Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Disember 17, 2011

Moga Rohnya diberkati..

Assalamualaikum..

Semalam,16hb Dec 2011/Jumaat,telah pun berlangsung kenduri dan Tahlil bagi keluarga dan saudara-mara sebelah mak dan abah yang terdekat..Tiada lafaz kerinduan dan kesyhduan yang mampu saya gambarkan tatkala mendengar alunan bacaan Surah Ya-siin dan tahlil keatas semua allahyarham dan alahyarhumah yang telah pun pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

“Semoga kesejahteraan untuk kalian, Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang)"

Teringat semula pengorbanan insan-insan yang amat berjasa kepada saya terutama allahyarham abah dan allahyarhamah atuk..Ya,Allah,rindu sungguh hati ini pada kasih sayang yang telah abah dan atuk berikan kepada insan dhoif ini sedari kecil sehingga lah saya dewasa,pada saat ini ingin sekali merasa semula pelukan dan belaian daripada mereka.Uhh,rindu sungguh...Namun,sebagai manusia,saya akur bahawa tiada yang kekal abadi,semuanya akan kembali kepadaNYA.

Semoga berkat doa dan kenduri itu tadi dapat sedikit sebanyak mengurangkan bebanan almarhum di sana dan diampunkan dosa-dosa mereka yang lalu serta diberikan cahaya pada kubur mereka.Ameen.

Buat diri ini :---

•.¸¸❤¸¸.•*JIKA SAAT INI…..•.¸¸❤¸¸.•* Kamu sedang tersenyum... semoga senyum itu menjadi ibadah.. Kamu sedang marah... semoga marah itu tidak melampaui batas.. Kamu sedang sedih... semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa.. Kamu sedang letih... semoga lelah itu menjadi penggugur dosa.. Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu.. Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu.. •.¸¸❤¸¸.•*Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin….•.¸¸❤¸¸.•*
source : facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...