Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, September 25, 2012

KLAQ & KBJ Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012


Salam sahabat -sahabat j-QAF yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah, hari ini telah pun berlangsung Program sehari dan Tahunan j-QAF iaitu Program Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) dan Kem Bina Juara (KBJ) Peringkat Daerah Kuala Selangor 2012 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim,Kuala Selangor.Bermula sedari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang.

Pada kali ini tema yang diberi ialah 'Al-quran Menjana Transformasi Ummah'.

Alhamdulilah...dengan berkat kerjasama semua guru-guru j-QAF di daerah Kuala Selangor, maka program ini telah berjalan dengan lancarnya dengan dihadiri 4 orang peserta bagi setiap sekolah untuk mengikuti KLAQ dan seorang untuk mengikuti program KHAT,seorang lagi mengikuti program Bahasa Arab dan seorang lagi mengikuti program Tarannum,Jadi jumlah keseluruhan peserta bagi setiap sekolah yang dihantar adalah seramai 7 orang peserta.

Alhamdulilah juga,pada kali ini saya ditugaskan untuk menjadi ketua unit merangkap fasilitator bagi Bidang Bahasa Arab.Pada kali ini saya dibantu oleh guru-guru BA yang sangat budiman untuk menjayakan setiap slot yang dirancang.Mereka terdiri daripada Ustazah Siti Zulaikha,Ustazah Nelly dan Ustazah Yusila..Syukran ashabi ..antunna memang sporting la...tahun depan bole la kita bekerjasama lagi yek....hehee

Tanpa perlu saya bicara panjang-panjang,dibawah sebahagian gambar yang sempat saya ambil tadi..(program-program lain tak sempat nak ambik sebab saya agak sibuk menguruskan slot saya 'BAHASA ARAB',mungkin sahabat semua boleh rujuk di facebook daerah kita untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan..ok):

Walaupun kepenatan sedikit,tapi saya berasa sangat gembira kerana melihat riak wajah peserta yang seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan..alhamdulilah,moga usaha saya dan sahabat fasis tu berboloi la hendaknya..

Tahniah,Falakh kerana memenagi kategori Tulisan Khat terbaik yang mewakili SKI..Alhamdulilah..

Ustaz A.Rahman b Amran bersama wakil dari Pihak Masjid berada dihadapan dewan bawah bersama para peserta Kem dan Guru-guru Besar serta wakil-wakil guru Besar dan Semua guru j-QAF bagi mengikuti upacara penutupan.

Bacaan Tilawah al-quran memulakan upacara dari peserta bahagian Tarannum..Allahuakbar,mengasyikkan sungguh alunan suci yang diperdengarkan tadi sehingga menghilangkan sebentar kerisauan saya untuk tugas besar yang akan dipikul di bahu saya iaitu KEM ANAK SOLEH yang akan diadakan pada hari Sabtu ini..

Walau apa pun,syukur saya pada Ilahi kerana memudahkan saya menjalankan tugasan pada kali ini,moga untuk kem saya pada hari Sabtu ini akan dimudahkan dan diberi jalan yang terbaik olehNYA,InsyaAllah..amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PPIM membina banner Kemerdekaan 2017

Salam Aktiviti hari ini...   Terima kasih kepada semua guru pimpinan PPIM yang telah bersama-sama menyiapkannya... Alhamd...