Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Jun 24, 2012

KBS Siri 3&4 2012

Salam..

Alhamdulilah,satu lafaz syukur saya panjatkan kepadaNYA atas semua nikmat yang diberikan kepada saya kini..walaupun ada kala hati ini agak gundah gelana dek cabaran-cabaran hidup yang amat menakutkan,namun saya percaya tuhanku itu maha adil atas segala-galanya.

sahabat yang dirahmati Allah

Rasa gembira sedikit kerana projek besar saya bagi tahun 2012 ini hampir selesai..apa lagi projek KEM BESTARI SOLAT la..Sebanyak 4 kali kem telah pun berlangsung yang melibatkan semua guru agama yang menjadi FASIS utama dan sebahagian daripada guru-guru SKI yang budiman yang ingin membantu kami sebagai JK yang berkaitan.

TERIMA KASIH semua..Allah sahaja yang dapat membalasnya..Moga segala pengisian KBS SIRI 1-4 itu mendapat manfaat yang banyak buat murid-murid SKI,2012.amin

Sisipan foto KBS Siri 3,peserta semua tahap 2 (Jumaat,22 Jun 2012):--

Aktiviti yang dilakukan ialah Latih tubi bacaan doa QUNUT,LDK Mencari kalimah QUNUT yang hilang,berwudhuk menggunakan air botol mineral,Pembentangan dalam Kumpulan,solat asar berjemaah yang diimamkan oleh tn hj Mohd Shadan b Setah(GPK Kokurikulum) dan pembahagiaan cokelat kepada semua murid sebagai saguhati kerana dapat hadir ke kem.











Sisipan foto KBS Siri 4, peserta semua tahap 1 (Sabtu,23 Jun 2012):--

Aktiviti yang dilakukan ialah Teori dan amali wudhuk,praktikal solat Subuh berjemaah dan pembahagiaan cokelat kepada semua murid sebagai saguhati kerana dapat hadir ke kem.












akhir sekali..dapat cokelat..emmm..bestnya...rugi laa sapa tak datang kem..hmm..


Alhamdulilah...dan

mohon Maaf zahir dan batin kira ada kelemahan saya sepanjang saya merancang aktiviti kem ini bagi tahun 2012..yang maha hebat semua dariNYA dan yang dhoif itu datangnya dari saya,insan kerdil yang tak punyai apa-apa...


2 ulasan:

  1. Alhamdulilah ustaz..

    TQ pada semua pihak yang terlibat...saya sorang2 tak mampu juga...

    part kepenatan tu jgn cakap la ustaz..allah je yg tau,sebenarnya saya x kisah sangat pun kira ada kelemahan tatkala kem sedang berlangsung CUMA saya agak stress bila ada org tertentu 'menganggu' kami masa kem berlangsung..uhh..sakit kepala dan hati..

    apa2 pun,syukur..mg kelemahan itu menjadi pengalaman buat saya..insyaallah.

    BalasPadam

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...