Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Mei 11, 2012

riang ria murid2 ni...

salam..

Alhamdulilah,telah selesai tugasan pertama memeriksa kertas peperiksaan murid-murid..uhh..agak keletihan sikit..dan masih ada lagi kerja lanjutannya selepas ini..

Apa-apa pun,di sepanjang menjaga pengawasan murid-murid di kelas,pelbagai gelagat dan reaksi murid-murid ketika menjawab kertas soalan mereka..hehe..suka betul saya melihat,memahami,meneliti,memikirkan,dll watak-watak mereka ini..yang paling penting mereka insan kecil yang sangat bahagia menikmati hidup di usia muda ini..punyai hati yang sangat suci..Allahuakbar!!indah betul nikmat yang KAU berikan kepada kami..

beberapa candid yang sempat gak saya ambil ketika peperiksaan subjek Pendidikan Seni bagi murid tahun 2 UNITEN :--

Scene 1 --nak mula melakar

Scene 2 --agak teliti melakar corak yang ingin di buat

Scene 3 --lakaran telah mula nampak coraknya...Tahniah,Aniq..kreatif.. ;)

Dan dikesempatan masa terluang di bilik guru juga,saya berkesempatan berborak-borak dengan beberapa orang guru pasal POLITIK negara kita kini (antaranya : isu PTPTN,LGBT,Agama Islam adalah agama PERSEKUTUAN bukan agama RASMI,ISU bahasa MELAYU@ MALAYSIA,ISU HAK Asasi Melayu,isu penjawat awam,dll)..hmm..agak panas dan sungguh merungsingkan kepada orang MELAYU..

kebetulan pulak tu,salah sorang dari cikgu kami telah pergi menghadiri kursus mengenainya dan beliau telah menyebarkan isi-isi ceramah yang beliau dapat disana kepada kami..

Kesimpulannya---saya amat risau juga dengan agenda tersembunyi orang-orang kafir ni dan kelemahan pemikiran orang-orang melayu kita..Moga ALLAH memberikan jalan yang LURUS kepada orang-orang kita dan menjaga negara Malaysia yang disayangi ini dalam keadaan yang selamat dan aman selalu.Amin.

***Hari Ahad ini,saya dikehendaki pergi ke SRA Pekan Jeram kerana dilantik menjadi hakim bagi acara Kalam Jamaii bagi program Amal Islami SRA...Moga mudahlah perjalanan saya ke sana nanti..insyaAllah..Semoga berjaya murid-murid ustazah yang masuk bertanding dalan acara yang disediakan oleh pihak pengurusan agama..best of luck!!Yeah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...