Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Mei 13, 2012

Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon ,kumpulan 1 2012

Salam

sebelum acara bermula,saya sempat juga mengambil backdrop pentas acara kalam jamaii..ringkas tetapi ceria

Alhamdulilah,pada hari Ahad (13hb Mei 2012),untuk kali ke-2nya , saya telah pergi ke SRA,Pekan Jeram bagi menghakimi pertandingan Kalam Jamaii di dalam program Kemahiran Amal Islami,peringkat kumpulan Satu,Zon Timur & Selatan. Program ini telah diadakan serentak di 2 tempat iaitu di SRA Pekan Jeram dan di SRA Sungai Buloh, ini kerana ia disebabkan bagi menampung kekurangan tempat bagi 24 acara yang telah disusun oleh Unit Pendidikan Islam,Daerah Kuala Selangor. Program peringkat zon yang diberi singkatan namanya KAMIL ini telah disempurnakan penutupannya oleh Tn Haji Nasrol Hadi bin Rohani (Pegawai Tadbir Daerah Kuala Selangor).

Program yang agak sederhana kelangsungannya dan meriah dengan kehadiran peserta-peserta yang bertanding,guru-guru yang penuh dedikasi melaksanakan tanggungjawab,para hakim,para VIP,ibu bapa,peniaga-peniaga, dan orang luar disekitar Jeram.

Ironinya,bila menghadiri program pertandingan ini,ia mengingatkan saya semula pada acara MTQSS yang sangat sinonim dengan Sekolah Kebangsaan di bawah KPM, ia ada sedikit persamaan dari segi objektif yang ingin dicapai,Cuma adalah beberapa perbezaan-nya sedikit sebagai contoh bil acara yang dipertandingkan,pelaksanaan hari yang dipertandingkan,peraturan pertandingan dan lain-lain.

persembahan dari para peserta...semangat mengalunkan kalam Arabiah bersama-sama

Cumanya disini saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menghakimi dari sudut BAHASA dalam acara Kalam Jamaii SRA tadi.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Saya melihat bagi acara KALAM JAMAII ini agak ringan sedikit pemarkahannya.Ia bermaksud apabila saya melihat keseluruhan pencapaian peserta agak sederhana,tidak kira la pemarkahan dari sudut Isi,Gaya Persembahan dan Bahasa.

Bagi bahagian saya (sudut Bahasa),saya agak susah hati sedikit nak beri markah kepada 7 kumpulan yang bertanding ini, bukan lah bermakna saya ni kedekut @ Skima sangat dalam pemarkahan,tetapi saya lihat dan dengar banyak kesalahan Bahasa yang agak Nampak bagi setiap 7 kumpulan ini. Penggunaan bahasa peserta agak lemah dengan istilah-istilah Arab yang kurang tepat dilafazkan termasuk jugalah dari segi Tatabahasanya. Maka,selaku Hakim yang dipertangungjawabkan,maka,saya akur dengan amanah yang diberi dan memberi markah kepada peserta-peserta ini mengikut layaknya mereka perolehi.

Saya mengharapkan agar pada pada masa hadapan,mungkin pihak SRA dapat memandang serius nya dan melakukan tindakan sewajarnya bagi mengatasi kelemahan BAHASA murid-murid bagi Acara Kalam Jamaii.Penggunaan Bahasa Arab yang betul dapat mengukuhkan lagi persembahan ini menjadi lebih indah dan menarik untuk di dengar.

Apa-apa pun, Tahniah kepada Sekolah-sekolah yang menang yang akan ke peringkat seterusnya dan Takziah juga kepada yang kurang Berjaya..Teruskan Usaha..

Terima Kasih kepada Unit Agama Islam SRA yang telah menjemput saya..Mohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan saya di sepanjang saya berada di sana tadi..Seronok dapat berjumpa dan berkenalan dengan guru-guru agama sekolah petang ;)

Semoga segala usaha kalian semua diberkati Allah dan mendapat ganjaran DariNYA. Amin.

++ bila bercakap tentang sambutan Hari Ibu hari ini,saya tidak meraikannya..sebab saya meraikan hari ibu ini hari-hari.I luve u mum..May ALLAH always be with u.. dan Emm..kepala belakang saya sakit kembali..uhh. pesanan untuk saya--take a rest ustazah..petang hari AHAD.. cheer up !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...