Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mei 17, 2012

Selamat Hari GURU 2012

Salam

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)

Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.Selamat HARI GURU..

Bingkisan FOTO Sambutan hari GURU Peringkat Sekolah IJOK semalam 16 Mei 2012 :--

Acara Pagi :--
Bacaan DOA,Bacaan Yaasiin dan Tahlil di dataran Ilmu,guru bersama murid

Bacaan IKRAR GURU yang dipimpin oleh Cikgu Tahrin dan selepas itu nyanyian lagu Guru Malaysia oleh warga pendidik IJOK,sungguh bersemangat..

Ucapan oleh guru besar,En Norhamshah bin Yaacob...

Bersemangat untuk menang..perlawanan bola sepak (l) dan bola baling (p) antara guru dan murid...

Acara selepas REHAT :--
Persembahan murid...

Penyampaian Hadiah...


Foto BAHAGIA Para GURU Ijok :--

'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'

TERIMA KASIH SEMUA CIKGU YANG TELAH MENDIDIK SAYA SEHINGGA KE HARI INI..Moga kehidupan cikgu semua dirahmati Allah selalu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...