Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 28, 2012

Kem Bestari Solat siri 2/2012 1

Salam

Alhamdulilah wa sollatuwassalam ala Rasul Muhammad s.a.w

Dua hari kem bestari solat siri 2 berlangsung iaitu pada hari semalam Jumaat-Sabtu (27-28hb April) di SKI.Kem kali ini melibatkan penyertaan semua murid tahap 2.

Rasa bahagia dalam kepenatan setelah berakhirnya kem pada hari ini apatah lagi melihat raut wajah peserta tahap 2 yang sangat seronok menyertai kem ini..tambah-tambah lagi la bila ada hadiah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kem.Penglibatan aktif dari para peserta berada pada tahap maksimumnya..hoho..

Pelbagai aktiviti telah saya rancang untuk kem ke 2 ini bersama-sama dengan kerjasama fasilitator guru agama SKI yang sangat hebat.Mereka terdiri daripada :

Ustaz Shamsudin - Ustaz Mohd Yusof
- Ustazah Rina - Ustazah Narimah -Ustazah Norizah - Ustazah Ain

Terima kasih daun keladi
Lain kali boleh bantu lagi...

Terima kasih juga kepada guru-guru lain yang telah membantu kami iaitu Cikgu Rosnah Abdullah,Cikgu Kasmizan Kasmuddin,Cikgu Mazlan,Cikgu Maryanti,Cikgu Huda dan Cikgu Mohd Shadan

Hari Pertama Kem ---Jumaat ----Peserta semua tahun 6 ----Masa : 2.30-6.00 petang
----Aktiviti :
1. Praktikal Wudhu menggunakan Air botol Mineral
2. Tayangan Filem : Haafaalan Solat DELISA dan perbincangan ringkas
3. LDK PETA MINDA : KEBAIKAN menunaikan solat DAN KEBURUKAN meninggalkan solat

Sebahagian foto indah KBS 2 :-
slot praktikal wudhu oleh murid perempuan dikawal selia oleh Ustazah Narimah dan Ustazah Norizah
penerangan dulu oleh us Yusof kepada murid-murid sebelum mereka sendiri melakukan wudhu dengan air botol mineral.
murid-murid lelaki sedang berwudhuk..tekun..
sapu telinga betul-betul dik oii...nanti kena tegur dengan ustazah Aini..hehee
slot tayangan filem DELISA..sesi soal jawab mengenai filem ini mendapat reaksi positif dari murid-murid tahun 6 dan mereka benar-benar memahami kepentingan solat dalam hidup.

Foto Slot LDK Peta MINDA :--
pembentangan...pelbagai kaedah yang disampaikan oleh peserta..budak2 ni..macam2 perangai..lucu juga..

Inilah Hasilnya :--


Sambungan KBS Hari ke-2......

2 ulasan:

  1. Wah, kem solat! Rindu pula nak dok dengan adik2. Nampak mcm adik adik enjoy. perisian pun mcm menarik,e.g. tayangan movie tu. macam edutainment la.

    Tahniah madam dan barisan guru SKI yg terlibat. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah..TQ Dear,Kem ke-2 berjalan lancar dgn kegembiraan wajah peserta dlm setiap aktiviti..Kami (team) pengurusan hapy jg melaksanakan tanggungjawab walaupun kepenatan 2 hari especially mdm laa..maklumlah selaku ketua fasi,semua hal perlu ikut planning nya.paling best xde gangguan dr manusia yg bersifat ‘kibrun’dtg..best2..

    1 soalan pd shah..masih berminat lagi ke??hehee

    Sedikit ‘Travelling’ disebalik kem ke-2:
    -masa meeting pelaksanaan kem,PK HEM tanya mdm tak jemput fasi UIA lagi ke?(senyum je...xde jwpn..mungkin shah boleh tolong jwbkn.)
    -masa selang rehat hari ke-2 kem tu,mdm sengaja selitkan aktiviti senaman lagu matahari kt bdk2 tu..uhh..dpt sambutan betul..girang wajah mereka walaupun cuaca panas..buat 2 kali nyanyian tu dgn ustaz ustazah pun join dan buat gayanya sekali sama bdk2.
    - ari isnin,bdk thn 6 tny pd mdm buat kem lagi sbb best la ustazah ..kalu bole jemput fasi UIA..(tersenyum lagi mdm..)

    apa2pun,Alhamdulilah..aktiviti kali ini mdm upgrade sikit slotnya..hrp bdk2 tu dpt manfaat dr kem mereka ari tu.insya allah.
    Sory terpanjang pula ulasan mdm..suka citer pengalaman sebenarnya..k,ila liqa’ ;)

    BalasPadam

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...