Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, April 08, 2012

MTQSS Peringkat Negeri Selangor 2012

perasmian penutupan oleh : Tn Abdullah bin Mad Yunus,Pengarah Pelajaran Selangor.

Salam..

PENGALAMAN KE MTQSS NEGERI SELANGOR 2012

Pertama nya ingin mengucapkan Alhamdulilah kepada ALLAH atas nikmat bahagia yang diberikanNYA kepada saya..Selawat ke atas Rasullullah s.a.w ..

Alhamdulilah,buat kali ketiga nya saya dapat sekali lagi menghantar peserta-peserta daerah Kuala Selangor untuk mengikuti MTQSS Peringkat negeri 2012 yang berlangsung pada 7 April 2012/Sabtu di SMK Lembah Subang,Petaling Jaya.

Terima Kasih kepada Pihak Pengurusan Pendidikan Islam,PPD Daerah Kuala Selangor (Ustazah Hjh Hasnah bt Darus,Ustaz A.Rahman,Ustaz Yusof) atas kesudian menjemput saya untuk pergi ke sana sebagai wakil guru pengiring bagi menjaga peserta-peserta hebat di Daerah Kuala Selangor dari awal mereka berangkat sehinggalah mereka pulang. (Satu amanat yang sangat berat untuk saya memikulnya,tetapi,alhamdulilah,dengan kerjasama daripada guru-guru pengiring lain (Ustazah Yati,Ustazah Fida,Cikgu Hasrol) yang turut serta ianya secara tak langsung meringankan sedikit tanggungjawab yang dipikul).

Rasa keletihan 2 hari kesana (Jumaat-Sabtu) amat saya rasai..Petang ahad ini baru saya berkesempatan ingin menulis sedikit pengalaman tatkala mengikuti majlis hebat ini.

Ceritanya bermula....

1. Petang Jumaat bertolak ke SMK Damansara Utama (tempat penginapan) dengan menaiki sebuah Bas yang membawa lebih kurang 25 orang peserta lelaki (SR dan SM),8 Orang peserta perempuan (SR dan SM) berserta 3 orang guru pengiring/jurulatih perempuan dan 3 orang guru lelaki.Alhamdulilah,selamat tiba jam 6.30 petang walaupun ditengah-tengah perjalanan kami tadi diiringi dengan hujan yang yang amat lebat dan abang 'driver' bas pun agak terkiyal-kiyal juga melihat peta mencari lokasi sekolah yang terletak di tengah kawasan perumahan yang sempit ruangannya..

bermalam di sekolah kluster ini amat saya sukai..kenapa??? rasanya ini antara sekolah yang saya menginap yang mempunyai tahap kebersihan yang amat baik sekali..tak kira lah di kantin asrama,surau,bilik mandi,Asrama dll.semua tempat dijaga baik kebersihannya..selepas solat isyak,kebanyakkan daerah sedang giat membuat latihan terakhir untuk peserta-peserta mereka termasuk jugalah daerah Kuala Selangor.

2. Pagi Sabtu,jam 7.15 pagi,kami dah mula bergerak ke SMK Lembah Pantai..sampai disana dan pergi ke tempat pendaftaran peserta saya ternampak adik Manal (Johan Kebangsaan acara Hafazan(P) Sekolah Menengah tahun 2011),di hati saya tatkala itu,allahukbar,saingan hebat untuk daerah saya kerana saya menerima hakikat yang adik Manal ni memang hebat hafazannya ditambah lagi la dengan suaranya yang amat merdu dengan pelbagai bacaan syeikh2 arab terkenal di dunia..maka,saya tersenyum diluar sahaja dan di dalam hati hanya tawakkal..

3. Selepas membawa peserta bersarapan pagi,peserta-peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu ;

peserta sekolah rendah - bergerak ke tempat pertandingan di SK P.P.R Lembah Subang
peserta sekolah menengah - bergerak ke tempat pertandingan di SMK Lembah Subang

Saya dan Ustazah Yati membawa peserta SMK dan Ustazah Rina dan Ustazah Fida membawa peserta ke SR.

4. Saya melihat di sana pelbagai perasaan ;--

1. perasaan seorang guru/jurulatih (ingin melihat pesertanya menang dan kalau boleh tak nak kalah)

2. perasaan seorang peserta ( takut,gementar dan di hati mengharapkan dapat membawa kemenangan kepada sekolah dan daerah,tak nak mengecewakan guru,sekolah dan ibu bapa)

3. perasaan seorang ibu bapa (harap2 anak aku tu menang la,nanti mak/abah belanja makan ye)

4. perasaan seorang pegawai daerah ( harap2 daerah saya banyak menang la dalam acara tahun ni,dan kalau kalah pun tak pe ,mungkin takde rezeki)

5. perasaan seorang hakim (aduii,hebatnya peserta-peserta kali ini,pening hendak memilih mana lah yang terbaik dan alahai..adik oii, bacalah dengan betul tajwidnya,lagu tarranum kurang sikit ni,tersekat-sekat la pulak bacaannya,syarahan isinya lari dik oii,sedapnya suara dll)

6. perasaan seorang pegawai JPS (moga perjalanan acara berjalan baik la...)

Dan perasaan SAYA??

Pelbagai rasa di hati...

TETAPI yang paling saya tak boleh lupa kan ialah bersemuka lagi dengan adik Manal tu..Ya Allah,'humble' betul adik tu,walaupun tak berpeluang bercakap dengan nya,saya harap adik manal tu berjaya hidupnya..(rakaman bacaannya telah menjadi 'habit' saya untuk didengar..)

lagi satu,berjumpa lagi dengan Jurulatih2 hebat negeri Selangor..

walaupun daerah saya tidak banyak kemenangan yang diperoleh,namun,saya akur..menjadi adat pertandingan ada yang menang dan kalah..

Apa2 pun TAHNIAH kepada daerah-daerah lain yang menang dan berjaya membawa peserta nya keperingkat seterusnya iaitu ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pahang dalam jangkaan bulan MEI 2012.

5. Bagi daerah Kuala Selangor,dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah atas kejayaan adik-adik SR dan SM dalam acara ;
--Hafazan lelaki SR (Johan)
--Syarahan lelaki dan perempuan SM (tempat ke-3)
--Nasyid SM (Johan)

Yang tidak berjaya tu,tak perlu sedih...ada banyak masa lagi yang perlu kita tambah baik..

Adik Falakh sedang memperdengarkan ceritanya...takpe Falakh,walaupun tidak berjaya,Tahniah juga atas usaha yang telah falakh tunjukkan...kami tetap berbangga dengan Falakh.

acara tilawah sekolah menengah...

Terima Kasih kepada Jurulatih2 negeri Selangor yang telah banyak membantu kami,menunjuk ajar kami tatacara setiap acara yang yang dipertandingkan seperti acara Tilawah,Hafazan,Bercerita,Syarahan Spontan dan Nasyid..

sempat lagi tu berlatih,,,uhh..hebat betul peserta nasyid SR dari daerah Kuala Selangor ni..

Moga,peserta-peserta yang mewakili Negeri Selangor akan membawa kejayaan gemilang pada peringkat Kebangsaan nanti.Insya Allah.

Tahniah buat Ustaz Hj Azman atas kejayaan mencipta lirik lagu nasyid terbaik..Allahuakbar!! us tak sangka hebat mencipta lagu rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...