Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Februari 03, 2012

Salam Maulidurrasul s.a.w 1433H

Rasulullah s.a.w...kami merinduimu wahai kekasih Allah..Syafaat mu amat kami harapkan di akhirat kelak..sejahtera ke atasmu..rasul agung

Salam Rabiulawwal 1433H.

Alhamdulilah..telah tiba kedatangan bulan hijriyyah yang penuh rahmat..satu bulan yang membawa keberkatan dan berita gembira kepada umat Islam sedunia..Ia adalah bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran nabi mulia,pembawa rahmat seluruh umat iaitu Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Tadi,saya berkesempatan mendengar ad-daurah di radio ikim.fm.dan seperti biasalah mursyid yang memberi penerangan mengenai program itu ialah Dr. Ustaz Zulkifli Al-Bakry..Ia antara salah satu program keagamaan yang menjadi minat utama saya.Alhamdulilah,banyak info baru yang saya dapat darinya.Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi dengan sahabat,antara pengisian yang wajar kita lakukan( lari dari kebiasaan amalan) bagi menyambut kedatangan Maulidurrasul ini sepertimana yang telah disebut oleh Dr. Zulkifli ialah :

1. Sewajarnya kita berusaha untuk memahami sirah Nabi Muhammad s.a.w bermula dari kelahiran baginda sehingga lah kewafatan baginda.

2. Acara-acara berzanji dan seumpamanya diteruskan tetapi ditambah dengan menterjemahkan alunan-alunan itu ke dalam bahasa melayu dengan matlamat kefahaman nya akan lebih jelas dan tercapai daripada sekadar mengalunkannya sahaja.

3. Mengadakan pertandingan @ kuiz sirah kepada anak-anak kecil agar mereka dapat mengenali nabi mereka.

4. Strategi berceramah perlu ditukar daripada konsep berceramah yang holistik tajuknya kepada memfokuskan satu-satu isu.Iaitu berceramah tentang satu perkara sahaja sebagai contoh : menceritakan tentang bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berinteraksi dengan kanak-kanak,orang dewasa,orang tua,keluarga,jiran,dan sahabat-sahabat baginda atau bagaimana pengamalan diet nabi dll.

5. Praktikkan secara tak langsung sunnah nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan seharian

Sahabat semua,cadangan pengisian diatas itu merupakan satu idea yang berinovasi yang sewajarnya kita buat dan insyaAllah,saya juga dalam proses untuk cuba mengamalkannya.Banyak sungguh sunnah Rasulullah yang masih belum saya dapat teladani dek lemahnya diri ini..Ya Allah,ampunilah hambamu ini..

em..sejenak...

bila fikirkan program panitia mengenai sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah,saya tiada jawapan untuknya.ini kerana,corak organisasi panitia telah berubah dan saya sekadar menjadi pengikutnya,jika diperlukan khidmat,saya akan cuba membantu mengikut yang terdaya..(tak mampu nak lontarkan idea baru yang ada di minda ni untuk mempelbagaikan acara sambutan ,kerana kerja mudah tu nanti akan menjadi susah dek hal remeh temah orang atasan,uhh..)

apa-apa pun,tunggu saja lah...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Selamat menyambut Maulidurrasul s.a.w..
Marilah kita bersama-sama menghayati dan mengamalkan sunnah Nya..

Sekian.

** Hari ini,GB bertanya kepada saya, dah mula latih murid untuk tilawah ke??saya tak tahu nak jawab..maaf GB, saya bukanlah berkecil hati sangat dengan cikgu tetapi orang lain,sebab 'dia' tak memudahkan kerja saya disepanjang latihan tilawah bermula.itu yang merimaskan saya..Moga Allah,buka kan hati saya untuk memulakan mengajar latihan tilawah tu,amin.

2 ulasan:

  1. AMINNNNNN.....
    Ustazah, nak tnya pasal duit aktiviti pend. islam...tahun ni kan dah mansuh yuran tu.so kalau nak buat xtiviti, ustazah korek duit kat mana ye..tq

    BalasPadam
  2. salam,us, betul ke mansuh?? tapi masa mesyuarat panitia baru2 ni GB tak cakap pulak mansuh,cuma GB cakap mungkin dikurangkan jumlah RM nya..dan selalunya us,klu wang panitia kami tak berapa cukup nk wat aktiviti,kami kan buat surat mohon sumbangan zakat,PIBG dan individu perseorangan.Alhamdulilah,selalunya ada lah tersangkut rezekinya.dan lagi satu us,selalunya kami berjimat sedikit wang thn lepas tu tak guna habis sbb tahu kan ada aktiviti di awal thn baru yg kena buat..bak kata pepatah : beringat sebelum terkena kan.. ;)

    BalasPadam

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...