Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 21, 2012

Peperiksaan lagi..


Salam

Saya baru terbaca blog us Mior...ia menjelaskan mengenai Perperiksaan..dan tidak lama lagi peperiksaan pertengahan tahun akan bermula..rasanya masih ada guru-guru Bahasa Arab yang keliru mengenai tatacara menguruskan peperiksaan ini sama ada dalam kategori PBS @ KBSR..

TAK PE..Jangan risau sahabat semua..antum hanya buka blog us mior tu jer..ada penerangan mengenainya...

Ringkasnya :

A) --Peperiksaan PBS: KSSR (Tahun 1-2)
--Instrumen nya disediakan oleh guru sendiri
--Format pelaporan yang perlu dilaporkan oleh guru dalam sistem e-Pelaporan j-QAF bagi pelaksanaan PBS ialah dalam bentuk rekod transit PBS yang akan dimuatkan dalam sistem tersebut untuk diisi sepanjang tahun pengajaran. Bagi pelaporan bulan MEI ia merupakan pelaporan semasa, manakala pelaporan OKTOBER pula adalah pelaporan akhir atau pelaporan sebenar.

B) --Peperiksaan PKSR : KBSR (Tahun 3-6)
--Soalan PKSR bahasa Arab disediakan oleh BPI
--format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah dalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan MEI dan OKTOBER. Justeru, tiada lagi markah bulanan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab sebelum ini.

Selamat membina soalan !!!

Sekadar terlintas...
***Hari ini,ada gotong royong sekolah dan ganti sekolah sekali gus...pelik sungguh manusia hari ini,bila saya nak buat kem waktu ganti sekolah,dia tak bagi sebab pnp kena dilaksanakan,tak boleh buat program lain,tapi gotong royong boleh pula..Allahuakbar..bosan saya dengan sikap sebegitu ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...