Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 28, 2012

Kem Bestari Solat siri 2/2012 2

Salam

Cerita di teruskan lagi...

Hari ke-2 kem..Kali ini kehadiran peserta agak ramai iaitu melibatkan semua murid tahun 4,5 dan 6. Aktiviti setiap tahun adalah berbeza mengikut sukatan mereka..

Aktiviti :

Tahun 4 - Praktikal Wudhuk,Pengertian Bacaan-bacaan dalam solat,Lafaz Azan dan Iqomah serta Praktikal solat

Tahun 5 - Praktikal Wudhuk,Pengertian Bacaan-bacaan dalam solat,Tayammum dan Praktikal Solat

Tahun 6 - Pengurusan Solat JENAZAH.(perserta-peserta Ijok agak teruja kerana hari ini mereka telah didatangi oleh MAYAT...HEHEE..rugi la sapa tak datang hari ini..

Foto KBS Hari ke-2 :
sesi pendaftaran peserta di dataran ilmu...
slot praktikal wudhuk murid-murid perempuan tahun 4 dan 5
praktikal wudhuk murid-murid lelaki tahun 4 dan 5
inilah dia Mayat nya...penerangan oleh us Yusof dalam slot pengurusan Solat Jenazah amat menarik minat murid-murid
amali individu tunjuk cara solat jenazah oleh adik Amir..
penerangan pengertian bacaan solat oleh ustaz Din kepada murid tahun 4 UPM
penerangan pengertian bacaan solat oleh ustazah Rina kepada murid tahun 4 UKM
penerangan pengertian bacaan solat oleh Ustazah Narimah kepada murid-murid tahun 5
slot amali tayammum oleh murid-murid tahun 5..di urus selia oleh ustazah Aini..
praktikal solat subuh berjemaah di bawah khemah oleh semua peserta kem
amali solat bersama-sama..
amali lafaz azan...subhanallah..indah sungguh suaranya..
sepatah 2 kata oleh tn haji Shadan (GPK Kokurikulum),ucapan penutupan kem...Terima Kasih cikgu kerana hadir memberikan motivasi kepada kami dan murid-murid tahap 2 ini dan percaya kepada kerja saya dalam menguruskan kem ini..Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Akhir sekali...dari saya....MAAF JIKA ADA KEKURANGAN...ALHAMDULILAH DAN TERIMA KASIH SEMUA...

Semoga mendapat ganjaran hebat dariNYA..Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...