selangor
4. Kem Pemantapan Aqidah SR dan SM di Masjid Sultan Ibrahim,Kuala Selangor
5. Kem AQBAL di Kuala Selangor (tak dapat dihadiri kerana @#$% tidak membenarkan saya keluar menjalankan tugas untuk program tersebut,Allah sahaja yang tahu hati ini..)
6. Majlis Tadarrus Al-Quran kali ke-4, peringkat kebangsaan di Melaka

Juga,

pada tahun 2011 ini,saya telah menghadiri beberapa program keguruan (sPLG) yang salah satu tujuannya ialah untuk meningkatkan tahap profesioanalisme keguruan.

Secara peribadinya,kursus-kursus ini amat memberi manfaat berguna dan berfaedah dalam menambah ilmu pengetahuan saya sama ada pengisiannya berbentuk amali atau pun praktikal.

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua penceramah,Jurulatih,fasilitator,sahabat guru-guru kenalan baruku,students UIA dan UNISEL dan tak dilupakan kepada Pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam,JPS dan PPD K.Selangor kerana menganjurkan kursus-kursus latihan perguruan yang amat baik pengisiannya.

Antara kursus-kursus latihan guru itu ialah :

1.BENGKEL E-PELAPORAN PROGRAM J-QAF PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2011 anjuran PPD
(31-10-2011)

2.KONVENSYEN TRANSFORMASI PEMIKIRAN GPI KE ARAH MENJANA INSAN KAMIL PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR anjuran PPD (22-10-2011)

3.KURSUS PENGURUSAN PROGRAM NILAM 2011 anjuran LADAP,SKI (14-9-2011)

4.KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA ARAB TAHUN 2 DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2011 anjuran PPD (5-9 -2011

5.KURSUS WACANA ILMU KECEMERLANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM anjuran JPN (4-9-2011)

6.KURSUS JURULATIH PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)TAHUN 2 NEGERI SELANGOR anjuran JPN (25-7-2011 )

7.BENGKEL PENGUMPULAN DATA E-LAPORAN 6 BULAN PERTAMA PROGRAM J-QAF DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2011 anjuran PPD (22-6-2011)

8.KURSUS KEJURULATIHAN KO-KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2011 anjuran JPN (10-5-2011)

9.KURSUS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2011 anjuran PPD (23-4-2011)

Sebelum terlupa,pada tahun ini juga,Allah telah memberikan kesempatan pada saya untuk berkhidmat di luar kawasan tugasku dan melupakan sebentar hati ini yang telah disakiti oleh @#$%%. Saya berkesempatan untuk menjadi Jurulatih dan fasilitator bagi program :

1. Kem Nadwah Kepemimpinan SABK Peringkat Negeri Selangor di Hotel Goldcourse,Klang.
2. Kem Nadwah Kepemimpinan SABK Peringkat Kebangsaan di UiTM,Kampus Iskandar,Perak
3. Kem Dakwah Bil Hal (PERISAI) SJK(C) dan SJK(T) di Pusat ASNAF,uLU Yam,Selangor
4. Kem Program Insan Mapan (PRIMA),Murid-murid SK Orang Asli di Pulau Pangkor,Perak

Alhamdulilah,satu pengalaman hebat yang telah diperoleh..SubhanAllah..Terima kasih ya Allah..

Semoga hasil daripada semua program dan kursus itu dapat mencapai objektifnya.Tahap peningkatan IMAN dan ISLAM kita dapat bertambah kualitinya dan sifat Tawadhuk kita pada pencipta kita semakin utuh.

Dari saya yang serba lemah ini --Mohon Maaf zahir dan batin atas semua kekurangan dan kelemahan yang dilakukan di sepanjang menjalankan tugas (guru,setiausaha,ketuapanitia,penyelaras,jurulatih,fasilitator,pengiring,peserta,
penceramah,ketua kem,jurufoto,hakim,dll) yang telah diberikan sepanjang tahun 2011 ini.

Akhir kalamii,

"Ya ALLAH,Hidayah MU amat ku harapkan,pimpinlah daku ke arah redha MU,ku bimbangi lagi jika hari ini adalah yang terakhir buatku,berikan kesempatan kepadaku agar dapat ku tebus kesalahan sengaja atau tidak sengajaku lakukan,moga KAU dapat memberi damai dalam hatiku dan merahmatiku selama-lamanya.ameen ".

** Sahabat semua,Jom kita berpuasa sunat pada 9-10 Muharram ini.(ingatan buat saya juga ) ;).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin