Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Ogos 28, 2012

Bengkel penyelarasan penyebaran KSSR PI/BA Thn 3

Salam

Hari ini saya bersama 3 sahabat Jurulatih ke Pusat Latihan dan Kemajuan Staf,Seksyen 6,Jabatan Pelajaran Selangor,Shah Alam bagi menghadiri satu bengkel penyelarasan penyebaran KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tahun 3 2012.

Alhamdulilah,tiba disana jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan yang agak lebat juga..paling teruja saya berkesempatan berjumpa dengan dengan sahabat-sahabat JU Dari 10 daerah di negeri Selangor ini..banyak juga maklumat dan pengetahuan dapat saya ambil daripada perjumpaan sesingkat itu.

Terima Kasih saya ucapkan kepada U.Rahman Amran (Ketua Unit j-QAF,PPD Kuala Selangor) kerana mempercayai saya sekali lagi untuk membantu bersama-sama dengan JU-JU lain (Ustaz Firdaos,Ustaz Hasnol dan Ustaz Razali) dalam menyebarkan KSSR B.ARAB thn 3 2013 bagi daerah Kuala Selangor yang akan berlangsung pada 6-9 Oktober 2012 di SK Parit Mahang nanti..satu tanggungjawab yang agak berat juga rasanya..InsyaAllah,moga Allah membantu saya..

Taklimat umum disampaikan oleh ustaz Ridzuan Sharif dan Ustazah Sabariah (Pegawai JPS)kepada semua JU sebelum kami beredar ke dewan masing-masing mengikut subjek KSSR

Ahad, Ogos 19, 2012

Salam EidulFitri 1433H

Salam


SALAM EIDULMUBARAK --MAAF ZAHIR BATIN--

TIADA DOA YANG SAYA HARAPKAN MELAINKAN SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KELUARGA TERCINTA DAN MENJAGA KAMI DENGAN KASIH SAYANGNYA.AMIN


Gambar di pagi Hari Raya Pertama ... eid yang berbeza pada kali ini kerana dipenuhi cucu-cucu Ibunda di rumah...riuh dan penuh ceria..Alhamdulilah..

Saya bersama emak tersayang disisi Habib comel ni..usia baru 4 hari itu dan datang terbang terus dari Sabah..Tahniah adik saya Wan...jadi abii sekarang..hehe..

lagi satu antara gambar paling syahdu ni haa..foto si Iman..demam la pulak bila nak raya nii..raya pertama lak tu...kesian maknya tak leh nak gi beraya rumah sedara dek menjaganya..hmm...Iman..Iman..

Rabu, Ogos 15, 2012

Majlis Penutupan Ihya'Ramadan 1433H

Salam

Alhamdullah wa syukrilillah..

Hari ini, hari terakhir persekolahan dan esok bermulanya cuti sempena kedatangan EidulFitri 1433H.

Alhamdulilah..saya amat bersyukur padaNYA atas nikmat yang diberikan kepada saya sehingga setakat ini saya masih dapat menghirup udaranya dan meneruskan ranjau-ranjau hidup ini..Cuma,saya mengharapkan agar ALLAH memberikan saya kekuatan dan kesabaran dalam jiwa ini agar dapat terus dan terus berjuang menegakkan kalimahNYA di muka bumi ini,insya allah.

Alhamdulilah,hari ini telah berlangsung majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia kami..

Antara acara yang berlangsung tadi :--

1. Bacaan Surah untuk majlis Khatam Al-quran
2. Ceramah Adab Menyambut Hari Raya
3. Penyampaian Hadiah
4. Ucapan penutupan oleh GB
5. Bersalam-salaman antara sesama warga SKI

Pihak kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua warga SKI yang telah memberikan kerjasama dalam menghidupkan Ramadan 1433H ini dan Mohon maaf zahir batin atas segala-galanya..Semoga bertemu kita di RAMADAN akan datang ya,Insya Allah.. ;)

Foto-foto menarik tadi :--

a--Acara Khatam Al-Quran

b--Ceramah

c--Ucapan GB dan KP

d--Penyampaian hadiah

e--Acara bersalaman

f--Wajah bahagia warga IJOK

Selamat Menyambut EidulMubarak dan Maaf Zahir Batin Dari saya sekeluarga.. ;)

Jumaat, Ogos 10, 2012

Mencipta kad Raya 1433H

Salam

Pagi tadi selepas berakhirnya bacaan Yaasiin,bermula pertandingan Mencipta Kad Raya Aidilfitri 1433H di kelas masing-masing...Tahun ini team kami membuat sedikit perubahan tentang aktiviti ini iaitu menciptanya di sekolah dan bukan lagi di rumah..

Gembira murid-murid Ijok tatkala membuatnya...lihat jelah foto dibawah :-



Khamis, Ogos 09, 2012

Jom kejar lailatulQadar 1433H

Salam Ramadan kareem..

Sahabat yang dirahmati Allah,


Moga,semua amalan baik kita diterima olehNYA..AMIN.

***Alhamdulilah,saya di sepanjang bulan ramadan ini berkesempatan mendengar siaran langsung solat sunat terawih di radio ikim.fm yang telah menyiarkan solat sunat terawih di masjid wilayah Persekutuan jalan Duta..ALLAHUAKBAR...sangat teruja dan syahdu dalam hati bila mendengar bacaan surah oleh Imam-imam jemputan itu..moga saya dapat ikuti suara alunan seperti mereka itu,insya-allah. ;)

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...