Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, April 02, 2012

Mesyuarat PIBG KE 37/2012

mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YDP ,Tuan Haji Mohammad Afandy bin Hj Mohd Dahlan di dewan sementara sekolah.

Salam

Pada hari sabtu lepas (31 Mac 2012) telah berlangsung mesyuarat PIBG kali ke 37.Alhamdulilah semua acara berjalan lancar walaupun kehadiran ibubapa agak kurang.Ini mungkin kerana faktor hujan di pagi itu atau pun sebab-sebab yang lain..Apa apa pun,perjalanan mesyuarat berjalan baik hingga ke akhirnya.

Banyak juga agenda yang telah dibincangkan demi kepentingan bersama dalam memajukan sekolah Ijok ini dan saya tidak berhasrat ingin menulisnya di sini kerana 'mood' saya tak berapa elok bila memikirkannya sikap pentadbir yang tah apa-apa tah sikapnya..bermuka-muka dan terlalu hipokrit,,depan ibubapa mukanya tersenyum baik,memperelokkan diri tetapi berhadapan dengan guru-guru,kami dipandang rendah terutamanya saya laa...tak de nilai baiknya saya dimata dia...

Semoga,kepincangan dalaman ini tidak mengganggu gugat semangat saya untuk terus mendidik anak bangsa,insya allah...Ya ALLAH BANTU LAH SAYA...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...