Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Ogos 28, 2012

Bengkel penyelarasan penyebaran KSSR PI/BA Thn 3

Salam

Hari ini saya bersama 3 sahabat Jurulatih ke Pusat Latihan dan Kemajuan Staf,Seksyen 6,Jabatan Pelajaran Selangor,Shah Alam bagi menghadiri satu bengkel penyelarasan penyebaran KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tahun 3 2012.

Alhamdulilah,tiba disana jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan yang agak lebat juga..paling teruja saya berkesempatan berjumpa dengan dengan sahabat-sahabat JU Dari 10 daerah di negeri Selangor ini..banyak juga maklumat dan pengetahuan dapat saya ambil daripada perjumpaan sesingkat itu.

Terima Kasih saya ucapkan kepada U.Rahman Amran (Ketua Unit j-QAF,PPD Kuala Selangor) kerana mempercayai saya sekali lagi untuk membantu bersama-sama dengan JU-JU lain (Ustaz Firdaos,Ustaz Hasnol dan Ustaz Razali) dalam menyebarkan KSSR B.ARAB thn 3 2013 bagi daerah Kuala Selangor yang akan berlangsung pada 6-9 Oktober 2012 di SK Parit Mahang nanti..satu tanggungjawab yang agak berat juga rasanya..InsyaAllah,moga Allah membantu saya..

Taklimat umum disampaikan oleh ustaz Ridzuan Sharif dan Ustazah Sabariah (Pegawai JPS)kepada semua JU sebelum kami beredar ke dewan masing-masing mengikut subjek KSSR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...