Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mac 14, 2012

Cuti..cuti...

si kecil ni...Iman..allahuakbar!!! suka nya dia...manis senyumannya ;)

Alhamdulilah..

Terima Kasih Ya Allah,tiada lafaz syukur dan rendah dirinya saya kehadrat Ilahi atas nikmat-nikmat hidup yang diberikan kepada saya dan keluarga..Alhamdulilah.

Hari-hari cuti persekolahan yang sangat saya hargai bersama keluarga dan saudara-mara tersayang di kampung.Rasanya murid-murid ku juga sibuk bercuti bersama keluarga mereka di kampung.Dan keyakinan saya ditambah lagi la dengan percaya buku-buku mereka pasti tidak terusik pun di beg sekolah masing-masing kecuali murid-murid tahun 6 yang terpaksa juga hadir ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan atau ke tuisyen berbayar bagi meneruskan latih tubi pelajaran teras mereka.Apa-apa pun,Selamat meneruskan cuti kalian dan apa jua perkara baik yang akan,sedang dan telah kalian lakukan..moga semua itu mendapat redha Allah,Insya-Allah.

Saya pula??

Alhamdulilah,setakat ini semua dalam keadaan baik,walaupun,dicelah-celah kehidupan itu terdapat juga gelora melanda ..biasa lah…nama pun kehidupan,ada kala baik dan adakalanya sangat mencabar..

Sahabat ku,antara kenangan dan program cuti sekolah yang telah,sedang dan akan dilalui:----

-- perihal anak-anak buah yang sedang meningkat pembesarannya,lucu juga melihat telatah mereka,rasa sangat bahagia melihat wajah-wajah suci mereka yang bersih dari sifat-sifat hipokrit manusia yang jahat diluar sana

-- hubungan sesama adik beradik semakin erat dengan mengetahui khabar antara satu sama lain,dapat juga bergurau senda dengan mereka dan yang teringat sekarang adik bungsu saya si DAUS..amboi,Os..dah pandai bergurau ye..jam 11.30 malam dengan bersinglet dan berseluar jean birunya dan berkopiah putih,datang ke meja makan sewaktu kami sekeluarga sedang menonton tv dan emak sempat bertanya kepadanya :’nak kemana ni abang HAJI???dan dengan selambanya menjawab :’nak pergi banteras Khalawat ni”…hehee.Satu-satunya adik bungso saya yang ‘handsome’ yang pelbagai rencahnya..

-- dapat pergi ke pasar bersama keluarga dan membeli belah di sana..banyak wang mak kuar..maklumlah rumah mak riuh dengan anak-anaknya yang balik ke kampong untuk bercuti.so,banyak barang dapur kena beli..paling best part masak memasak..best..best!!! hehe

saya bersama mak..ni di pasar tanjung karang sedang membeli kopi ni..

--dapat naik kereta pesona baru adik dari Terengganu..Tahniah Acit!!!,apalagi dia jadi ‘driver’ kakaknya laaa…

-- mendengar masalah adik pompuan mengenai perihal suaminya..Sabar ya adik ku..

-- anak buah demam..bila baik sikit dah mula ligatnya..pusing2 kepala mama melayannya..jam 2 pagi abahnya pulang kerja semata-mata nak bawanya ke hospital dek siang hari badan kepanasan yang amat..

haa,,ligat sangat2 datang rumah atuknya..pas tu kan dah demam tu..pulak tu takut nak makan ubat..aduii..punyalah payahnya...

-- nak pergi ke sekolah ikut rancangannya..tetapi dek sibuk berada di kampong ni,langsung hilang minat nak ke sekolah melatih budak tilawah..risau juga saya…yelah masa amat suntuk sebelum pertandingan peringkat daerah bermula..moga ALLAH permudahkan urusan saya nanti..amin.

--mak sibuk wat persiapan nak gi umrah pada awal bulan April ini dan kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan mak sihat dan selamat pergi dan pulang.

--merancang nak sambung buat kertas kerja aktiviti Bahasa Arab di rumah..tetapi rasanya hajat itu tak kesampaian sebab fikiran tak terfokus kearah itu sekarang..sibuk melayan anak-anak buah yang hebat ini ;)

-- berkesempatan mendengar warna pagi di radio ikim.fm yang disampaikan oleh dj Siti dan Pian..best betul pagi-pagi seminggu saya ini,kerana banyak info membangun dan mewarnai minda saya.Alhamdulilah.

--berkesempatan pergi ke kedai makan saudara mara dan sempat gak kena perli kerana bila cuti sekolah baru dapat tengok muka saya kalau tidak berbulan-bulan la tak nampak muka den ni...aduii..kantoi saya..

Setakat ini dulu..sekadar santai –santai cuti seminggu persekolahan 2012

Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan melindungi kami sekeluarga..amin.

+++ TAHNIAH, buat adik saya kerana sekolah nya telah layak untuk menerima 'bia'ah'..alhamdulilah..huyoo...kaya dik oii..dapat habuan RM besar...bagi saya gembira juga bagi pihak adik ,kerana mereka dapat pun hasil usaha keras mereka dan semangat ikhlas mereka melakukan kerja-kerja persekolahan kerana Allah bukan atas habuan semata-mata sahaja..Tahniah Warga pendidik di SK Teluk Pulai,Klang.

haa..ni gambar ikan keli hidup di pasar..tapi hari tu kami tak beli ikan ni,beli ikan lain..

2 ulasan:

  1. ikan keli goreng jeli best eih..nak cuti mana lagi ni.. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

    BalasPadam
  2. oo... ye ke? Insya allah,cuti sekolah panjang nanti kami kan cuba pergi ketempat yang dicadangkan tu..dan betul2 pasal goreng ikan keli tu tapi masak berlada la..uhh..sedap2..tapi goreng jeli tu tak pernah wat lagi...ni kena belajar dgn specialist nii..;)

    BalasPadam

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...