Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Oktober 05, 2012

Catatan awal minggu OKT 2012 ..

Salam.. Sahabat yang dirahmati Allah,

Ingin bercerita minggu yang tragedi sikit buat diri sendiri.Ia bermula

Hari Isnin,1 Okt 2012 –
-pergi ke SK Parit Mahang bagi menghadiri mesyuarat Penyelarasan Jurulatih Utama Kursus KSSR & PBS 2012 Bagi guru Tahun 3 (tahun 2013) secara on – site
-perjalanan dan agenda mesyuarat berjalan lancar

Hari Selasa,2 Okt 2012 –
-malam Isninnya,tetiba badan terasa sangat panas dan rupanya penyakit demam dan bengkaknya tekak saya telah datang kembali,Allah sahaja yang tahu keadaan diri malam itu.
-bangun pagi hari Selasa,diri memang sah tak larat bangun dan sekaligus memang tak pergi ke sekolah.Terus ke klinik dan doktor bagi cuti sehari dan pulang ke rumah dengan pelbagai ubat ditangan dengan selera makan yang kosong.
-fikiran masa itu agak kerisauan sedikit kerana esoknya (Rabu) akan bermulanya kursus penyebaran KSSR Tahun 3 2013 dan saya pulak telah ditugaskan untuk membentang satu slot di petang itu. Maka, secara sahnya , saya sms sahabat JU untuk meminta beliau mengambil alih slot pembentangan saya.
-Hari itu juga telefon mak sebab diri memang kesakitan yang amat lah lemahnya..Mak tersayang membawa saya balik ke rumah mak ,sesampai je ,terus mak buatkan bubur untuk dimakan sedikit dan membawa saya ke klinik lain untuk diperiksa semula..kat klinik itu,doktor bagi surat mc untuk hari Rabu.
-Maka sah lah hari Rabu nya saya cuti lagi..

Hari Rabu,3 Okt 2012 –
-malam Rabu,mak hantar saya semula ke rumah sendiri sebab hari Khamis nya ada tugas yang perlu saya selesaikan.Akur dengan tanggungjawab itu,saya gagahkan diri juga untuk hadir ke kursus dengan niat ingin berkongsi dan menyampaikan sedikit ilmu bersama-sama dengan sahabat-sahabat j-QAF bahasa Arab.
-Dan pada hari itu dengan rasa rendah dirinya dan syukur pada Ilahi,dapat juga saya membentangkan slot yang ditugaskan dengan lancar

Justeru,sahabat semua, sekadar ringkasan intipati kursus Penyebaran Kurikulum Sekolah Rendah guru Bahasa Arab tahun 3 secara on site bagi peringkat daerah Kuala Selangor 2012 adalah seperti berikut :

Hari : Rabu – Sabtu
Tarikh ; 3-6 Oktober 2012
Masa ; 8.00 pagi - 4.00 petang
Peserta ; 37 orang guru Bahasa Arab di daerah Kuala Selangor
Penasihat ; Ustaz A.Rahman Amran ( Penyelia j-QAF ,PPD K.Sel) / Ustaz Mohd Yusof Arshad (Penyelia PI ,PPD K.Sel)
Jurulatih utama : Ustaz Firdaus Rawi (K) dibantu oleh Ustaz Mohd Razali,Ustaz Mohd Hasnol,Ustazah Norulaini,Ustazah Yusila dan Urusetia oleh Ustazah Norfadhilah

Acara SLOT-SLOT nya :

RABU 03/10/2012-
1.PENDAFTARAN & Iradatul Hayat (Norfadhilah & HASNOL)
2.Taklimat Umum KSSR + Kurikulum Standard Bahasa Arab Tahun 3 KSSR (DSK)(FIRDAUS)
3.Pengoperasian PBS & Penggunaan SPPBS/Konsep PBS (RAZALI)

KHAMIS 04/10/2012-
1.Taklimat HSP Bahasa Arab Tahun 6 (KBSR)(FIRDAUS)
2.Modul Pengajaran(Lughatul Fasli/Fannullughah/Al’ab Lughawiyah/Modul
Transisi(NORULAINI)
3.Taklimat Buku TEKS TAHUN 3 & TAHUN 6 (YUSILA)
4.Taklimat Penulisan RPH Mengikut Jemaah Nazir (NORULAINI)

JUMAAT 05/10/2012-
1.Taklimat EMK/ENT/MENAAKUL (RAZALI)
2.Penerangan Terperinci Tentang Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah(DSP)(FIRDAUS)
3.Bengkel KSSR + PBS(FIRDAOS/RAZALI/HASNOL/NORULAINI)

SABTU 06/10/2012-
1.Pembentangan/Refleksi / Penutup (SEMUA JU & PESERTA)

Sedikit foto semasa kursus berlangsung :---
Slot pertama yang dimulai oleh Ustaz Hasnol..indah suasana kursus dengan aksi beliau yang amatlah ceria,melucukan,dan boleh buat gelak jugak lah..

Terima kasih ustaz-ustaz kerana sporting dalam melibatkan diri dalam aktiviti pada setiap slot..masa ini aktiviti hiwar iaitu bertutur dengan nibr dan tanghim yang betul.

ini dia Ketua Jurulatih utama ,ustaz Firdaus..beliau sedang menyampaikan slot beliau kepada semua peserta kursus..Penerangan yang jelas dan terang..

Ustazah Norulaini sedang menyampaikan pembentangan beliau...harap semua peserta faham dan dapat mengaplikasikan nya pada p&p di kelas.

Ustaz Razali juga turut bersama-sama membentangkan slot beliau...perlahan tetapi padat..

Amanat penting daripada ustaz Ridzuan (Pegawai JPS)kepada kami guru yang mengajar Bahasa Arab.Antara intipati rumus nasihat beliau kepada kami agar sentiasa mencabar diri untuk bercakap dan menggunakan bahasa Arab,sentiasa ada minda yang positif,buang sebentar nilai soleh/solehah diluar kelas untuk bersama-sama menjiwai kehendak seorang murid ketika menjalankan p&p,semua slot yang dibentangkan dalam kursus ini dapat disampaikan semula pada guru yang berkenaan untuk tindakan susulan,dibaiki semula penulisan refleksi dalam RPH mengikut saranan Nazir dll.

Taklimat terakhir dan beberapa pesanan dari Ustaz Mohd Yusof kepada kami tadi serta mengucapkan Terima kasih kepada semua JU yang terlibat,tuan rumah, dan para peserta atas kejayaan yang semakin hampir untuk melengkapkan kursus 4 hari ini.

Akhirnya,Kami (JURULATIH), mengharapkan guru-guru yang akan mengajar Bahasa Arab tahun 3 & 6 2013 ini benar-benar dapat memahami isi-isi kursus dan dapat diaplikasikan nanti pada tahun hadapan,Insyaallah..

Terima kasih dari saya untuk semua pihak yang terlibat..dan mohon kemaafan kira ada kelemahan dan kekurangan dari saya yang sengaja @ tidak ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...