Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, September 25, 2012

KLAQ & KBJ Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012


Salam sahabat -sahabat j-QAF yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah, hari ini telah pun berlangsung Program sehari dan Tahunan j-QAF iaitu Program Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) dan Kem Bina Juara (KBJ) Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim,Kuala Selangor.Bermula sedari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang.

Pada kali ini tema yang diberi ialah 'Al-quran Menjana Transformasi Ummah'.

Alhamdulilah...dengan berkat kerjasama semua guru-guru j-QAF di daerah Kuala Selangor, maka program ini telah berjalan dengan lancarnya dengan dihadiri 4 orang peserta bagi setiap sekolah untuk mengikuti KLAQ dan seorang untuk mengikuti program KHAT,seorang lagi mengikuti program Bahasa Arab dan seorang lagi mengikuti program Tarannum,Jadi jumlah keseluruhan peserta bagi setiap sekolah yang dihantar adalah seramai 7 orang peserta.

Alhamdulilah juga,pada kali ini saya ditugaskan untuk menjadi ketua unit merangkap fasilitator bagi Bidang Bahasa Arab.Pada kali ini saya dibantu oleh guru-guru BA yang sangat budiman untuk menjayakan setiap slot yang dirancang.Mereka terdiri daripada Ustazah Siti Zulaikha,Ustazah Nelly dan Ustazah Yusila..Syukran ashabi ..antunna memang sporting la...tahun depan bole la kita bekerjasama lagi yek....hehee

Tanpa perlu saya bicara panjang-panjang,dibawah sebahagian gambar yang sempat saya ambil tadi..(program-program lain tak sempat nak ambik sebab saya agak sibuk menguruskan slot saya 'BAHASA ARAB',mungkin sahabat semua boleh rujuk di facebook daerah kita untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan..ok):

Walaupun kepenatan sedikit,tapi saya berasa sangat gembira kerana melihat riak wajah peserta yang seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan..alhamdulilah,moga usaha saya dan sahabat fasis tu berboloi la hendaknya..

Tahniah,Falakh kerana memenagi kategori Tulisan Khat terbaik yang mewakili SKI..Alhamdulilah..

Ustaz A.Rahman b Amran bersama wakil dari Pihak Masjid berada dihadapan dewan bawah bersama para peserta Kem dan Guru-guru Besar serta wakil-wakil guru Besar dan Semua guru j-QAF bagi mengikuti upacara penutupan.

Bacaan Tilawah al-quran memulakan upacara dari peserta bahagian Tarannum..Allahuakbar,mengasyikkan sungguh alunan suci yang diperdengarkan tadi sehingga menghilangkan sebentar kerisauan saya untuk tugas besar yang akan dipikul di bahu saya iaitu KEM ANAK SOLEH yang akan diadakan pada hari Sabtu ini..

Walau apa pun,syukur saya pada Ilahi kerana memudahkan saya menjalankan tugasan pada kali ini,moga untuk kem saya pada hari Sabtu ini akan dimudahkan dan diberi jalan yang terbaik olehNYA,InsyaAllah..amin.

Selasa, September 18, 2012

Mahrajan j-QAF peringkat Daerah Kuala Selangor 2012

Salam

orang kuat jqaf daerah kuala Selangor ni..ustaz Huzaii..beliau sedang memberi taklimat kepada peserta sebelum mereka beredar ke tempat masing-masing..

Alhamdulilah,telah selesai sudah Program Mahrajan j-QAF bagi peringkat daerah Kuala Selangor tahun 2012..uhh..rasa keletihan dapat saya rasai dan lihat diriak wajah AJK Mahrajan pada kali ini..Namun begitu,percayalah,disebalik kepenatan itu terlimpah rahmat ALLAH untuk kita disuatu hari nanti,insya allah..

Pada kali ini,program Mahrajan telah berlangsung di Masjid Sultan Ibrahim,Kuala Selangor..tidak dinafikan,kekurangan pasti ada disepanjang program di jalankan.Walau apa pun,sekalung TAHNIAH diucapkan kepada sahabat-sahabat j-QAF ku yang masih kuat dalam meneruskan program j-QAF ini tanpa Gagal..Moga usaha kecil kita itu,dapat manfaatnya buat anak murid kita juga pada agama,bangsa dan negara tercinta ini.Insya Allah.

Pada kali ini,saya sekali lagi telah diberi tanggungjawab sebagai Hakim dalam acara Kalam Jamaii di bahagian ISI. dan sejujurnya rata-rata 11 sekolah yang menyertai tadi agak kurang menyerlah pada bahagian isi yang ingin diucapkan..agak pening juga untuk saya memberi markah terbaik pada setiap point dalam pemarkahan bahagian isi.itu pun belum lagi kalau diperiksa bahagian nahunya..Allahuakbar..banyak gak yang salahnya...Sungguh pun begitu,saya bersama sahabat hakim yang lain (Ustazah Yusila dan Ustazah Fadhilah)amat berharap kepada SK yang menjadi Johan tadi (SK Dato' Manan)agar dapat menambah baik kandungan isi kalam mereka..

saya bersama hakim kalam jamaii yang berpengalaman..ditengah2 tu ustazah Yusila dan di sebelah kirinya pula ustazah Fadhilah...

Ski juga tadi menghantar 2 orang wakil dalam acara Tilawah,Namun,rezeki tidak berpihak kepada kami kali ini..tak pe lah...anak-anak murid ustazah (Amar & Wusqo),tahun depan kita cuba lagi ya... ;)
(emm..nak masuk acara yang lain macam dah takde harapan jer...maklumlah..nak latih budak pun tak dibenarkan keluar kelas @ diberi masa oleh pihak tu...allah..tenangkan hati-hati kami ini dengan sikap manusia sebegini..)

ni haa..2 orang wakil dari Ijok...hmm..usaha lagi ya anak murid ustazah ni..

Sekalung TAHNIAH buat yang berjaya tadi..dan selamat Berjuang lagi untuk pemenang-pemenang ke peringkat Negeri di SAMT Hishamuddin,Klang pada 4hb Oktober ini..

Akhirnya,ucapan Terima kasih buat warga PPD Daerah Kuala Selangor terutama nya dibawah unit Penyelia j-QAF (Ustaz A.Rahman b Amran) dan pegawai PPD yang lain-lain yang bertungkus lumus menganjurkan aktiviti di bawah program j-QAF.

emmm...macam kenal jer 2 orang jelitawan yang sedang dok ditengah2 tu..siap yang sorang tu lambai tangan lagi..'peace' hehe..adui...suprise giler saya di buatnya..ape taknya,tetiba mak tersayang datang tadi..hehee..mak ambo datang ha...

j-QAF Tanpa Gagal.

Sabtu, September 08, 2012

Foto RAYA Peringkat SK IJOK 2012

Salam

Alhamdulilah..

Hari ini 8 september 2012, pihak sekolah anjuran BAKSI bersama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan sambutan Hari Raya peringkat sekolah..

Tidak perlu dicoretkan bicara,sekadar bahagia rasa dihati oleh warga sekolah Ijok kini terpapar di riak wajah mereka...

buat murid...gembira kerana dapat menyambutnya bersama guru-guru mereka..
dapat membawa kuih raya...dapat beraya raya dengan rakan-rakan..uhh...sukanya mereka..

buat guru...gembira kerana dapat meraikan juadah makanan yang amat lah banyak nya...allahuakbar!!! tak larat nak baraan lagi ...

Sungguhpun begitu,hari ini juga kami meraikan perpisahan Tn Haji Mohd Shadan b Setah (mantan GPK KOKO) yang kini telah berpindah ke SK Sungai Burung...Bagi warga Ijok,kami merasai kehilangan beliau...Semoga Allah merahmati beliau dan Keluarga.amin..(Cikgu Shadan jangan lupa kan kami di sini ye..)

dan

Kami juga meraikan kedatangan pengganti cikgu Shadan..beliau ialah Pn Sahariah bt Harun..Selamat Datang Cikgu !!!

Foto Sambutan Raya SKI -----
Terima Kasih Cikgu Shadan...jasamu amat dihargai oleh Warga SKI.Ucapan terakhir..

Dan wajah gembira warga Ijok di HARI RAYA...

Gembiranya cikgu-cikgu... hahaaa

dan akhir sekali..nak bagi turun makanan2 tu jangan lupa kita minum 100 plus..hahaa
kelasssss KAU Cikgu Khairiah...Jangan marah yekk... hehee


Selamat Hari Raya SEMUA....mAAF ZAHIR DAN BATIN.. ;)

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...