Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 29, 2012

Eidul Adha Peringkat SKI 2012

SALAM sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah ..

Setelah 2 minggu tidak hadir ke sekolah kerana sibuk menyertai kem luar di Pangkor,maka hari ini datang ke sekolah dan dihujani kerja-kerja persekolahan yang harus dan segera di siapkan..Antaranya menyiapkan buku program Hari Anugerah kecemerlangan Pelajar 2012,menyiapkan e-laporan okt j-QAF, membantu menyediakan multimedia persaraan GB, memprint Pencapaian KSSR Bahasa Arab tahun 2 dll..

Allahuakbar,rasa agak letih sedikit dan keletihan semasa uruskan kem dan kesibukan beraya Haji dirumah masih terasa lagi...Allah ,berikan saya kekuatan dan kesihatan untuk saya terus bangkit dan bekerja hanya keranaMU ,Amin.

Saya tidak berhajat menceritakan kesibukan saya itu,cuma disini saya ingin mencoretkan majlis sambutan Eidul Adha peringkat SK Ijok yang telah berlangsung hari ini (29 OKT 2012/ISNIN).

Alhamdulilah,sambutan yang sederhana dan cukup meriah..seekor lembu tumbang...dan kerja potong memotong daging pun dilakukan..sementara cikgu-cikgu sibuk menguruskan masak memasak di dapur kantin,murid-murid diselitkan dengan aktiviti Ceramah Korban oeh Ustaz Abdul Halim b Sharif dari SK Bestari Jaya dan selepas rehat mereka ditontonkan dengan tayangan filem Hafalan Solat DELISA..

Antara foto-foto yang sempat saya ambil tadi :--

sibuk potong memotong daging oleh cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah...

ceramah korban yang disampaikan oleh ustaz Abdul Halim b Sharif

murid-murid tekun melihat tayangan filem di dewan sementara

Selamat menyambut Hari Raya Korban 1433H

Khamis, Oktober 25, 2012

Kem Sahsiah Islamiah SJK(C) & SJK(T) 2012

Salam

Alhamdulilah...

Telah selesai sudah satu lagi Kem yang melibatkan saya bersama sahabat-sahabat Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam iaitu Kem Dakwah bil hal --KEM SAHSIAH ISLAMIAH SJK(C) & SJK(T) 2012 di Pangkor Bay View Resort,Pulau Pangkor,Perak pada 22-24 Oktober 2012 (Isnin-Rabu).

Kem yang berlangsung selama 3 hari dan jumlah peserta yang hadir seramai 71 orang dan kem ini telah diuruskan seramai 11 orang Jurulatih yang hebat yang diketuai oleh ustaz Asyapul Adli selaku ketua kem komanden dan Ustaz Haji Rosnen yang mewakili ketua dari JPS.

Selama 3 hari saya disana,rasa sangat senang hati dapat berdakwah dengan adik-adik dari SJKC dan SJKT yang belajar di Negeri Selangor ini.

Tak perlu saya memanjangkan tulisan ini,sekadar foto indah yang ingin saya titipkan :

riadah : melepaskan diri dari tali mengikut kumpulan..permainan yang betul-betul mencabar diri peserta..

malam hari pertama..peserta diajarkan beberapa nota utama oleh ketua kem komanden iaitu Ustaz Asyapul...

riadah dipagi hari kedua : membawa belon dengan badan..reaksi peserta yang bersemangat dan ceria..

slot kembara solat...peserta perlu ke bergerak ke 7 check point mengikut kumpulan masing-masing dan menyelasaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka...salah satu check point itu ialah bacaan dan praktikal solat.

riadah petang balingan belon berisi air di tepi pantai....gembira sungguh mereka..jurulatih turut ceria bersama..

inilah peserta perempuan sjkc dan sjkt yang cantik-cantik semuanya..


berjalan-jalan ditepian pantai menuju pulang ke resort..

sebelum terjun ke kolam renang,kita dengar dulu taklimat ringkas mengenai mandi wajib oleh ustazah Fathiyah..

jom-jom kita berenang...mandi...seronok betul peserta-peserta dapat juga mereka masuk ke kolam renang akhirnya.... ;)

saya bersama teman jurulatih yang baik hati,kak Fatiyah dan kak Liza...gembira dapat bekerjasama dengan akak-akak berdua..

ini pula barisan peserta lelaki sjkc dan sjkt yang kacak semuanya..

majlis penutupan yang dirasmikan oleh ustaz Haji Rosnen bin Haji Alawi,Pegawai JPS.

bergambar bersama peserta di jeti pangkor.....

Terima Kasih adik-adik semua...kami senang dapat berkenalan dan mendidik kalian..Moga dapat diambil sebanyak mana ilmu yang telah dipelajari di kem ini..Moga ALLAH merahmati dan menjaga kalian semua..amin

Terima Kasih saya titipkan kepada sahabat-sahabat jurulatih :


Mereka terdiri daripada :--
ASYAPUL ADLI BIN WAHAB @ SATIMIN
NURESMAN BIN RAMLI
MOHAMMAD HASNOL BIN HAJI JANTAN
ANAS BIN ABDUL RAZAK
MOHD JUMADI BIN RIMON
NOR LIZA BINTI KILA
FATHIYAH BINTI YUSOFF
NORULAINI BINTI MOHD NAWI
AHMAD RIDZANI BIN MOHD ZAINOL
JAMSARI BIN AHMAD

Antum memang best dan Seronok bekerja dengan kalian !!!! ;)

Ahad, Oktober 21, 2012

KENDIRI SMKA & SABK 2012

Salam

Majlis penutupan kem yang telah dirasmikan oleh Tn Hj Jaafar dari JPS..

Alhamdulilah..

Berakhir juga kem KENDIRI yang telah pun dilangsungkan pada 17-19 Okt 2012 (Rabu-Jumaat)di Pangkor Bay View Resort,Pulau Pangkor,Perak.Satu lagi kem yang telah dikendalikan 10 orang Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Negeri Selangor yang hebat diketuai oleh Ustaz Mohd Fazli b Abdul Manaf.Kem kali ini dihadiri seramai 37 orang murid dari SMKA dan SABK di negeri Selangor.

Syukur saya panjatkan kepada Ilahi kerana banyak juga pengalaman diperolehi daripada 3 hari kem ini..Disana saya ditugaskan sebagai Pembantu Jurulatih yang cuba sedaya upaya bersama ustazah Zarinah dalam menguruskan keperluan kem yang perlu dan dikehendaki.

Ustaz Fazli selaku ketua kem komanden sedang memberikan taklimat kepada peserta-peserta kem...(permulaan yang sangat serius dan tegas)

Dibawah saya berikan sedikit Laporan perjalan kem tersebut ;

Hari Pertama (Rabu):
Pendaftaran peserta dan penginapan / Taklimat program kepada peserta
Solat Jamak Asar & Zohor berjamaah / Kelembutan Hati
Minum petang
Teori & Praktikal mandi wajib di kolam renang
Persiapan Diri
Solat Jamak Maghrib & Isyak berjamaah / Kelembutan Hati
Makan malam
Pecah Bendungan / Pembahagian kumpulan
Minum malam
Tidur

Munajat Alam ditepi pantai...suasana yang sangat indah dan aman untuk para peserta menyedari posisi dan tanggungjawab mereka dibuka bumi Allah ini..

Hari Kedua (Khamis) :
Qiyamullail / Solat Subuh berjamaah / Kelembutan Hati
Munajat Alam 1
Minum pagi
Permainan : Menara Impian / Train of fortune
Minum pagi
Soal selidik peserta
Makan tengahari
Munajat Alam 2 / Kembara Alam / Keyakinan Air / Snorkling / Solat Jamak Zohor & Asar berjamaah
Persiapan diri
Solat Jamak Maghrib & Isyak berjamaah / Kelembutan Hati
Makan malam
Bicara Hati
Tidur

Selepas menangisi dosa-dosa lalu,pelukan sayang diberikan kepada para peserta oleh barisan fasi bagi menyakinkan mereka yang mereka punyai waktu untuk berubah ke arah yang lebih baik dan diredhoi Allah.

Hari Ketiga (Jumaat) :
Persiapan Diri
Solat Subuh berjamaah / Kelembutan Hati
Minum pagi
Muhasabah Diri / Refleksi
Majlis Perasmian penutupan
Bersurai

Denda tetap dikenakan sebagai ingatan kepada peserta...satu disiplin untuk mereka juga..

Barisan Jurulatih Hebat :--

bermula nya saya,ustazah Aini,ustazah Zarina,Ustaz Azwar,Ustaz Hadi,Ustaz Amir,Ustaz Fazli dan yang tak jelas tu gambarnya ustaz Rashid..tiada dalam gambar : Ustaz Azlan,Ustaz Raman dan Ustaz Fandi.

Terima Kasih kepada Ustaz Hishamuddin Ahmad (JPS)yang bertindak sebagai ketua pada kem kali ini dan tak lupa sekali lagi kepada barisan JU-JU yang lain yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam pengendalian kem-kem sebegitu untuk masa hadapan.

Semoga penat lelah kita itu mendapat balasan hebat dari Allah dan manfaat yang banyak buat para peserta.Amin.

Khamis, Oktober 18, 2012

Kursus Pemantapan JU Kokurikulum PI 2012

ucaptama daripada tn hj Sophuan selaku BOSS kami...

Salam

Hari ini (15 okt ) saya telah bergerak ke Pulau Pangkor bagi menghadiri kursus Pemantapan Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam di Pangkor Bay View Resort,Perak dibawah anjuran JPS di bawah selian Ustaz Hj Shopuan Anuar bin Ahmad,Penolong Pengarah kanan Pengurusan Operasi Dakwah,JPS,Selangor.

Peserta nya terdiri daripada barisan JURULATIH-JURULATIH Daerah Di Negeri Selangor yang terdiri daripada kumpulan kohort 1 dan kohort 2.

Jam 10.00 pagi ,menunggu di stesen minyak SHELL,Kuala Selangor.Disana saya berjumpa dengan Ustaz Roza dari SK Puncak ALam 2 yang rupa-rupanya akan pergi kesana juga..Sementara menunggu kedatangan bas Jabatan saya berborak sebantar dengan Ustaz Roza tentang pelbagai perkara dengannya..Mutiara kata-kata beliau amat membuatkan hati saya terasa tenang.Antaranya :
= Perihal sekolah
(kita tak perlu mengharapkan sangat penghargaan dari sekolah kerana kebanyakan nya ibarat kacang lupakan kulit, bila kita diperlukan,kata-kata manis dihulurkan tetapi bila tidak kita dilupakan begitu sahaja)
(paling penting di sekolah kita cari sebanyak mana pengalaman yang ada,ikuti lah pelbagai program anjuran sekolah kerana darinya kita pasti dapat pengetahuan)
= Perihal kemasyarakatan
(ikutilah program-program masyarakat luar kerana kita dapat bergaul dengan pelbagai manusia sekaligus)

Rasanya sepanjang 3 hari 2 malam saya disini,terlalu banyak input-input positif yang diterima dalam memantapkan peranan saya sebagai seorang JURULATIH Koko PI yang telah dilantik dan diberi kepercayaan oleh pihak JPS,maka,sejujurnya,insyaallah,akan saya lakukan yang terbaik mengikut kemampuan yang ada pada diri ini.Semoga Allah sentiasa membantu dan memudahkan urusan saya dalam menyampaikan DAKWAH kepada anak bangsa.

Antara point yang dapat dikutip untuk ingatan saya sepanjang berkursus di sana :--
-Objektif kursus ini untuk memantapkan JU yang ada ,berkongsi dalam perkara-perkara inovatif sesama JU dan membuat penyelarasan Pengurusan JU bagi negeri Selangor Taklimat Pekdis yang disampaikan oleh ustaz Abdullah b Ramli (berbicara mengenai aktiviti PEKDIS -Sukan,Pembacaan Kitab bersanad,Wacana Ilmu guru PI,Tilawah MTQ untuk guru Agama,Program Menangani Stress,dll)
-Negeri Selangor batch mark yang harus dibanggai –PENULISAN,KEJURULATIHAN DAN PENGURUSAN ACARA-ACARA KEBANGSAAN)
-Perkemaskinikan resume dan sijil kerana ia penting untuk memohon jawatan lain
-Lihat murid sebagai ‘mad’uu’ yang ingin belajar dan memimpin
-Jadi lah guru 5M – Mudarris (yang mengajar je),Muallim (yang menguasai ilmu dengan fatwa yang betul),Murabbi (membina seorang yang kurang ilmunya kepada yang sempurna),Muaddib (membina murid menterjemahkan apa yang dipelajari) dan Mursyid (dapat menyentuh hati dan perasaan murid).
-Hadis : ‘Innama buithtu al-muallim’ –ia kisah rasulullah lebih memilih pergi tempat kumpulan yang sedang bermuzakarah daripada kumpulan yang sedang membaca al-quran.
-Imej JU mesti cemerlang di sekolah dan di luar sekolah
-SIMULASI (Mulianya Saya – kaedah guna kertas,tulis nama dan haiwan yang paling dibenci,Renggang style- bercorak kepada mencipta senaman,Bina Aqidah – kalimah Syahadah,Ice breaking,Tasbih dan al-quran (Amanah),Perkenalkan Idola bagi setiap kumpulan,Ceramah pengenalan tokoh Islam,Diskusi Buku,Lakunan Sebabak,Pantomin,Gosok dan Tepuk,Bunyian dumm dan cheng,berlawanan arahan duduk,bangun,angkat tangan dan turun tangan dll)

us Roza sedang menyampaikan simulasi daripada hasil perbincangan kumpulan kami

-Doa – arahannya HUP
-Budaya kerja JURULATIH (Ikhlas,Sedia berkorban,Turun kan sekejap darjat,Cara improve kepada peserta mestilah berubah ikut zaman,Jangan SS,Menepati masa,Komited dan Komitmen,Tidak mengira Teamwork dan Disiplin tinggi)

jom bersnokling..aktiviti paling best...

kami diberi pendedahan untuk berpukat ikan..

inilah hasilnya tangkapan kami JU yang tak berapa mahir dalam menangkap ikan ni...apa-apa pun Alhamdulilah..walau sedikit tetap kami syukur.

Apa-apa pun,TERIMA KASIH saya ucapkan kepada Barisan kepimpinan JPS, Barisan Jurulatih Utama ( US Mohd Fazli abd Manaf dan team beliau) dan tidak dilupakan kepada sahabat JU KOKO PI..

Sesungguhnya banyak manfaat daripada kursus 3 hari itu buat saya..
TERIMA KASIH Ya Allah..Alhamdulilah.

pena dari saya :
Teruja menaiki bot...

Kursus lain saya bersambung pula untuk program KEM JATI DIRI bagi pelajar-pelajar smka dan sabk..Insya allah akan saya kongsikan bersama... ;)

Rabu, Oktober 10, 2012

Catatan Kem Anak Soleh 2012 (3)

Salam.

Cerita kem tak habis lagi...kita sambung semula..

Penyampaian cenderahati kepada abang Wan daripada pihak sekolah

Majlis penutupan kem sedang berlangsung,disana kelihatan GB bersama GPK Kokurikulum berada di hadapan dewan dalam menyempurnakan program

Ucapan oleh Abang Wan,mewakili barisan Fasi mengucapkan kata-kata terakhir kepada para peserta sebelum mereka beredar pulang ke UIA.

ucapan penutupan oleh GB..Terima kasih cikgu kerana sudi hadir ke program akhir saya..

Penyampaian hadiah kepada pemenang terbaik kem oleh Pn Sahariah,GPK Koko kepada peserta bertuah

Cenderahati daripada pihak pengurusan kem kepada GB disampaikan oleh GPK Koko

Penyampaian cenderahati kepada kakak Sahira daripada pihak sekolah

Penyampaian cenderahati kepada abang Fakrul daripada pihak sekolah

Penyampaian cenderahati kepada kumpulan (p) terbaik daripada pihak sekolah

Penyampaian cenderahati kepada kumpulan (l) terbaik daripada pihak sekolah

Dan akhir sekali sekalung penghargaan buat Barisan Fasilitator jemputan :--

yang duduk tu : Kak Sahira,Abang Wan,Abang Anwar dan Abang Fakrul dan yang berdiri tu Kak Anis Dan Ustazah Aini

dan juga tidak dilupa SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA :
Guru Besar SKI-PIBG SKI-Semua guru SKI dan kakitangan SKI-Semua ibu bapa/penjaga murid tahun 5 & 6/2012- penyumbang-penyumbang budiman

Dan
Kepada semua pihak yang terlibat.

KAMI SENTIASA MENGINGATINYA DAN SEMOGA ALLAH MEMBERKATINYA.
MOHON MAAF JIKA ADA KEKURANGAN DI SEPANJANG KEM BERLANGSUNG.

Isnin, Oktober 08, 2012

Catatan Kem Anak Soleh 2012 (2)

Salam.

Alhamdulilah,sahabat semua..
Cerita Kem Anak Soleh kembali semula..
Abang Anwar yang begitu serius ketika menyampaikan motivasi kepada peserta dalam slot muhasabah diri

Wang Umpan,benda yang wajib ada dalam program saya..hehee

adik-adik,tulis2 gak,telur tu jangan lupa dijaga..TELUR antara barang AMANAH yang Kedua yang wajib dijaga.satu biji pecah,wang token RM100 akan diambil daripada kumpulan..

sebelum memulakan slot muhasabah diri,Kak Sahira mengajar kan peserta lagu ..hmm apa yek..Allah..lupa pulak saya...tapi best la juga lagu ringkas tu...

Peserta dikehendaki menutup mata dengan kain putih yang diberi sebagai cara untuk mendapatkan aura keinsafan menyusuri slot muhasabah diri

Tulis adik-adik dalam buku log,ada hadiah menanti untuk catatan log terbaik..

ni abang Anwar nak marah nii...selalu jer melawan ibu bapa di rumah,tak dengar nasihat guru-guru...sedar lah adik-adik..uhh

Haha..memang terkesan lah slot yang fasis UIA buat tu..tak percaya??? lihat nii---

Disebalik tabir yang membuatkan hampir separuh peserta menangis kesyahduan dalam pembikinan dialog slot muhasabah diri--Abang Anwar,Kak Anis & Kak Sahira

ini dia model-model tak tertauliah daripada Ijok yang telah terhasil dalam slot bengkel aurat

selepas menangis,kita urut-urut sayang yek..;)

Slot nyanyian lagu tema kem : Generasi Warisan v 2.0

Peserta sedang mengisi borang jawapan semak solat

Taklimat yang diberikan oleh Ustazah Hajah Rohaidah bt Sanusi dalam slot Bengkel Aurat..paling teruja ada peserta bertanya Ustazah apa makna Aurat?Nafsu?Terangsang?Baaligh? dll la yang berkaitan dengannya..

Peserta bila diberi barang-barang make up,tak kira la lelaki @ perempuan.amat teruja betul nak menggunakannya (gincu,celak,rambut palsu)..pada hal,kami pihak pengurusan sengaja menguji mereka samaada boleh @ tidak kaum lelaki @ perempuan menggunakannya..

ni pakaian sesuai dalam ISLAM ke bukan ?? hahaa..gelak betul saya slot ni..sampai nak terangkan semula kat peserta-peserta terhanti-henti kata-kata dek lucu dengan pakaian dan ragam mereka tu..hehee

cerita kem akan bersambung lagi..tunggu.......

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...