Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, September 18, 2012

Mahrajan j-QAF peringkat Daerah Kuala Selangor 2012

Salam

orang kuat jqaf daerah kuala Selangor ni..ustaz Huzaii..beliau sedang memberi taklimat kepada peserta sebelum mereka beredar ke tempat masing-masing..

Alhamdulilah,telah selesai sudah Program Mahrajan j-QAF bagi peringkat daerah Kuala Selangor tahun 2012..uhh..rasa keletihan dapat saya rasai dan lihat diriak wajah AJK Mahrajan pada kali ini..Namun begitu,percayalah,disebalik kepenatan itu terlimpah rahmat ALLAH untuk kita disuatu hari nanti,insya allah..

Pada kali ini,program Mahrajan telah berlangsung di Masjid Sultan Ibrahim,Kuala Selangor..tidak dinafikan,kekurangan pasti ada disepanjang program di jalankan.Walau apa pun,sekalung TAHNIAH diucapkan kepada sahabat-sahabat j-QAF ku yang masih kuat dalam meneruskan program j-QAF ini tanpa Gagal..Moga usaha kecil kita itu,dapat manfaatnya buat anak murid kita juga pada agama,bangsa dan negara tercinta ini.Insya Allah.

Pada kali ini,saya sekali lagi telah diberi tanggungjawab sebagai Hakim dalam acara Kalam Jamaii di bahagian ISI. dan sejujurnya rata-rata 11 sekolah yang menyertai tadi agak kurang menyerlah pada bahagian isi yang ingin diucapkan..agak pening juga untuk saya memberi markah terbaik pada setiap point dalam pemarkahan bahagian isi.itu pun belum lagi kalau diperiksa bahagian nahunya..Allahuakbar..banyak gak yang salahnya...Sungguh pun begitu,saya bersama sahabat hakim yang lain (Ustazah Yusila dan Ustazah Fadhilah)amat berharap kepada SK yang menjadi Johan tadi (SK Dato' Manan)agar dapat menambah baik kandungan isi kalam mereka..

saya bersama hakim kalam jamaii yang berpengalaman..ditengah2 tu ustazah Yusila dan di sebelah kirinya pula ustazah Fadhilah...

Ski juga tadi menghantar 2 orang wakil dalam acara Tilawah,Namun,rezeki tidak berpihak kepada kami kali ini..tak pe lah...anak-anak murid ustazah (Amar & Wusqo),tahun depan kita cuba lagi ya... ;)
(emm..nak masuk acara yang lain macam dah takde harapan jer...maklumlah..nak latih budak pun tak dibenarkan keluar kelas @ diberi masa oleh pihak tu...allah..tenangkan hati-hati kami ini dengan sikap manusia sebegini..)

ni haa..2 orang wakil dari Ijok...hmm..usaha lagi ya anak murid ustazah ni..

Sekalung TAHNIAH buat yang berjaya tadi..dan selamat Berjuang lagi untuk pemenang-pemenang ke peringkat Negeri di SAMT Hishamuddin,Klang pada 4hb Oktober ini..

Akhirnya,ucapan Terima kasih buat warga PPD Daerah Kuala Selangor terutama nya dibawah unit Penyelia j-QAF (Ustaz A.Rahman b Amran) dan pegawai PPD yang lain-lain yang bertungkus lumus menganjurkan aktiviti di bawah program j-QAF.

emmm...macam kenal jer 2 orang jelitawan yang sedang dok ditengah2 tu..siap yang sorang tu lambai tangan lagi..'peace' hehe..adui...suprise giler saya di buatnya..ape taknya,tetiba mak tersayang datang tadi..hehee..mak ambo datang ha...

j-QAF Tanpa Gagal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...