Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Mei 20, 2012

KAMIL Peringkat Daerah K.SEL 2012

Salam
backdrop program KAMIL Peringkat Daerah...cantik dan ceria..

Alhamdulilah,semalam (19 Mei 2012) telah pun berlangsung Program KAMIL peringkat Daerah di SRA Bukit Badong.Ia telah disempurnakan penutupannya oleh Tn Hj Amir bin Danuri (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,Jabatan Agama Islam Selangor).

Alhamdulilah juga,saya sekali lagi telah dijemput oleh pihak penganjur sebagai Hakim bagi menghakimi acara Kalam Jamaii dalam kategori Mesej dan Persembahan.Pada kali ini,saya merasa tak berapa susah untuk menghakimi 8 kumpulan yang terlibat berbanding menghakimi acara ini pada minggu lepas.Ini kerana,rata-rata kumpulan telah menyampaikan mesej dan persembahan yang amat baik sekali..agak susah untuk saya menghakimi bahagian BAHASA berbanding dengan bahagian MESEJ & PERSEMBAHAN.Kedua-dua kriteria itu amat berbeza untuk dihakimi..

salah satu kumpulan yang menyertai acara kalam Jamaii...sangat bersemangat dan menghiburkan para penonton yang menyaksikannya termasuk jugalah para hakim.

Alhamdulilah juga,saya disana telah bertemu dengan beberapa orang guru j-QAF,mantan guru-guru sekolah menengah saya, dan berkenalan dengan guru-guru agama sekolah petang..satu pertemuan yang sangat mengharukan dan mengembirakan..Semoga ALLAH sentiasa memberi Rahmat hidup kepada mereka semua.amin.

Ucapan TAHNIAH pada para peserta yang terlibat untuk peringkat Daerah ini dan selamat berusaha untuk ke peringkat seterusnya..

Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat.

bergambar bersama selepas berakhirnya acara kalam jamaii...yang berdiri tu Ustazah hjh Ngaisah bt j Mokhtar (Juruacara),Ustazah Rosmah bt Awang(Jurukira) dan yang duduk barisan Hakim : Ustaz Nizam b Bahrin,Ustazah Azimah bt Ahmad dan Ustazah Norulaini bt Mohd Nawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...