Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Januari 31, 2012

Kursus PnP Bahasa Arab KSSR Thn 2 ..(Maklumbalas)

sebahagian peserta kursus,khusuk mendengar penerangan mengenai rph bahasa Arab di bilik kursus,PKG,K.Sel.

Salam Sahabat yang dirahmati Allah..

Alhamdulilah,selesai sudah 2 hari berkursus di PKG,Kuala Selangor.Kursus itu diberi nama KURSUS PnP BAHASA ARAB KSSR THN 2.Ia dihadiri oleh semua guru yang mengajar Bahasa Arab di tahun 2 dan tahun 5.Penganjur kursus adalah Pihak PPD,K.Selangor dibawah penyelaras j-QAF iaitu Ustaz A.Rahman.

Ustazah Syiba bersama Ustazah Fifah sedang dalam sesi penerangan mengenai tugasan yang telah diberikan mengikut kumpulan.

Sahabat yang dihormati,

kursus ini merupakan kesinambungan daripada kursus KSSR Tahun 2 yang telah dijalankan pada tahun lepas dan objektif kursus adalah untuk mengetahui perkembangan KSSR Bahasa Arab tahun 2 di sekolah masing-masing,di samping mengenal pasti permasalahan guru-guru bahasa Arab tahun 2 kiranya ada.Selain itu,satu bengkel telah diadakan bagi menyeragamkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan bahasa Arab.

Sangkaan saya pada mulanya kursus ini untuk memberi pendedahan baru mengenai PnP bahasa Arab,rupanya tidak sama sekali.bahkan saya secara mendadak diminta untuk menjadi salah seorang jawatankuasa dalam penganjuran kursus ini.ini kerana saya antara JURULATIH yang pernah terlibat dalam penyebaran KSSR Bahasa Arab tahun 2 dan KBSR tahun 5.Justeru,penglibatan saya sepanjang kursus ini amat diperlukan.

Walaubagaimanapun,saya tidak keseorangan..saya telah dibantu oleh rakan JU juga iaitu Ustaz Mohammad Hasnol b Jantan dan juga urus setia yang sangat prihatin kepada perkembangan Bahasa Arab bagi daerah Kuala Selangor iaitu Ustaz Razali.
(TQ ustaz sebab memberi cadangan untuk mengadakan kursus ini kepada pihak PPD)

Tekun memberi penerangan kepada peserta kursus.

Disepanjang 2 hari berkursus,banyak juga maklum balas yang diterima,rata-rata sekolah masih belum bersedia dalam penyediaan bahan-bahan KSSR tahun 2 ini apatah lagi pelaksanaannya di dalam kelas,dan ada juga yang masih kabur dengan cara penulisan PnP KSSR Tahun 2 (risau juga saya mendengar dan melihatnya...)

Sungguhpun begitu,pada hari yang kedua,saya lihat banyak perubahan kefahaman daripada peserta-peserta kursus..dan rata-ratanya tersenyum puas..harapan besar saya ada lah tindakan susulan yang akan mereka buat bila pulang ke sekolah masing -masing nanti.

Segala bahan yang saya dan Ustaz Hasnol ada telahpun saya berikan kepada peserta kursus sehinggakan laptop kesayangan saya itu telah 'dead' dan terpaksa di format semula..aduhaiii.sedih betul...tapi tak apa lah.dah nak terjadi...

Sahabat yang dikasihi,

Semoga PnP bahasa Arab kita dapat memberi kesan positif kepada anak-anak murid kita ya...

keberkesanan PnP itu bergantung kepada kita,dari awal kita merancang di dalam penulisan harian,tahunan, sehinggalah kita melaksanakannya di dalam kelas.

Walaupun,bahan-bahan nya di tangan kita tetapi kalau kesungguhan dalam diri tiada,tak jadi juga...apa-apa pun tepuk dada dan tanya lah iman sendiri.

salam maulidurRasul 1433H

Khamis, Januari 26, 2012

apa-apa jer la..

Salam sahabatku yang dirahmati Allah,

Letih sungguh hari ini,kepala dah mulai nak pusing,2-3 hari ini,datang ke sekolah dan menyelesaikan beberapa tugasan yang masih belum habis.

walaupun masih bercuti perayaan tahun baru cina,namun,kerja-kerja persekolahan harus diselesaikan segera, apatah lagi tahun ini,SKI antara sekolah-sekolah yang telah dicalonkan dalam penerimaan 'Bai'ah'.Bagi saya secara peribadinya,bersyukur jika diterima baik pengurusan sekolah kami oleh nazir-nazir tu dan bersyukur juga kiranya tidak disenaraikan dalam penerimaan 'hadiah' yang dicanang-canangkan kepada kami (warga pendidik ski).

Kelakar sungguh bila diperhatikan gelagat/aksi rakan-rakan sekerja,tak kira la sama ada dia orang atasan atau bukan..kerja dah bukan kerana Allah tetapi sebab yang lain..saya menerima hakikat yang hanya Allah sahaja yang tahu niat seseorang itu,tapi sebagai manusia biasa kita dapat lihat luaran seseorang itu yang mencerminkan diri orang itu yang sebenarnya.Perkara sebegitu mengingatkan saya kepada pesanan Ustaz Pahrol yang bercakap mengenai : tujuan hidup @ keperluan hidup ?? di radio ikim.fm baru-baru ini.Moga saya bukan lah dikalangan manusia yang hipokrit.

Kekadang tu saya agak keliru juga dengan sikap mereka itu,tiada contoh kepemimpinan yang dapat saya tauladani,hanya melalui perbincangan,bacaan,nasihat,sms,forum agama dll sahaja yang mampu menguraikan haru biru minda saya apabila berhadapan dengan masalah sosialis sesama manusia.

dan yang paling penting,ia tidak mengganggu gugat semangat saya dalam memberi ilmu kepada anak bangsa yang disayangi ini.

sesibuk mana pun,pnp tetap diutamakan...kelihatan disitu suasana murid-murid sedang membelek-belek kamus pintar Arab.foto diambil sebelum cuti tahun baru cina bermula.

apa-apa pun,hari ini,saya sekadar melakukan tugas yang mampu dibuat mengikut kemampuan kecil ku sahaja..kadang-kadang tu,bila berlebihan kerja , orang lain dah salah faham niat baik pekerjaan kita itu dan tunjuk menunjuk itu bukan lah paparan diri saya sebenarnya..orang lain tak perlu tahu,biar Allah tuhanku sahaja yang tahu.

Alhamdulilah,siap juga sebahagian daripada penambahbaikan bilik Jauhari j-QAF,TQ buat Ustazah Rina,Ustaz Din dan guru-guru agama lain atas kerjasama dalam membantu saya dalam kerja-kerja pengurusan j-qaf sekolah kita..mungkin tak sempurna mana tetapi itu saja lah yang mampu saya uruskan..

kadang-kadang tu bila membongkarkan kelemahan sebenarnya perkara tersurat di dalamnya adalah untuk membangkitkan kekuatan diri saya.tidak menyalahkan sapa-sapa,tiada yang tak baik,hanya saya,seorang hamba Allah yang lemah,tiada daya dan kekuatan kecuali pada Allah sahaja tempat bergantung.

Ya ALLAH,berikan kesihatan yang baik kepada ku agar dapat ku teruskan pekerjaan ku ini..RedhaMu kuharapkan sehingga nafas terakhir ku.amin.

Akhirnya...apa-apa jer la..

ingatan sepintas lalu buat diri sendiri :----

***em..kerja assignment kak Siti masih belum dibuat lagi,ini kerana sibuk dek tugasan sekolah la..ya allah,bantu lah saya,bangkitkan semangat ku untuk fokus pada assignment itu..
*** Syukran wa khairal jaza ila sahabati Syiba..nasihatmu sangat memberi erti buat diri ini..moga ALLAH merahmatimu dan keluarga.amin.

Khamis, Januari 19, 2012

MTQSS KE 38

Salam.

Pada tahun ini, Acara Saingan sengit akan bermula buat warga guru Pendidikan Islam sama ada yang berada di SK @ SMA.Acara itu tak lain dan tak bukan ialah Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) ke 38 tahun 2012.

Rasanya edaran info mengenainya telah pun di sebarkan ke sekolah-sekolah kementerian pelajaran Malaysia.Maka,secara rasminya bermula la usaha pencarian peserta-peserta dan melatih mereka untuk menang dalam acara yang dipertandingkan.

Sila layari www.bpi.edu.my untuk mendapatkan bahan-bahannya.

Disini saya sekadar ingin mengucapkan selamat berusaha buat guru-guru yang akan melatih murid-murid ke pertandingan itu.Dan penglibatan saya untuk itu ???

Jawabnya :---Dengan rendah dirinya saya mengundurkan diri.bukan tak nak nak melatih murid-murid tetapi banyak dugaan yang mencabar hati yang bakal saya hadapi kelak.(ambil ikhtibar tahun lepas punya kes,Allah sahaja yang tahu dugaan yg dilaluiku..)

Apa-apa pun,selamat berusaha ustaz ustazah semua!
dan ustaz Azman (hakim bercerita kebangsaan),saya mohon maaf us sebab tidak dapat nak berjuang bersama ustaz dalam MTQSS tahun ini..semangat saya dah hilang ustaz..

***buat sahabat guru BA KSSR daerah Kuala Selangor,Insya allah lepas cuti perayaan cina ini pada (30-31hb), kita ada bengkel yang perlu dihadiri di PKG,K,Sel.

Khamis, Januari 12, 2012

P&P bermula lagi...

Assalamualaikum

Alhamdulilah..

Pengajaran dan pembelajaran bermula lagi..rupanya,sudah dua minggu persekolahan bermula,keaadan diri agak sibuk juga dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kerja.

walaupun di kala ini,diri kerdil ini telah 'ditendang' keluar secara terbukanya dalam hal ehwal pengurusan sekolah..aduh!! sangat sakit rasanya..ini lah lumrah alam,rasanya tak perlu la saya ceritakan hal itu di sini,yang pasti,saya sangaaaaaaaaaaaaaaaat bosan bila berjumpa dengan insan sebegitu..uhh.

(Ya Allah,padaMU sahaja ku serah kedukaanku ini,Tabahkan hati ku ini,Sinarkan cahaya keikhlasan bagi meneruskan perjuanganku di sekolah,hadirkanlah damai dalam hatiku ini,ya rabbi,amiin)

Sahabat yang dirahmati Allah,

kita lupa kan sebentar perit dugaan ku itu,catatan kali ini saya lebih suka menceritakan sedikit suasana ceria p&p yang sedang hangat berlangsung sekarang..(sebenarnya,bila melihat raut wajah murid-murid ni,menghilangkan sebentar kedukaan hati ini)

murid-murid kelihatan sedang bersemangat untuk belajar dan belajar..datang ke sekolah,berjumpa dengan rakan-rakan sekelas,masuk ke kelas yang baru dengan pakaian dan alatan yang baru,buku-buku teks yang baru,mendapat ilmu yang baru,di pendek kan cerita semuanya baru la...maka,kehangatan untuk menuntut ilmu amat mereka dahagakan...Alhamdulilah.

khusyuk betul murid-murid ustazah ni membentuk huruf-huruf hijaiiyah yang diarahkan..

alhamdulilah..terbentuk juga huruf-huruf hijaiiyah..cantik..

gambaran sewaktu sesi tilawah quran di dalam kelas..bahagia sungguh ,melihat murid-murid ustazah yang mampu membaca al-quran,walaupun lambat tetapi masih bersungguh-sungguh membacanya..

Semoga,pada tahun ini,semangat murid-murid kesayanganku ini dapat terus mekar dalam hidup mereka dan yang paling penting mereka dapat mengaplikasikan semua ilmu yang di pelajari di SKI dalam hidup seharian dan bersungguh-sungguh untuk berjaya menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

SELAMAT BELAJAR PERMATA-PERMATA HATI USTAZAH. :)

dan semoga dugaan ku itu memberikan ibrah positif buat panduan mengharungi hidup ini.

akhir kalami,Terima kasih buat pencipta lagu ' KEBANGKITAN' atas lirik lagu yang sangat menyentuh hati untuk yakin dan mengharap terus kepadaNYA.

Sabtu, Januari 07, 2012

cerita motivasi 1

penceramah sedang memulakan ceramahnya...

salam

Hari ini bermula program pertama LADAP 2012 iaitu Motivasi yang bertajuk Mukmin Profesional aset kecemerlangan Sekolah. Motivasi tersebut disampaikan oleh Tn Zaid bin Hamzah daripada Fitrah Constraction (kalau tak silap la..kalau silap harap maaf Tuan).Motivasi ini dihadiri oleh semua guru SKI bergandingan dengan semua guru SRA Ijok. Bermula jam 9 pagi di makmal komputer lama,SKI.

Walaupun di kala ini majoriti guru agak sibuk dengan hal ehwal pengurusan Folder Rancangan mengajar harian dan mencari Sukatan-sukatan pelajaran,namun,kami telah digesa untuk menghadiri motivasi tersebut.

Bagi saya pula,memang agak sibuk juga namun saya mengambil arahan untuk menghadirinya sebagai panduan untuk terus bersemangat memulakan tugas pada tahun baru 2012 ini..badai tetap ada tetapi dipujuk kan hati ini agar berserah kepada NYA..lakukan kerja semampu yang boleh dan sedarkan diri selalu untuk ingat yang diri ini orang biasa-biasa je.

Antara point yang sempat saya catatkan :

--orang Islam dulu adalah pakar strategi tetapi hari ini telah berubah kepada pakar Tragedi
--3 tips untuk menjadi TERBAIK :
1. USAHA kena maksimum,Usaha kena multi, Jangan putus asa dan Jangan buat kerja tuhan
2. EFISEN : kena ada ILMU,KEMAHIRAN dan Adab
3. BERKESAN :menjadi Mukmin yang BAIK dan IKHLAS
-- formula pelajar cemerlang :R (Rules) + R (Regulation) - R (Relationship ) = R

Sempat juga saya bertanyakan 2 soalan kepada penceramah itu tadi,soalannya berbunyi begini :-

1. Macam mana kita nak suka kepada orang yang kita tak suka??
2. Bagaiamana nak uruskan konflik perbezaan pendapat dalam organisasi sekiranya pihak yang satu itu menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mempertahankan pendapatnya tanpa mengambil kira pendapat yang lain??

Rasanya saya masih kurang mendapat jawapan yang mampu menguraikan persoalan yang berlegar-legar di pemikiran sejak dua menjak ini..tapi tak pelah...mungkin saya perlu berdiskusi lagi dengan mereka yang lebih berpengalaman dan berilmu.Apa-apa pun, TQ diucapkan kepada tn Zaid atas pandangan beliau berhubung 2 soalan saya tadi.

Sebenarnya ada lagi point nya tetapi setakat itu dulu kerana ada hal lain la pulak ni..dan kepada sahabat j-QAF yang inginkan salinan RT Bahasa Arab tahun 2 KSSR dan RT Bahasa Arab tahun 5 (Baru) boleh la berhubung dengan saya,insya allah akan saya bantu..Terima kasih kepada sahabat JU (Ustaz Nazri, dll ) yang membantu saya mendapatkannya.

Terus bersemangat menjadi seorang GURU yang hebat di mata murid-muridku,Insya Allah.

Isnin, Januari 02, 2012

Selamat Datang Tahun 2012

Assalamualaikum Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah,telah tiba sudah tahun baru masihi..Semoga kedatangannya membawa khabar gembira yang mampu membangkitkan semangat juang kita dalam meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini..

Ya Allah,hanya padaMU ke serah segala-galanya perjalanan takdir hidupku..Moga ada kebaikannya kiranya pahit itu akan berlaku dan kebaikan juga kiranya manis itu KAU berikan kepada ku..semoga semangatku tak kan patah dek musuh-musuh yang membenciku dalam meneruskan dakwah MU..bantulah hamba ya Allah..hidup dan matiku hanya untuk MU..

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...