Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Ogos 15, 2012

Majlis Penutupan Ihya'Ramadan 1433H

Salam

Alhamdullah wa syukrilillah..

Hari ini, hari terakhir persekolahan dan esok bermulanya cuti sempena kedatangan EidulFitri 1433H.

Alhamdulilah..saya amat bersyukur padaNYA atas nikmat yang diberikan kepada saya sehingga setakat ini saya masih dapat menghirup udaranya dan meneruskan ranjau-ranjau hidup ini..Cuma,saya mengharapkan agar ALLAH memberikan saya kekuatan dan kesabaran dalam jiwa ini agar dapat terus dan terus berjuang menegakkan kalimahNYA di muka bumi ini,insya allah.

Alhamdulilah,hari ini telah berlangsung majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia kami..

Antara acara yang berlangsung tadi :--

1. Bacaan Surah untuk majlis Khatam Al-quran
2. Ceramah Adab Menyambut Hari Raya
3. Penyampaian Hadiah
4. Ucapan penutupan oleh GB
5. Bersalam-salaman antara sesama warga SKI

Pihak kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua warga SKI yang telah memberikan kerjasama dalam menghidupkan Ramadan 1433H ini dan Mohon maaf zahir batin atas segala-galanya..Semoga bertemu kita di RAMADAN akan datang ya,Insya Allah.. ;)

Foto-foto menarik tadi :--

a--Acara Khatam Al-Quran

b--Ceramah

c--Ucapan GB dan KP

d--Penyampaian hadiah

e--Acara bersalaman

f--Wajah bahagia warga IJOK

Selamat Menyambut EidulMubarak dan Maaf Zahir Batin Dari saya sekeluarga.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...