Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Mac 27, 2012

Tahniah!! buat peserta SKI dalam MTQ Peringkat Daerah K.Sel 2012

Alhamdulilah...bergambar bersama sebelum kami bergerak pulang ke sekolah...Kelihatan disitu Adlin,Wusqo,Syasya,Falakh dan dibelakangnya Us Din,Ustazah Rina dan Ustazah Aini

Alhamdulilah

Allahuakbar...SubhanAllah..Alhamdulilah..

Terima Kasih ya Allah..Terima Kasih semua yang terlibat dalam memberi latihan kepada peserta-peserta MTQ Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012.

Acara kemuncak nya telah pun berlangsung tadi di SMKA Kuala Selangor yang telah dirasmikan penutupannya oleh YB Tuan Haji Sulaiman bin Razak (Ahli dewan undangan Negeri kawasan Permatang)

Tahniah buat :---

1. Adik Abdul Falakh - JOHAN bercerita (l)(akan berjuang terus ke peringkat negeri yang mewakili daerah Kuala Selangor)
2. Adik Urwatul Wusqo - NAIB JOHAN Tilawah al-quran (p)

Saguhati buat :---

1. Adik Adlin Farahin - Bercerita (p)
2. Adik Syasya - Hafazan tahap 1 (p)

Semoga kejayaan yang diperoleh itu dapat memberi kebaikan kepada kami khususnya buat semua peserta MTQ SKI..

sebelum bergerak ke SMKA..bacaan doa kami pohonkan...

Terima Kasih buat guru SKI yang telah memberi kerjasama kepada kami (jurulatih) sewaktu sesi latihan MTQ Peringkat Daerah ingin dijalankan..

tq kerana membenarkan saya membawa keluar murid untuk dilatih...
tq kerana memahami masa-masa saya yang sangat suntuk untuk melatih wusqo..
tq atas motivasi,kata-kata perangsang untuk saya terus melatih murid-murid ini..
tq atas semuanya..
Kejayaan peserta-peserta itu juga adalah kejayaan kita bersama..Alhamdulilah..

Apa-apa pun, TAHNIAH Semuanya!!!!
selamat maju jaya untuk peserta-peserta MTQ dan Festival nasyid yang akan mewakili Daerah Kuala Selangor ke peringkat negeri nanti (kalau tak silap tarikhnya 7hb April).

Sedikit foto yang sempat saya ambil tadi :----

Alhamdulilah..Mendengar keputusan Johan bercerita diumumkan yang telah disandang oleh Falakh,saya berpelukan dengan ustazah Rina,subhanAllah,rasa gembira kerana penat lelah selama ini terbalas juga dengan mendengar kejayaan falakh..tetapi berdukacita sikit kerana Adlin tidak berjaya keperingkat seterusnya..

Wusqo sedang menerima hadiah bagi tempat kedua dalam acara tilawah al-quran..gembira betul wusqo..bagi saya wusqo memang patut mendapatnya kerana melihat kesungguhannya ketika berlatih,rasa semangat walaupun adakalanya tekaknya sakit sikit..tetapi nah! natijahnya kejayaan juga yang diperolehi..

ini lah suasana tempat bagi acara tilawah al-quran yang sedang berlangsung,bertempat di surau ar-ridhuan..Alhamdulilah,bacaan yang lancar..

2 ulasan:

  1. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
    Ni berkat ikut MTQSS Kebangsaan 2011 ni..
    Falakh darjah berapa?

    AZMAN HJ. AHMAD
    Shah Alam

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah..

    sangat2 bersyukur us azman..
    sebenarnya ni berkat kerjasama semua guru2 agama negeri selangor..dan betul jg berkat gi MTQSS Kebangsaan 2011 ...dapat berkenalan dgn jurulatih2 hebat negeri selangor..allahuakbar us..pengalaman yg tak boleh saya lupakan.

    Falakh tu darjah 5.

    TQ jg kat us sbb bekalkan kami panduan teks bercerita..Alhamdulilah.

    BalasPadam

Bengkel Modul NKISS

Salam Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah. Alhamdulilah,hari ini saya diberi peluang menghadiri Bengkel Pemurnian Modul NKISS Wasatiy...