Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Julai 09, 2012

Berakhirnya....Temasya sukan SKI..2012

Salam..

Alhamdulilah,semalam (08 JULAI 2012) telah berakhir acara kemuncak Kejohanan Temasya Sukan SKI yang ke 54,2012.

Alhamdulilah,selama 3 minggu sebelum ke tarikh acaranya bermula, saya dapat lihat semua warga SKI telah bertungkus lumus menjalani sesi latihan dan menyiapkan segala urusan yang berkaitan dengan temasya ini. (kepada mereka yang betul-betul buat kerja laa..) dan semestinya penghargaan TERIMA KASIH perlu ditujukan kepada Pihak KOKURIKULUM ,SKI di bawah JK Tn Haji Mohammad Shadan bin Setah dan team beliau..

Semalam,telah diketahui juga keputusan rumah-rumah sukan 2012..ia nya seperti berikut :

JOHAN --Rumah KUNING
NAIB JOHAN -- Rumah HIJAU
KETIGA -- Rumah MERAH
KEEMPAT --Rumah BIRU

Bagi acara hiasan rumah sukan pula telah dimenangi oleh rumah KUNING.

TAHNIAH !!! TAHNIAH !!!

Sisipan kenangan Foto Temasya Sukan ke 54l/2012 :--
(maaf,gambar yang diambil tak banyak sangat,mungkin boleh bertanyakan lanjut kepada cikgu Kasmizan kerana beliau juga JK Jurufoto)

Ceria sokmo...ahli rumah merah...walau kurang berjaya,namun kalian memang hebat dalam acara sukan ni...
Cantik..hiasan rumah-rumah sukan SKI..TQ kepada semua guru SKI yang berusaha kuar kan duit sendiri dan memerah tenaga bagi mencantikkan lagi hiasan rumah masing-masing.
Gambar dari jauh..Sewaktu pelancaran perasmian sukan oleh Tn IR Razali Othman bersama-sama GB dan YDP PIBG di hadapan tapak balapan ...

Foto istimewa buat RUMAH MERAH:---

antara acara yang sangat diminati oleh warga SKI iaitu acara tarik tali....

Apa-apa pun Terima kasih semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...