Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Januari 19, 2012

MTQSS KE 38

Salam.

Pada tahun ini, Acara Saingan sengit akan bermula buat warga guru Pendidikan Islam sama ada yang berada di SK @ SMA.Acara itu tak lain dan tak bukan ialah Majlis Tilawah Al-Quran (MTQSS) ke 38 tahun 2012.

Rasanya edaran info mengenainya telah pun di sebarkan ke sekolah-sekolah kementerian pelajaran Malaysia.Maka,secara rasminya bermula la usaha pencarian peserta-peserta dan melatih mereka untuk menang dalam acara yang dipertandingkan.

Sila layari www.bpi.edu.my untuk mendapatkan bahan-bahannya.

Disini saya sekadar ingin mengucapkan selamat berusaha buat guru-guru yang akan melatih murid-murid ke pertandingan itu.Dan penglibatan saya untuk itu ???

Jawabnya :---Dengan rendah dirinya saya mengundurkan diri.bukan tak nak nak melatih murid-murid tetapi banyak dugaan yang mencabar hati yang bakal saya hadapi kelak.(ambil ikhtibar tahun lepas punya kes,Allah sahaja yang tahu dugaan yg dilaluiku..)

Apa-apa pun,selamat berusaha ustaz ustazah semua!
dan ustaz Azman (hakim bercerita kebangsaan),saya mohon maaf us sebab tidak dapat nak berjuang bersama ustaz dalam MTQSS tahun ini..semangat saya dah hilang ustaz..

***buat sahabat guru BA KSSR daerah Kuala Selangor,Insya allah lepas cuti perayaan cina ini pada (30-31hb), kita ada bengkel yang perlu dihadiri di PKG,K,Sel.

2 ulasan:

  1. Salam Rabiul Awal...
    Sedihnya baca entri ni..
    Tulah, org ajak pindah sekolah x nak..Jomlah sumbang khidmat & kepakaran kat sini.Sekolah saya ni pentadbirnya ok. Budak2nya boleh dibentuk. Cuma cikgu2 tahun 6 lah yg demand sikit. So alternatifnya thun ni saya pilih budak2 tahun 4&5 saja. Apapun saya rasa ni luahan hati ikhlas seorang 'ustazah yg bekerja krn Allah'. Nanti bila nmpak muka anak2 murid, hilanglah segala semangat yg luntur tu :-)

    BalasPadam
  2. salam rabiulawwal ustaz Azman.

    tersenyum saya membaca ulasan ustaz...tak tau nak kata apa..tapi ia membangkitkan sedikit semangat baik saya ke arah menjadi guru yg tabah setabahnya..apa-apa pun,selamat berjuang ustaz!!..

    insya allah,mungkin di tempat lain khidmat saya benar2 diperlukan..doa dari ustaz amat saya harapkan..TQ ;)

    BalasPadam

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...