Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 18, 2012

KBS Siri 1/2012

slot praktikal solat subuh.alhamdulilah,secara rawaknya,saya lihat ada perkembangan baik melihat cara murid-murid tahap 1 bersolat cuma ia perlukan pemantauan selanjutnya untuk mereka lebih mengingati tatacara perlakuan solat yang betul.

Assalamualaikum

Hari Sabtu (18.2.2012), telah pun berlangsung KBS siri 1. Alhamdulilah,semua aktiviti berjalan lancar dengan dihadiri peserta-pesertanya dari tahun 1-3.Fasilitator pada kali ini melibatkan semua guru agama/j-QAF dan sebahagian daripada guru-guru SKI. Kem ini telah bermula sedari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pada tahun ini, saya sekali lagi telah diamanahkan untuk menyelaras program Kem Bestari Solat dan saya mengambilnya sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memantapkan ibadah solat murid-murid di SKI ini dengan dibantu sahabat-sahabat sekerja j-QAF yang amat saya hormati mereka.

Dan tahun ini,sebagaimana yang telah dirancang di dalam takwim perancangan program j-QAF 2012, acara KBS siri 1 akan bermula pada bulan Februari. Justeru, saya telah membuat ‘master plan’ KBS siri 1 itu dan telah pun berbincang bersama-sama team saya bagi merancang pengisian yang perlu dibuat pada kem pertama tersebut.

Harinya telah pun tiba..

ingatkan hari itu saya dan team akan bersemangat menguruskan KBS 1 ini,tetapi semangat kami jatuh terus apabila datang !@#$ yang asyik mengkritik dan kritik…memandang pengurusan kem kami ini sangat lah burok, datang sebagai musuh ketat yang hanya mencari kesalahan sahaja,pendek kan cerita, kem saya ini tak de lah yang baiknya di mata dia…pandai mengkritik sahaja, nak menolong kami bersama-sama jadi fasi mengajar murid-murid tentang solat emmm… jangan haraplah…rasa status tinggi dan tak layak duduk sekerusi dengan kami (orang bawahan),kalau rasa hebat sangat marilah turun,cuba sendiri urus kem untuk budak-budak kecil ni (saya cabar kerana Allah,saya hanya ustazah biasa-biasa je,ada hati dan akal yang terasa.)..uhh..
ALLAHUAKBAR!!sedih betul hati ini..

(Ya ALLAH, berikan lah kesabaran kepada kami,amin.)

Saya dan team,kuatkan hati kami untuk meneruskan kem ini,kami hanya memandang wajah anak murid kami sahaja dalam meneruskan kem ini sehingga ke akhirnya..dan ALHAMDULILAH,selesai juga..Terima Kasih Ya Allah..

Hanya 1 harapan besar saya,untuk kem seterusnya ,tidak berlaku lah gangguan jahat ini terjadi semula..

Terima Kasih buat GPK KOKO baru,Tn Hj Mohammad Shadan b Setah atas kerjasama dan kepercayaan beliau pada kerja-kerja kami terutamanya kerja saya dalam mengendalikan KBS ini ,juga buat sahabat guru-guru agama dan j-QAF SKI..Tak lupa juga buat cikgu Mazlan dan cikgu Rosnah yang membantu saya secara tak langsung.Tiada yang dapat saya berikan kepada kalian semua,hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjarannya.Dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf kiranya ada sebarang kelemahan saya sebagai ketua fasi bagi kem yang pertama ini.

Apa-apa pun,badai melanda sekalipun,Ayuh,sahabat semua mari kita teruskan visi,misi j-QAF KITA!!!..pedulikan mereka yang yang sombong itu.

Sebahagian foto KBS Siri 1 tadi :----

Ustazah Rina sedang mengendalikan powerpoint slot wudhuk kepada murid-murid tahun 1 di surau sambil diperhatikan oleh Tn Hj M.Shadan,GPK Kokurikulum.

riang murid-murid tahun 3,bermain slot kotak beracun yang isinya mengandungi soalan-soalan tentang solat..slot yang dikendalikan oleh Us Din dan Ustazah Narimah ditapak bola gelanggang..

dan ini pula slot powerpoint bacaan-bacaan solat di makmal komputer bagi tahun 2.Slot ini dikendalikan oleh Us Yusof bersama dengan Ustazah hjh Norizah

Sahabat yang dikasihi Allah,

Kata-kata Syeikh Abdul Qadir al- Jailani ;

‘Jangan lah kamu takut kepada makhluk,dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu, Hendaklah engkau istiqomah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian,kerana Allah s.w.t akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu,dengan kebenaran dan keikhlasanmu,Bersungguh-sungguh lah engkau,berjalan dan kejarlah,kerana sesuatu itu tak kan datang kepadamu begitu sahaja,tanpa berusaha mengejarnya,sedangkan engkau mempunyai kewajipan untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki'

Semoga kata hikmat diatas dapat menenangkan hatiku ini..
(Ya Allah,pimpinlah hambaMU ini,lemah nya iman ku ini,hati ini terasa amat rimas dengan sikap 'dia' yang menyakitkan,hanya padamU ku serah suka dan duka hati ini.Sayangiku dan rahmatiku selalu Ya Rahman ,Ya Rabbi,RedhaMU ku harapkan..amin.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KCJ Siri 2 2017

Salam dilampirkan foto KCJ Siri 2 yang telah diadakan pada 21.9.2017/ Khamis/ Dewan Rafulin SKI : TAHNIAH!! anak-anak Cemerlang ...