Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, April 04, 2012

Perangsang dari Sahabatku..

salam

kata-kata hebat dari sahabat j-QAF 'Cik Kelisa' :--

Jgn bimbang kalau kita stress sbb stress itu menandakan kita kuat bekerja:

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya
TQ sahabatku..walaupun kau jauh di pahang sana tetapi ingatanku padamu tetap di hati..teruskan perjuangan j-QAF Tanpa Gagal.Insya Allah.

Sekadar selipan gambar:--
Minggu persekolahan yang best...mengajar murid-murid menggunakan tanah liat sebagai bbm dalam pembelajaran Bahasa Arab...strategi yang berkesan..alhammdulilah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. #semogaberbahagiasemuadibulansyawalyangmulia #maafzahirbatin