Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mac 07, 2012

FILEM dan lagu CINTA

foto filem menarik Hafalan Shalat Delisa..

Salam

sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua,satu lagi cerita yang telah menambat hati saya..sebenarnya sudah agak lama saya tidak menonton filem secara konsistennya..entah apa la pulak filem ini telah menarik saya untuk menontonnya secara khusuk,ini pun kerana saranan sahabat baik yang disayangi yang menyuruh saya menontonnya..hehe..Thanks fren!!

Rumusannya ia adalah filem yang mendidik kita tentang perihal SOLAT yang juga ada nilai-nilai murni yang lain di dalamnya.

Tak perlu saya menceritakan kisah adik DELISA ini..sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua,jika ada kelapangan,sila lah menontonnya.. ;)

DAN

satu lagi cerita,minggu lepas,saya singgah sebentar di rumah mak tersayang dan tatkala saya mendodoikan si kecil Iman di bilik , terdengar sayup-sayup suara merdu nyanyian lagu cinta..Allahuakbar!! satu lagi melodi indah yang terdengar di telinga ini..lagu itu bertajuk Di Atas satu Cinta nyanyian Indah Dewi Pertiwi.

Minggu ini,saya pasang lagu itu di bilik guru sekadar alunan kecil di telinga ini dan rupanya ia telah menarik minat rakan-rakan guru lain untuk menanyakan lanjut tentang lagu itu..emm..jangkaan saya benar di minda iaitu mereka memohon saya untuk muat turun lagu tersebut.. ;)

Sahabat semua,lagu itu mengingatkan saya terus pada cerita si DELISA tu..tentang CINTA..

Saya cinta pada Allahyarham Abah kerana ALLAH
Saya cinta pada Emak kerana ALLAH
Saya cinta pada keluarga dan saudara mara kerana ALLAH
Saya cinta pada saudara seIslam kerana ALLAH

Sesungguhnya semua cinta itu keranaMU Ya ALLAH..

Lirik lagu itu :--
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat selalu di hatiku

Sahabat yang dirahmati Allah,

apabila mendengar lagu tersebut,tetiba terasa diri sedang jatuh CINTA..SubhanAllah ..aku sedang mencintainya..sangat mencintainya..kekalkan cinta itu hingga ke syurga..

(post ini sekadar ingin melari kan diri sekejap dari perihal huru hara sikap manusia yang tidak memberikan tauladan baik bagi insan kerdil ini..moga diri ini terpelihara dari kejahatan manusia itu.Ya ALLAH,pada MU ku memohon perlindungan,sayangi dan rahmatiku Ya Rabbi,amin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...